Sunday, September 16, 2012

THE ONE AND ONLY MY SUPERMOM!

Assalamualaikum kenkawan! Salam Hari Ahad. Salam Hari Malaysia. J

Owkeyh. Hari nih haku nak buat entry untuk my "SuperMOM". #silatepuktangan

Eyh? Kenape tetibe? Bukan ke selama nih kau malas nak hupdate Mekna (adikakusukepanggilakumacamnih) oit! Hahah...sebab hari nih hari istimewa la! Hari nih kan Hari Malaysia! Owkeyh. Tipu! Tipu sangat kau. Bukan kerana itu. Actually, Hari nih hari lahir PUAN EMAK. #anakmanjamaksayangmak J


Mak. Selamat hari lahir mak! Kami semua sayang mak ketat-ketat. #bighugs



Owkeyh. Meh haku cite sikit pasal mak haku. Mak haku nih superMOM taw. Very super. Haku tabik spring la dengan dia. Kalau haku, belum tentu haku bole jadi macam dia owkeyh. Mungkin boleh, tapi takkan sehebat dial ah. Heeee :D

Sape cakap mak dia tak super tuh, meh haku ketuk kepala dia sejibik. Haishhh. Korang nih. Korang taw tak? Insan yang bergelar mak tuh, memang power taw. Cuba korang pikir balik. Kalau korang cakap nak makan pape ke, nak minum pape ke dekat mak korang, mesti korang akan dapat rasa jugak kan? Even mak korang sibuk yang amat sekali pon, mesti dia akan cuba jugak bagi apa yang korang mintak tuh. Tak kisah lah die buat sendiri ke beli ke. Mesti ada kan? Owkeyh. Sila tepuk tangan untuk mak korang yang dah berusaha gigih tuh.

Same goes to my mom. Mak haku nih kalau tau anak-anak nak makan pape, mesti dia akan buat. Nak-nak anak yang duk jauh macam haku nih (silagelengkepala). Makan jep yang tahu kan kau nih Mekna?! Bawak-bawakla berkurus sikit badan tuh ha. Hai lah, nak buat camno, mak masak sedap sangat. Mana tak naek badan den nih ha duk umah even cuti seminggu jep pon. Ikan singgang tuh pon haku layan kalau mak yang masak. Nak-nak kalau lawan dengan ikan goreng and sambal belacan. Memang haku tak pusing belakang la makan. Kehkehkeh :P

Owkeyh tuh satu hal yang super. Air tangan mak memang hebat. Selain tuh haku nak tanya. Korang kalau sakit, tak sihat, sape korang paling ingat? Kalau haku, kompom lah mak. Takyah tanya banyak kali. Sebab seorang mak, kalau anak dia deman, tak tido malam, dia pon kompom lebih kurang. Tak tido. Tido pon tido-tido ayam jep. Jagaan dia pon, haruslah tiptop! Thumbs up! J

Guys, kalau haku nak list satu-satu, kompom korang nak muntah hijau nak baca. But one more thing yang haku nak cakap, haku bangga dengan mak haku sebab dia tak pernah nak mengeluh jaga anak dia yang berlapan nih ha. Actually, my mom ada 9 anak. Adik haku yang ke-5 dah meninggal. Deman panas masa umur 6 bulan. Masa tuh, mak haku sedih giler. Tapi dia redha. Dia cakap tuh bekalan dia waktu akhirat nanti. (haku rindu azri syafiq ALFATIHAH)

Korang bayangkanlah. Kami berlapan, ragam pon mesti ada lapan jugak lah. Kalau haku A, adik-adik haku belom tentu lagi A jugak. Tapi, mak tak pernah merungut. Mak tak pernah mengeluh. Mak tak pernah cakap kami nih menyusahkan. Mak tak pernah nak marah kami tak tentu pasal. Mak selalu cakap kami nih anak bertuah. Even kami selalu sakitkan hati mak. Buat mak sedih dengan perangai kami yang tak semenggah nih. Even kami selalu sambil lewa jep bila dia bagi nasihat. Mak tak pernah kisah. Mak tak pernah ambik hati dengan perangai kami. Mulut dia tetap jugak cakap kami anak bertuah. Itulah mak. Selalu doakan kami. Kata-kata ibu tuh doa kawan-kawan. Doa ibu paling mujarab. J

