mAe freNz

Sunday, September 06, 2015

UNFORGETTABLE INCIDENT

Alhamdulillah. Semester baru dah bermula and here I am, have-to-be-ready to face the new semester.

Actually baru selesai-yang-tak-berapa-nak-selesai kemas bebarang since checked in tengahari tadi. Well, yeah I knew I'm a bit slow. Sebab hati tak berapa nak happy nak start the new semester nih. Biasalah sindrom cuti-lama-bertapak-kat-rumah. So macam MALAS gila nak balik kolej nak start semester padahal projek belum start pape pon. Tak sedar diri betol aku nih. Mintak penampor kesedaran agaknye.

So aku dah sampai sini (Kajang) since last Wednesday and duduk rumah pak sedare to sort out a few things before balik kolej. Sesambil tuh sempat la nak lepak dua tiga hari dengan cousins tuh before memasing balik kolej memasing kan. Lama sangat dah tak lepak sesame sebenarnya. Yelah, we all got our own commitments now. Kadang aku free, dorang pulak tak free. Even duduk area dekat pon, susah nak jumpa. Kira aku menyelam sambil minum air la nih. Datang settle kerja sesambil lepak dengan lil cuzies. Well spent quality times.

Tapi aku nak cerita pasal unforgettable incident tuh sebenarnya. Incident yang memang aku rasa kalau boleh putar balik masa, aku nak tukar tiket bas tuh tak nak naik pon bas tuh hari tuh. Gitu. Huhuhuhuh. Bukan niat aku nak mengenang kembali peristiwa memalukan nih but it keeps berulang tayang dalam kepala nih jadi aku kena buat something la pasal tuh. At least an apology even if he didn't now I did say sorry.

Ceritanya aku naik bas (dua tingkat dan aku duk tingkat bawah) balik Kajang pagi tuh dan dah sampai terminal tuh, aku bangun la nak bagi laluan keluar kat orang sebelah aku since aku duduk kerusi yang double seat tuh. Memang kena bangun pon sebab ruang sempit takkan dia nak lompat pulak kan? So bergigih la aku bangun dengan mengangkat beg-beg tambahan aku tuh. Elok jep orang sebelah aku tuh keluar, aku pon cecepat la nak masuk duduk balik sebab ada Mr. I-dont-even-wanna-know-his-name-and-remember-his-face kat belakang aku yang lama tunggu sebab turut sama nak keluar. And ramai lagi yang lain.

Oh my Allah!

I don't know how tak lepas nak duduk tersangkut beg ke cemana but tetiba aku dah terjatuh kat Mr. I-dont-even-wanna-know-his-name-and-remember-his-face belakang aku tuh. And the worst thing is I don't even remember when tetiba mulut aku dah tersebut "Oh mak kau!" masa terjatuh tuh. Allah. Allah. Allah. Malu terjatuh tuh satu hal dah, malu termelatah tambah lagi satu hal.

Masa tuh aku dah tak dengar pape tak sempat cakap pape, aku bangun and then terus duduk kat kerusi terus pandang keluar tingkap tak tengok kiri kanan dah. And aku langsung-langsung tak cakap 'sorry', 'I'm sorry', or 'maaf' kat Mr. I-dont-even-wanna-know-his-name-and-remember-his-face tuh. The one and only thing yang aku ingat, member dia duk gelak-gelak masa lalu sebelah aku tuh. Allah. Allah. Allah. Malunya rasa nak menyorok bawah kerusi bas tuh. Tapi alhamdulillah, semua orang yang duduk tingkat bawah tuh turun kat situ and tinggal aku sorang duk relaks balik bagi cool rasa malu tuh.

Sungguh lah aku takkan lupa insiden nih selagi Allah tak bagi aku lupa and aku memang takmo jumpa lagi dah dengan Mr. I-dont-even-wanna-know-his-name-and-remember-his-face tuh. And aku memang langsung-langsung tak ingat muka dia cemana.

But Mr., I'm so sorry for that ketidaksengajaan and sorry jugak sebab tak say sorry dari awal. My bad. Termalu sangat sampai tak boleh cakap pape dah.

So, that's it.


~Thank god I don't even remember his face huh. Lepas nih boleh dah memory nih pon terlupa.