Saturday, September 22, 2012

MERONGGENG CIK KIAH

Assalamualaikum! Dan salam sejahtera! *amboi

Alkisahnya, last week, hari khamis tuh (seminggu sudah), kami si penduduk Gentam nih, pakat reramai keluar meronggeng. Hamboi, ronggeng Cik Kiah kau. Dan sebelum korang cakap haku nih memonteng, let me tell you something guys. Kami-kami semua nih, secara rasminya telah mendapat cuti disebabkan oleh lecturer-lecturer yang memasing punya hal. Secara singkatnya, kelas tiada, aka batal. So, berpuas hatilah sesiapa yang masih mahu berada dikampung halaman itu. Huh...untung lah sesape yang belum balik lagi tuh. Boleh menyambung cuti! #Cemburu

Owkeyh, please. Stop merepek the kerepek Mekna. Mari kita kembali ke pangkal jalan sebelom Mekna The Merepek nih sambung membuat kerepek. Eyh. Stop please! #PaceFalm

So, nak dijadikan cerita, kami bertujuh, yakni haku, Wani, Eda, Chadah, Yana, Mira dan jugak Kat the Cat telah menempuh ranjau menaiki bas dengan semangat nya ke Seremban tuh. Eyh, ini semester baru, semangat mesti baru! Ala....bab memain, laju aja kau nih Mekna! Wait, kami bertujuh aja dari Gentam nih sebab nya Opah the Qina, dari KLIA. Flight dia dari Sabah pepagi lagi. Kiranya memang haku dah janji lah dengan dia nak tunggu dia before jenjalan pusing Terminal One tuh.

Hahaha...actually haku pun saja jep keluar. Dorang semua memang plan nak g tengok wayang. Nak tengok Resident Evil tuh ha. Yana pulak nak balik Kuala Klawang. Alang-alang dah semua orang nak keluar, haku pun tumpang sekaki la. Even haku takmo tengok wayang pon. So, haku pun cakap lah kat opah yang haku nak jalan jep. Opah pon cakap dia takmo tengok, sebab letih. Nanti dia tidor jep dalam panggung tuh katanya. Buat rugi ja beli tiket.

Jadinya, before opah sampai tuh, (opah sampai kul 12 lebih kot) mereka yang nak tengok wayang nih pon berpusu lah pergi ke McDonald mengisi perut. Lapar kot, dah separuh hari ha. Pelawaan dorang ajak haku makan tuh haku tolak jep.  Haku pulak cam..."hmm...takpelah, kita tunggu qina sampai dulu. Nanti kite teman dia makan..." Padahal haku ada plan lain. Hahah...poyo jep haku.

So, sesampainya VIP(opah) tuh ke Terminal One, terus haku seret dia masuk Pizza uolls. Kehkehkeh. Nih la plan haku. Dari masa dia duk dalam komuter lagi dah haku cakap kat dia haku mengidam nak makan pizza. Sabor jelah Mekna oit. Boleh pulak kau nih duk mengidam segala bagai. Tapi ini bukan lah mengidam yang macam orang dah kahwin tuh. Haruslah tak sebab haku masih single lagi. Tak payah nak pikir jauh lah. Haku dah lama tak pekena pizza sebenarnya. Paling last haku makan pon, time haku kat matrik lagi tuh. Lame tak korang rasa? Lame kan? Kesian haku. :(

Dah, stop mood sedih tuh Mekna. Meh kita cerita pasal makan-makan pulak. So, memandangkan tinggal kami berdua jep, maka, berzaman lah kami melepak di Pizza Hut tuh. Yang lain masa nih dah lama duk dalam panggung. Masuk aje dalam Pizza Hut, cari tempat duduk, terus order kau. Excited giler lah haku cakap kau. Huh, buruk beno perangai. Budak mana lah nih ha. :P

Setelah selesai membuat order yang sememang nya banyak tuh( kami tapau separuh kot, tamak giler ishishish), kami pon duk lah borak-borak. Almaklumlah, dah lama tak jumpa. Cuti semester kot. Pulak tuh, sorang duk Malaysia Timur, sorang duk Malaysia Barat, memang sah-sah la jauh. Cakap punya cakap, sampai lah order kami sampai. Lepas tuh masing-masing diam. Masa makan beb. Tak baik makan sambil borak. Kehkehkeh

Moh ler layan piccys kami yang tengah giler-giler nih. Eyh, kami masih waras k. ;)

Punya lah banyak order kau.


The Wanted - Opah Qina


Sampai tertonggeng botol nye ha.


Malu tapi mahu kata nye. :P


*Eyh, kejadahnye haku p makan mende alah tuh.


Menggosok mata tanda mengantuk selepas kekenyangan. :D


Sampai licin kami sapu kau. :P


Eyh sen jep? 'Murah' giler! 


Muka orang-orang kekenyangan. Penuh pengcahayaan cakap.

Sebaik sahaja selesai santap tuh, kami pon gerak lah pergi solat. Yang wajib harus dilaksanakan. Dan mereka jugak sudah siap menonton. Lepas sembahyang, gerak pergi cari barang-barang before gerak balik ke Pilah. Sedang duk merayau cari barang, terjumpa dengan Ekin Zaini dan Aisyah si Comel tuh. Mereka sedang nak balik kampung woi. Jeles sedikit disitu. Kebetulan Aisyah bawak dia punya kamera. Apa lagi, kami nih snap piccys jela sesambil jalan tuh.





Ha, cun kan kami nih? *masukbakulangkatsendiri

Owkeyh lah guys, sudah terlampau-melampau panjang entry nih ha. So, that's all from haku. Selamat menjalani hujung minggu guys. Nanti haku hupdate pasal cerita be'open house' kat umah cousin haku pulak. Till then, Salam ukhuwah fillah. Love u all. Lillahita'ala. InsyaALLAH. Amin. :)

0 kumenkumen orAng...:

Post a Comment