mAe freNz

Saturday, September 22, 2012

CINTA DAN KAHWIN


Assalamualaikum WBT. Dan salam sejahtera jugak buat semua. J

As for today, I would like to...hmmm...hape yang haku nak cakap eyh? Owkeyh. It’s like some kind of my thought actually. Yup. I’d like to share about my thought, my opinion. Mine. So, uolls jangan risau owkeyh. Haku takkan salahkan korang kalau korang rasa hape yang haku pikir nih tak betol. It’s up to u guys. Whether you guys wanna accept or reject it. No hurt feeling, no hard feeling owkeyh. J

Lately, kalau korang perasan, ramai orang-orang disekeliling korang yang kahwin dalam usia muda. Ada yang dah kahwin even umur baru jep 18. Baru jep lepas SPM. Kalau haku, umur 18 tuh, haku baru jep mula nak kenal hidup. Baru nak bertatih untuk berjalan di atas dunia Allah nih. Haruslah, masa tuh baru jep INCHIK AYAH & PUAN EMAK berani nak lepaskan haku untuk berdikari atau kata lain nya ‘berdiri-atas-kaki-sendiri’. Tapi haku still jugak duk cari makayah kalau nak buat sesuatu keputusan tuh. Masih jugak lagi perlukan bimbingan dorang. Anak manja makayah nih masih budak-budak lagi lah. Heeee :D

Owkeyh. Cut the crap. Berbalik kepada topic asal haku nih, yang paling latest (yang haku taw lah) pasal budak yg kahwin umur 16 & 14 tuh. Allah. Muda amat dorang dah berani langkah masuk ke dalam fasa baru hidup. Haku yang umur dah nak masuk 23 tahun nih pon, tak berani lagi pikir pasal tuh. Haku muda lagi kot. Diri haku pon tak berapa betul lagi. Camno den nak urus hidup orang lain agak nya?

Tapi, haku tak salahkan mereka. Haku taw kot kuasa pasal jodoh, ajal, maut, rezeki semua tuh, bukan kat tangan kita manusia biasa nih. Even yang ada kuasa besar sekalipon takkan dapat lawan dengan kuasa ALLAH SWT nih. Yup. Guys, nih tu semua kuasa ALLAH. Kita sebagai hamba-NYA takkan mampu menghalang. Kita hanya mampu berusaha, DIA yang akan menentukannya. That’s so true. J

Jadi, point haku hari ini ialah...hamboi! kemain lagi kau Mekna. Ayat skema sangat. Kau bukan nak buat karangan untuk SPM lagi pon. SPM dah lama tinggal kot. Owkeyh. Tak lah lama sangat pon. Baru jep hmmm...5 tahun mungkin...? Oh please! Stop it Nina. Go back to your main point please.

Owkeyh, mari sambung cerita kembali. Sekarang nih mungkin dah menjadi trend kot. Coupling-chapling-doupling-dumping-crying. Hamboit! Sampai budak sekolah rendah pon dah expert kau pasal menda alah nih ha. Haku bukannya hape. Semua tuh tak patot lah kot. Budak-budak lagi. Jalan hidup korang panjang lagi lah. Korang tak lalu lagi hidup kat sekolah menengah, matrikulasi, university, bekerja, cari duit, balas jasa makayah korang, kan? #angguk

So, takyah lah korang buat kerja yang tak patut tuh. Haku cakap nih, haku taw la consequences nya hape yang korang buat tuh. Haku pon pernah muda. Haku pon pernah jep buat kesilapan yang tak patut haku buat and I did menyesal guys. Haku tak sanggup tengok adek-adek haku ulang balik hape yang haku buat tuh. Buang masa, buang tenaga, buang emosi. Adek-adek uit. Capai dulu hape yang patut korang capai. Haku pon same jugak macam korang. Im still stdying. Trying my best to finished up my degree. Then, bekerja and balas balik semua perngorbanan makayah haku tuh.