My mom is a housewife. A full time housewife. And korang jangan ingat jd surirumah tuh kerja senang. Itu sangat tidak tepat. Bagi haku, surirumah nih lagi banyak kerja compare dengan wifey yang kerja pejabat etc. Yelah, pepagi sebelom subuh dah bangun siap-siap, kejut anak-anak, buat sarapan, siap anak pergi sekolah, siap suami and then duk umah bila semua orang da keluar. Lepas semua dah keluar tuh, bermula pulak kerja mengemas, membasuh, memasak. Lepas tuh anak-anak balik, suami balik, nak kena layan pulak. Sampai ke malam, kerja dorang tak berhenti. Bila semua orang da tido, baru dorang nak tido. Kalau wifey yang kerja, korang pikir sendiri la. So, haku sangat kagum dengan my mom sebab dah berjaya menjalankan kerja beliau dengan jayanya selama 23 tahun nih. Kekadang tuh haku kesian jugak kat mak haku. Sambil duduk pon dia boleh tido kalau dah terlampau letih. Hahah. I love u MOM!! J

Lagi satu mak haku nih macam innocent sikit lah. Hahahah. Memang lawak. Gelak terguling kekadang bila teringat kat mak. Korang taw tak? Mak haku cakap polka dot tuh, fido dido! Caya lah mak! Kihkihkih.

Alkisah nya, time hari raye hari tuh, adik bongsu haku tuh ada lah sepasang baju kurung polka dot(bintik-bintik, boolat-boolat). Kebetulan family ayah teh haku, mostly masa hari raye tuh pakai baju polka dot. Pastuh, kitorang nih dah jadi adat, pepagi raye, lepas sembahyang, kumpul, makan-makan kat umah cik and ayah sor, kitorang gerak dalam satu group pergi beraya umah sedara-mara yang mostly umah dekat-dekat jep. And then masa dah nak balik tuh, haku, mak and Kak jalan sekali. Tetiba mak haku cakap....

"Mak: Mujur Anis dop paka baju fido dido. Kalu dop, same ngan anok yoteh la (mujur Anis tak pakai baju fido dido, kalau tak, sama dengan anak ayah teh).

Haku dengan kak tercengang beb. Fido dido??!! Bila masa Anis ada baju tuh? Haku tengok kak, kak tengok haku. Pastu haku tengok lah anak-anak ayah teh kat depan tuh. La...bukan fido dido. Polka dot! Hape lagi haku dengan kak gelak la. Tak boleh nak tahan. Maaf mak! Kami tak sengaja. Lepas dah habis gelak baru haku cakap yang mende tuh orang panggil polka dot. Bukan fido dido. Mak haku memang best. Dia bantai sekali gelak kau. Sayang mak!!

Korang nih, mestilah haku tengah rindu dengan mak, sebab tuh haku cerita pasal mende alah tuh. Sampai sekarang pon haku duk gelak sorang lagi kot kalau teringat kisah tuh. Hahahahak. Hamboi. Sakan. Dah berjam kau duk buat menda alah nih. Bila nak abis nye entry kau nih Mekna oit?? Eyh. Tetibe.

Eleh. Kalau korang rasa menyampah pon dengan entry haku nih sebab duk puji mak haku jep, tuh maknanye korang jeles. So, sila buat perkara yang sama pasal mak korang. Puji dia habis-habis. Untung sabut, kalau dia baca blog korang, mesti dia bangga. Untung batu, orang lain yang baca. Kalau haku, memang mak haku tak taw. Sebab tuh haku puji dia kat sini. Kalau dia taw, nanti dia makin sayang haku lebih pulak. ßowkeyh nih statement perahsantan. #ketukkepalalelaju.

Lagi satu kalau korang nak tau, mak aku share tarikh birthday dia dengan cousin lelaki haku. So macam haku pon sesambil tuh nak ucap lah jugak SELAMAT HARI LAHIR buat cousin (AIDIL) yang kesayangan (haruslah semua haku sayang, jangan salah paham) haku tuh. And haku jugak nak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY kat AZIZ (cousin), & HAPPY UPCOMING BIRTHDAY kat AIDA (yg nih adek haku). Dan tak dilupakan, gud luck for upcoming SPM. Sila buat yang terbaik. Korang tiga serangkai tahun nih. Aziz, Aidil & Aida. Wish you all the best. Doa haku sentiasa mengiringi korang. InsyaALLAH. J

Owkeyh, itu sahaja coretan kenangan-memanjang haku kali nih. Kalau ada terkasar bahasa, haku mintak ampon. No hurt feeling guys. Just kidding. J

Salam ukhuwah. Salam sayang buat mak-mak kesayangan korang. J

0 kumenkumen orAng...:

Post a Comment