Haku TAK kata kahwin awal tuh TAK baik. Ada jep orang yang haku kenal tuh bahagia jep kahwin awal. Kan tadi haku dah cakap tuh semua perancangan ALLAH. Takde sebaik-baik rencana melainkan dari-NYA. Korang cakap lah hape pon, tolak lah macam mana pon, kalau dah ALLAH kata jadi, maka jadi lah ia. Yang haku duk kalut nih, mereka-mereka yang masih sendiri lagi tuh. Macam haku nih lahh ha. Suka jep duk tengok orang kahwin. Doakan mereka bahagia ke akhir hayat mereka. Amin.

Tapi, kenkadang bila tengok orang-orang duk kahwin, nak-nak kalau yang kahwin tuh lagi muda, rasa macam gedik jep nak kahwin jugak. Haku tak cakap orang lain lah. Nih kena kat batang hidung sendiri jugak. Kalau duk tengok ngan kenkawan, mesti keluar jep kat mulut nih ha “eyh bestnya dorang tuh. Dah kawen da. Muda lagi tuh ha.“ Hamboi! Korang pon mesti macam tuh jugak kan?

Haku mengaku haku macam tuh. Tapi hakikatnya, ayat tuh kat mulut jep. Diri haku belum lagi sepenohnya sedia nak ada tanggungjawab baru. Oit! Nak bina keluarga bukan mudah owkeyh. Korang nampak part dorang kahwin jep, memanglah best. Korang tak nampak segala amanah yang dah makayah dorang serahkan masa jabat tangan tok kadi tuh. Kalau Nampak, mesti korang yang muda belia macam haku nih rasa gerun nak masuk fasa baru tuh. Hahah. J Dan haku tak rasa korang akan susah payah nak pikir pasal pakwe/makwe segala tuh. Just tunggu sampai seru korang. J

Lagipon, ALLAH dah tetapkan siapa jodoh kita. Since kita belum lahir lagi. Since kita tak tahu pon wujudnya perkataan cinta, kasih, sayang tuh. Jadi kita tak payah lah buang masa nak mengusha-mengayat-mengorat him/her. Nanti bila dah sampai masanya, jodoh korang akan sampai. Tak payah nak risau even if korang je yang belum hade pasangan pon. Kalau takde jodoh korang kat dunia nih, insyaALLAH di akhirat nanti. And haku percaya janji ALLAH tuh.

Just doa bebanyak agar bila sampai masa tuh nanti, korang dah sedia untuk melangkah ke alam baru. Korang dah siap untuk meramaikan lagi pejuang Islam. Korang dah lengkap untuk membina empayar Islam yang gah. Same goes to me. Moga kita semua siap sedia. Amin.

Piccy Miss Google


And I do love this simple but meaningful dialog. Thanks Azhari sebab sudi share nih. Do understand these guys. J

A : Awak nak nikah x ?
B : InsyaAllah nak lah, kan sunnah Rasulullah

A : Dah ada calon?
B : Alhamdulillah dah, kan dah ditulis oleh ALLAH

A : Siapa dia?
B : InsyaAllah dia adalah lelaki/perempuan pilihan ALLAH

A : Kenapa nak nikah dgn dia ?
B : InsyaAllah memilih dia kerana ALLAH

A : Bagaimana nanti nak jumpa ?
B : Yakin lah, ALLAH punya cara yg tak pernah kita duga, percaya je dgn ALLAH

A : Laa, bila nak nikahnya ?
B : Hmm, ALLAH maha tahu bila waktu yg tepat dan terbaik

A : Jadi kat mana jumpanya ?
B : Tenang, masih di bumi ALLAH, kalau tak di dunia, Insyaallah di syurga ALLAH

A : Jadi ?
B : Serahkn pada ALLAH, niatkan untuk menggapai redha-Nya je, insyaAllah beres ~ ^__^

Owkeyh. Dah berkajang haku menulis. Yang isi nya, takdelah panjang pon. Haku yang duk merepek the kerepek jep yang panjang tuh. Anyway, I do hope korang dapat something daripada entry haku nih dan haku dapat sampaikan sesuatu untuk korang. Till we meet again. Salam ukhuwah fillah. J

ps/Rehatkan otak dari menghadap journal yang panjang bermeter. Menaip sambil dengar lagu. Idea mencurah ke ladang gandum. J

MERONGGENG CIK KIAH

Assalamualaikum! Dan salam sejahtera! *amboi

Alkisahnya, last week, hari khamis tuh (seminggu sudah), kami si penduduk Gentam nih, pakat reramai keluar meronggeng. Hamboi, ronggeng Cik Kiah kau. Dan sebelum korang cakap haku nih memonteng, let me tell you something guys. Kami-kami semua nih, secara rasminya telah mendapat cuti disebabkan oleh lecturer-lecturer yang memasing punya hal. Secara singkatnya, kelas tiada, aka batal. So, berpuas hatilah sesiapa yang masih mahu berada dikampung halaman itu. Huh...untung lah sesape yang belum balik lagi tuh. Boleh menyambung cuti! #Cemburu

Owkeyh, please. Stop merepek the kerepek Mekna. Mari kita kembali ke pangkal jalan sebelom Mekna The Merepek nih sambung membuat kerepek. Eyh. Stop please! #PaceFalm

So, nak dijadikan cerita, kami bertujuh, yakni haku, Wani, Eda, Chadah, Yana, Mira dan jugak Kat the Cat telah menempuh ranjau menaiki bas dengan semangat nya ke Seremban tuh. Eyh, ini semester baru, semangat mesti baru! Ala....bab memain, laju aja kau nih Mekna! Wait, kami bertujuh aja dari Gentam nih sebab nya Opah the Qina, dari KLIA. Flight dia dari Sabah pepagi lagi. Kiranya memang haku dah janji lah dengan dia nak tunggu dia before jenjalan pusing Terminal One tuh.

Hahaha...actually haku pun saja jep keluar. Dorang semua memang plan nak g tengok wayang. Nak tengok Resident Evil tuh ha. Yana pulak nak balik Kuala Klawang. Alang-alang dah semua orang nak keluar, haku pun tumpang sekaki la. Even haku takmo tengok wayang pon. So, haku pun cakap lah kat opah yang haku nak jalan jep. Opah pon cakap dia takmo tengok, sebab letih. Nanti dia tidor jep dalam panggung tuh katanya. Buat rugi ja beli tiket.

Jadinya, before opah sampai tuh, (opah sampai kul 12 lebih kot) mereka yang nak tengok wayang nih pon berpusu lah pergi ke McDonald mengisi perut. Lapar kot, dah separuh hari ha. Pelawaan dorang ajak haku makan tuh haku tolak jep.  Haku pulak cam..."hmm...takpelah, kita tunggu qina sampai dulu. Nanti kite teman dia makan..." Padahal haku ada plan lain. Hahah...poyo jep haku.

So, sesampainya VIP(opah) tuh ke Terminal One, terus haku seret dia masuk Pizza uolls. Kehkehkeh. Nih la plan haku. Dari masa dia duk dalam komuter lagi dah haku cakap kat dia haku mengidam nak makan pizza. Sabor jelah Mekna oit. Boleh pulak kau nih duk mengidam segala bagai. Tapi ini bukan lah mengidam yang macam orang dah kahwin tuh. Haruslah tak sebab haku masih single lagi. Tak payah nak pikir jauh lah. Haku dah lama tak pekena pizza sebenarnya. Paling last haku makan pon, time haku kat matrik lagi tuh. Lame tak korang rasa? Lame kan? Kesian haku. :(

Dah, stop mood sedih tuh Mekna. Meh kita cerita pasal makan-makan pulak. So, memandangkan tinggal kami berdua jep, maka, berzaman lah kami melepak di Pizza Hut tuh. Yang lain masa nih dah lama duk dalam panggung. Masuk aje dalam Pizza Hut, cari tempat duduk, terus order kau. Excited giler lah haku cakap kau. Huh, buruk beno perangai. Budak mana lah nih ha. :P

Setelah selesai membuat order yang sememang nya banyak tuh( kami tapau separuh kot, tamak giler ishishish), kami pon duk lah borak-borak. Almaklumlah, dah lama tak jumpa. Cuti semester kot. Pulak tuh, sorang duk Malaysia Timur, sorang duk Malaysia Barat, memang sah-sah la jauh. Cakap punya cakap, sampai lah order kami sampai. Lepas tuh masing-masing diam. Masa makan beb. Tak baik makan sambil borak. Kehkehkeh

Moh ler layan piccys kami yang tengah giler-giler nih. Eyh, kami masih waras k. ;)

Punya lah banyak order kau.


The Wanted - Opah Qina


Sampai tertonggeng botol nye ha.


Malu tapi mahu kata nye. :P


*Eyh, kejadahnye haku p makan mende alah tuh.


Menggosok mata tanda mengantuk selepas kekenyangan. :D


Sampai licin kami sapu kau. :P


Eyh sen jep? 'Murah' giler! 


Muka orang-orang kekenyangan. Penuh pengcahayaan cakap.

Sebaik sahaja selesai santap tuh, kami pon gerak lah pergi solat. Yang wajib harus dilaksanakan. Dan mereka jugak sudah siap menonton. Lepas sembahyang, gerak pergi cari barang-barang before gerak balik ke Pilah. Sedang duk merayau cari barang, terjumpa dengan Ekin Zaini dan Aisyah si Comel tuh. Mereka sedang nak balik kampung woi. Jeles sedikit disitu. Kebetulan Aisyah bawak dia punya kamera. Apa lagi, kami nih snap piccys jela sesambil jalan tuh.





Ha, cun kan kami nih? *masukbakulangkatsendiri

Owkeyh lah guys, sudah terlampau-melampau panjang entry nih ha. So, that's all from haku. Selamat menjalani hujung minggu guys. Nanti haku hupdate pasal cerita be'open house' kat umah cousin haku pulak. Till then, Salam ukhuwah fillah. Love u all. Lillahita'ala. InsyaALLAH. Amin. :)

Tuesday, September 18, 2012

PILAH-DE-PHOBIA!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys!!

Tudia ayat pembuka bicara. Chewwwwahhh! Haaaa...takyah nak melebih sesangat Mekna oiii. Heee :D

Owkeyh, di tengah malam, mari kita berstory-mory sedikit. Owh yeayh. Bedtime story may be..? Ikut suka ati hangpa la nak translate lagu mana. Alkisahnya...esok dah masuk minggu kedua kuliah bermula. Jengjengjeng! (macamsaspenlasangat) Oh, harus tidak lah sesaspen mana pon actually. Haku saja jep nak buat adrenaline korang macam rush sikit (padahal langsung takde). So, mari kita bercerita serba sedikit pasal semester baru nih.

Dengan ini, haku mengumumkan secara rasminya, haku, MEKNA aka MINA aka NINA anak kepada INCHIK AYAH & PUAN EMAK, sedang mengharungi tahun terakhir yang mana bakal menggoyahkan ke'tenang'an, ke'malas'an, ke'selamba'an dan berbanyak ke-ke-an lagi la yang selama ini hidup bermukim dalam diri haku. Hal ini adalah kerana effect daripada tindakan haku yang sebelom-sebelom ini dan jugak 'FYP' yang sudah bermula. Oh man! It's a final year's challenges! #MohonDitebalkanSabarDanTabah



Dan haku seperti biasa nye lah, takkan mudah nak merasa nebes, goyah, dan seangkatan dengannya selagi menda tuh tak terdampar kat depan mata. Oh, that's so me. Bila dah hampir sesangat, barulah kau mula nak menggelabah Mekna oit. Lepas tuh, mula lah semua benda pon tak berapa nak menjadi. So, jangan nak salahkan orang lain. Sila salahkan diri sendirik sebab lambat sangat nak bertindak.! #FacePalm

Mungkin semua sifat-sifat yang berkaitan dengan KERAJINAN telah selamat bersemadi di lokasi paling dalam disebabkan oleh cuti yang lama bebaru ini. Maka dengan itu, setelah seminggu berada di PILAH nih pon, haku masih boleh berelaks-santai-mantai lagi even kenkawan haku ada yang dah mulakan FYP dorang. (owkeyh tipu sangat lah kalau haku langsung tak buat hape lagi kan, tapi mencari journal yg amat panjang tuh untuk dibuat rujukan pon dah rasa macam mencabar mata untuk membaca dan mencari pointnye)




Mesti korang tertanya-tanya jugak kan apa kejadahnya lah FYP tuh kan? Bagi yang dah taw tuh, gud job! *eyh tetibe pulak nak gud-gud

FYP tuh actually singkatan bagi FINAL YEAR PROJECT. Bukan FOR YOUR PLEASURE. Kami panggil FYP jep sebab nak bagi singkat sikit. Jimat air liur dari nak kena sebut pepanjang. Heeee. Sila maafkan haku. So, nak kaitkan dengan tajuk entry haku kat atas nuh ha, actually, haku rasa fobia sikit lah nak hadap final year nih. Yelah, before nih, selalu sangat dengar seniors macam merungut-menangis-meracau-merapu-meraung disebabkan ada masalah dengan FYP. Owkeyh, semua tuh buat haku rasa macam nak skip jep FYP. Tapi seharusnya lah TIDAK BOLEH. Wajib kot FYP nih kalau nak graduate.





Ini maksudnya......

NO FYP = NO GRADUATE
NO GRADUATE = BELAJAR TAK SUDAH
BELAJAR TAK SUDAH = TAK BOLEH KERJA
TAK BOLEH KERJA = TAKDE DUIT
TAKDE DUIT = TAK BOLEH KAHWIN

Owkeyh. Yang last tuh sangat lah salah. Hanya propa semata kerana penulis masih tiada niat menuju ke arah itu. Memang propa semata. Sila percaya!!!! (banyak dah tanda seru, kalau korang tak percaya jugak tak bole buat hape dah)

So, korang nampak tak betapa menakutkan nye FYP tuh? Sangat kan?? Kan haku da cakap. Hmmm. Tapi, disebabkan haku nak grad on time (ameen), haruslah FYP itu ku terjah dengan rela hati, sepenoh perasaan dan penghayatan. Disamping jugak menghadapi kelas-kelas yang terasa menyesakkan dada pada semester nih, haku hanya mampu berdoa, berharap semua akan berlalu dengan lancarnya tanpa ada masalah jiwa (korang nampak tak betapa hebatnya final year nih).




Dan, kepada classmate merangkap adek-adek kesayangan hamba yang belom lagi menjejak kaki ke PILAH nih, sila-silalah kembali untuk merasa betapa 'cetek' nya tekanan yang bakal dihadap. Semoga kita semua bertabah dan diberikan kekuatan-ketabahan-kesabaran yang tinggi untuk turut sama merasai pengalaman ber-FYP nih ha. Moga ALLAH sentiasa merahmati, melindungi, memberkati perjalanan kita semua di atas muka bumi-NYA ini. Ameen. J

Oleh itu, marilah kita menyudahkan kalam pada lewat malam merangkap pagi ini. Haku memohon ampun sekiranya terlebih-terkurang dalam penyampaian kali ini. Sungguhlah haku hanya insan yang lemah yang mudah untuk melakukan kesilapan tanpa diberikan tunjuk ajar kalian. Till then, haku mengundur diri dahulu. Salam ukhuwah fillah. J

#Selamat Berjuang Kenkawan. May ALLAH ease our way to JANNAH. Ameen J

Sunday, September 16, 2012

THE ONE AND ONLY MY SUPERMOM!

Assalamualaikum kenkawan! Salam Hari Ahad. Salam Hari Malaysia. J

Owkeyh. Hari nih haku nak buat entry untuk my "SuperMOM". #silatepuktangan

Eyh? Kenape tetibe? Bukan ke selama nih kau malas nak hupdate Mekna (adikakusukepanggilakumacamnih) oit! Hahah...sebab hari nih hari istimewa la! Hari nih kan Hari Malaysia! Owkeyh. Tipu! Tipu sangat kau. Bukan kerana itu. Actually, Hari nih hari lahir PUAN EMAK. #anakmanjamaksayangmak J


Mak. Selamat hari lahir mak! Kami semua sayang mak ketat-ketat. #bighugs



Owkeyh. Meh haku cite sikit pasal mak haku. Mak haku nih superMOM taw. Very super. Haku tabik spring la dengan dia. Kalau haku, belum tentu haku bole jadi macam dia owkeyh. Mungkin boleh, tapi takkan sehebat dial ah. Heeee :D

Sape cakap mak dia tak super tuh, meh haku ketuk kepala dia sejibik. Haishhh. Korang nih. Korang taw tak? Insan yang bergelar mak tuh, memang power taw. Cuba korang pikir balik. Kalau korang cakap nak makan pape ke, nak minum pape ke dekat mak korang, mesti korang akan dapat rasa jugak kan? Even mak korang sibuk yang amat sekali pon, mesti dia akan cuba jugak bagi apa yang korang mintak tuh. Tak kisah lah die buat sendiri ke beli ke. Mesti ada kan? Owkeyh. Sila tepuk tangan untuk mak korang yang dah berusaha gigih tuh.

Same goes to my mom. Mak haku nih kalau tau anak-anak nak makan pape, mesti dia akan buat. Nak-nak anak yang duk jauh macam haku nih (silagelengkepala). Makan jep yang tahu kan kau nih Mekna?! Bawak-bawakla berkurus sikit badan tuh ha. Hai lah, nak buat camno, mak masak sedap sangat. Mana tak naek badan den nih ha duk umah even cuti seminggu jep pon. Ikan singgang tuh pon haku layan kalau mak yang masak. Nak-nak kalau lawan dengan ikan goreng and sambal belacan. Memang haku tak pusing belakang la makan. Kehkehkeh :P

Owkeyh tuh satu hal yang super. Air tangan mak memang hebat. Selain tuh haku nak tanya. Korang kalau sakit, tak sihat, sape korang paling ingat? Kalau haku, kompom lah mak. Takyah tanya banyak kali. Sebab seorang mak, kalau anak dia deman, tak tido malam, dia pon kompom lebih kurang. Tak tido. Tido pon tido-tido ayam jep. Jagaan dia pon, haruslah tiptop! Thumbs up! J

Guys, kalau haku nak list satu-satu, kompom korang nak muntah hijau nak baca. But one more thing yang haku nak cakap, haku bangga dengan mak haku sebab dia tak pernah nak mengeluh jaga anak dia yang berlapan nih ha. Actually, my mom ada 9 anak. Adik haku yang ke-5 dah meninggal. Deman panas masa umur 6 bulan. Masa tuh, mak haku sedih giler. Tapi dia redha. Dia cakap tuh bekalan dia waktu akhirat nanti. (haku rindu azri syafiq ALFATIHAH)

Korang bayangkanlah. Kami berlapan, ragam pon mesti ada lapan jugak lah. Kalau haku A, adik-adik haku belom tentu lagi A jugak. Tapi, mak tak pernah merungut. Mak tak pernah mengeluh. Mak tak pernah cakap kami nih menyusahkan. Mak tak pernah nak marah kami tak tentu pasal. Mak selalu cakap kami nih anak bertuah. Even kami selalu sakitkan hati mak. Buat mak sedih dengan perangai kami yang tak semenggah nih. Even kami selalu sambil lewa jep bila dia bagi nasihat. Mak tak pernah kisah. Mak tak pernah ambik hati dengan perangai kami. Mulut dia tetap jugak cakap kami anak bertuah. Itulah mak. Selalu doakan kami. Kata-kata ibu tuh doa kawan-kawan. Doa ibu paling mujarab. J

My mom is a housewife. A full time housewife. And korang jangan ingat jd surirumah tuh kerja senang. Itu sangat tidak tepat. Bagi haku, surirumah nih lagi banyak kerja compare dengan wifey yang kerja pejabat etc. Yelah, pepagi sebelom subuh dah bangun siap-siap, kejut anak-anak, buat sarapan, siap anak pergi sekolah, siap suami and then duk umah bila semua orang da keluar. Lepas semua dah keluar tuh, bermula pulak kerja mengemas, membasuh, memasak. Lepas tuh anak-anak balik, suami balik, nak kena layan pulak. Sampai ke malam, kerja dorang tak berhenti. Bila semua orang da tido, baru dorang nak tido. Kalau wifey yang kerja, korang pikir sendiri la. So, haku sangat kagum dengan my mom sebab dah berjaya menjalankan kerja beliau dengan jayanya selama 23 tahun nih. Kekadang tuh haku kesian jugak kat mak haku. Sambil duduk pon dia boleh tido kalau dah terlampau letih. Hahah. I love u MOM!! J

Lagi satu mak haku nih macam innocent sikit lah. Hahahah. Memang lawak. Gelak terguling kekadang bila teringat kat mak. Korang taw tak? Mak haku cakap polka dot tuh, fido dido! Caya lah mak! Kihkihkih.

Alkisah nya, time hari raye hari tuh, adik bongsu haku tuh ada lah sepasang baju kurung polka dot(bintik-bintik, boolat-boolat). Kebetulan family ayah teh haku, mostly masa hari raye tuh pakai baju polka dot. Pastuh, kitorang nih dah jadi adat, pepagi raye, lepas sembahyang, kumpul, makan-makan kat umah cik and ayah sor, kitorang gerak dalam satu group pergi beraya umah sedara-mara yang mostly umah dekat-dekat jep. And then masa dah nak balik tuh, haku, mak and Kak jalan sekali. Tetiba mak haku cakap....

"Mak: Mujur Anis dop paka baju fido dido. Kalu dop, same ngan anok yoteh la (mujur Anis tak pakai baju fido dido, kalau tak, sama dengan anak ayah teh).

Haku dengan kak tercengang beb. Fido dido??!! Bila masa Anis ada baju tuh? Haku tengok kak, kak tengok haku. Pastu haku tengok lah anak-anak ayah teh kat depan tuh. La...bukan fido dido. Polka dot! Hape lagi haku dengan kak gelak la. Tak boleh nak tahan. Maaf mak! Kami tak sengaja. Lepas dah habis gelak baru haku cakap yang mende tuh orang panggil polka dot. Bukan fido dido. Mak haku memang best. Dia bantai sekali gelak kau. Sayang mak!!

Korang nih, mestilah haku tengah rindu dengan mak, sebab tuh haku cerita pasal mende alah tuh. Sampai sekarang pon haku duk gelak sorang lagi kot kalau teringat kisah tuh. Hahahahak. Hamboi. Sakan. Dah berjam kau duk buat menda alah nih. Bila nak abis nye entry kau nih Mekna oit?? Eyh. Tetibe.

Eleh. Kalau korang rasa menyampah pon dengan entry haku nih sebab duk puji mak haku jep, tuh maknanye korang jeles. So, sila buat perkara yang sama pasal mak korang. Puji dia habis-habis. Untung sabut, kalau dia baca blog korang, mesti dia bangga. Untung batu, orang lain yang baca. Kalau haku, memang mak haku tak taw. Sebab tuh haku puji dia kat sini. Kalau dia taw, nanti dia makin sayang haku lebih pulak. ßowkeyh nih statement perahsantan. #ketukkepalalelaju.

Lagi satu kalau korang nak tau, mak aku share tarikh birthday dia dengan cousin lelaki haku. So macam haku pon sesambil tuh nak ucap lah jugak SELAMAT HARI LAHIR buat cousin (AIDIL) yang kesayangan (haruslah semua haku sayang, jangan salah paham) haku tuh. And haku jugak nak wish HAPPY BELATED BIRTHDAY kat AZIZ (cousin), & HAPPY UPCOMING BIRTHDAY kat AIDA (yg nih adek haku). Dan tak dilupakan, gud luck for upcoming SPM. Sila buat yang terbaik. Korang tiga serangkai tahun nih. Aziz, Aidil & Aida. Wish you all the best. Doa haku sentiasa mengiringi korang. InsyaALLAH. J

Owkeyh, itu sahaja coretan kenangan-memanjang haku kali nih. Kalau ada terkasar bahasa, haku mintak ampon. No hurt feeling guys. Just kidding. J

Salam ukhuwah. Salam sayang buat mak-mak kesayangan korang. J

Tuesday, September 11, 2012

IT'S BEEN 11.

Hai and Assalamualaikum.


Mata haku still jugak tak maw lelap. Nih dah malam kedua di Pilah nih. Mungkin haku masih belom dapat nak sesuaikan diri kat tempat nih. Even memang dah lama pon menginap disini. And kalau dah macam nih, memang kerja haku duk mengOn9 jela. Dari satu belog ke belog haku terjah. Owkeyh. Cut the crap. That’s not what you’re gonna talk about.

Actually, tetengah haku duk on9, jejenguk twitter tuh, tetibe ternampak satu status nih. Adik Aisyah Shakirah punye. She said, ‘Salam 11/9’. Hmm... haku cam terkaku kejap. 11 September? Haku tengok balik calendar kat skrin lappy nih. Yup. It’s 11th September. Allah. Terus terbayang cerita-cerita yang pernah berlaku dahulu. Kapal terbang. Bangunan-bangunan tinggi. Bagaimana bermulanya saat-saat penderitaan saudara-saudara kita. Angkara 11 September.

And it’s been 11 years already. Allah. Cepat nye masa nih tinggalkan kita. Ada apa dengan 11th September? Oh kamu tidak ketahuan? Seriously? (*gelengkepalabeberapakali) Owkeyh. Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu dengan apa yang berlaku pada tarikh 11th September 2001. Tarikh yang mana mula menjadikan umat Islam seluruh dunia dikecam hebat. Haku takmo cerita apa yang berlaku pada tarikh tuh. Kalau korang nak tau cerita, korang boleh google. Tengok gambar ataupun video yang diupload. Haku percaya banyak yang korang boleh taw. Tapi, make sure korang jelas dengan hape yang berlaku. Owkeyh sila google sekarang. *demandkaumekna

Dan disebabkan peristiwa tuh jugak, ada certain produser yang mengolah peristiwa tuh kedalam bentuk wayang gambar, tapi dari sudut pandangan masing-masing. And seperti mana yang haku da mention kat atas tadi, apa yang berlaku tuh dipertanggungjawabkan kepada umat Islam. And secara tidak langsung umat Islam dicemuh. Itu adalah tidak adil. Sama sekali. Sepatutnya semua yang berlaku perlu disiasat dengan teliti. Bukan hanya tau mencemuh dan menghukum.

Dan disebabkan perkara itu, negara-negara Islam, sesetengah nya diserang. Umat Islam dibunuh dengan kejam. Ya ALLAH. Saudara-saudara kita. Tanpa belas kasihan mereka diancam. Mereka dikecam ditanah sendiri. Rentetan peristiwa tersebut. Ramai yang terkorban. Banyak nyawa yang melayang. ALLAH. Sungguh. Hingga ke hari ni, pertumpahan darah masih berlaku di sana. Mereka tidak aman. Hidup dalam ketakutan.

Ya! Kita semua hidup aman sedangkan mereka berjuang demi untuk melihat hari esok. Mereka bangun mempertahankan agama kita, Islam. Mereka bangkit pertahankan maruah agama. Dan kita, hanya mampu memandang. Hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita dari kejauhan. Betapa kita tidak mampu. Dan, andai kata suatu masa nanti kita juga menerima nasib yang sama. Adakah kita semua mampu untuk menjadi seperti mereka? Tetap berdiri memperjuangkan agama kita yang suci ni? Adakah kita semua mampu?

Mereka. Si anak kecil. Orang tua yang dipenghujung usia. Wanita yang lemah. Lelaki yang bersemangat waja. Mereka bangun berjuang. Rela syahid di jalan ALLAH. ALLAH. Besar ujian mereka. Kenapa kita yang diberi kemudahan tidak pernah mensyukuri nikmat yang kita ada? Mereka tidak pernah meminta semua tu. Mereka juga seperti kita. Mereka, kita semua hamba ALLAH. Kita semua adalah sama. ALLAH. Mereka tidak terdaya untuk melawan.

Dan, ramai yang telah syahid. Dan haku yakin janji ALLAH itu pasti. ALLAH itu MAHA ADIL. Setiap yang berlaku, pasti ada balasannya. Kematian mereka tidak sia-sia. Mereka syahid mempertahankan agama ALLAH. Dan kita yang masih hidup, jangan sombong dengan nikmat yang dipinjamkan. Semua ni hanya sementara. Bila-bila masa kematian pasti menjemput kita. Dan kita akan kembali menghadap-NYA. Itu pasti.

Seperti mana haku, seringkali terleka dengan rencah dunia. Seringkali terlena dalam nikmat yang sementara. Ya ALLAH. Betapa haku lemah.