mAe freNz

Tuesday, February 26, 2013

ALHAMDULILLAH.

Alhamdulillah. That's the best that I could say. Thanks Allah.

Never give up. Be positive. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Jangan sedih. Allah knows the best.

Follow the flow. Usaha lagi untuk buat yang terbaik. Allah sebaik-baik Perancang. Do believe. Stand still. 



Monday, February 11, 2013

AKTIVITI KEJIRANAN

Haihaihai dan Assalamu'alaikum guys!

Awat la haku rasa skema semacam jep hari nih ni? Kehkehkeh. Poyo. Ini semua poyo! 

Oh man. Cut the crap la Nina. Jangan nak melalut-merapu-meraban tak tentu pasal sangat. Just straight to the point. Owkeyhowkeyh. Jumjum inai! *eyh?

Jadinye, berkaitan dengan tajuk entry haku tuh, macam biasa lah, aktiviti kejiranan. Macam-macam lah boleh ada kan. Lain orang lain caranya. But, untuk family-family kitorang, kitorang suka buat makan-makan macam nih. Macam mana?

Owkeyh. Operasi bermula.
Amboit acik. Sempat aje tuh :D
Yup. Kitorang memang selalu buat aktiviti macam nih. Well, untuk mengeratkan silaturrahim kot. Yela. Since haku dan family pindah sini, dah berkali-kali lah aktiviti makan-makan nih kitorang buat. And the most important is 'gerak kerja' tuh. Hamboit. Skema habes haku guna perkataan gerak kerja. Tak lah. Maksud haku, proses penyediaan tuh. Kitorang memang gotong-royong nak siapkan semua benda tuh. Kalau tak caya, haku dah bagi bukti kat atas tuh. Korang cek sendiri. #Senyum

Bagi haku, kalau bebetol nak erat silaturrahim, better gotong-royong-kerjasama macm nih untuk makan-makan compare dengan tempah catering segala bagai. Sebab kalau catering, korang nanti pergi event, makan, lepas tuh dah sibuk nak balik. Tapi kalau rewang macam nih, korang kena join semua step la. Dari nak cari barang, masak, hidang, makan, sembang, kemas, then balik rumah masing-masing. Nih pendapat haku lah. No heart feeling. No hurt feeling. No hard feeling. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri pon takpe nih.

So, masuk ceritanya, kitorang decide nak bakar-bakar sate jep untuk menu gathering semalam. Well, nak buat gathering nih pon susah jugak. Kena cari the correct timing, tunggu semua orang ada baru best nak buat makan-makan. Since cuti Tahun Baru Cina nih semua balik, so it's decided. Jadilah apa yang berlaku semalam. And we did enjoyed. Alhamdulillah. #BigSmile

Even semalam cuaca tak begitu memuaskan, tapi kami puas hati. Yela. Siang tuh alhamdulillah, terang-redup-takde-tanda-nak-hujan. Alkisahnya lepas maghrib tuh hujan merenyai turun. Kitorang dah start cuak. Bara api untuk bakar sate dah hidup dari before maghrib lagi. Pinggan mangkuk pon dah susun. Berlari-lari anak lah kami-kami nih pergi angkut barang-barang tuh. Alhamdulillah, hujan kejap jep. Mak cakap orang tua-tua panggil tuh hujan-halau-pencuri. Kehkehkeh. Kami yang muda gelak sajeee.

And bermula lah majlis kami. Semua orang did enjoyed. Makan sampai kenyang. Fuhh...serius haku senang hati dengan suasana nih. Bila tengok semua orang berkumpul. Rasa rindu nak tinggalkan kampung. Wallaweyh haku nih. Belum tinggal lagi pon dah rindu. Poyo sungguh lah haku. Ishishish.

Dah lah merapu tuh Nina. Moh kite tengok piccys pulak. Tapi, haku tak amik banyak lah gambarnye pon. Nak tuntut dengan acik pon tak sempat lagi. Kehkehkehkeh...korang layan je lah yang ada nih yep. #SenyumSampaiTutupMata

Sebelum hujan rintik turun....
Hasil kerjasama petang tuh
Awat macik nih bole tersesat pulak nih?
Campfire? Rindu dulu-dulu
Hasil kebakaran?
Jiran-jiran-jiran-jiran-jiran
Unexpected guest I guess
Guys yang tolong bakarkan. So sweet and sweat. :D
Wallaweyh. Sedap kot nih. Nyumnyumnyum

Sampai licin pinggan wa habaq
Misi membungkus dibungkus
Gurauan adek-beradek
Amboit
Well. That's all yang boleh haku share kali nih. Mintak maaf lah kalau kualiti gambar tuh tak memuaskan. Kamera henpon cikai-cikai jep. So, till then, kita jumpa lagi. See you soon. Adios amigos.

Nih lah antara yang buat haku sayang-berat hati nak balik Pilah kot.

Sunday, February 10, 2013

#1 : MELAKA AGAIN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys!

Haihaihai! Agak lama nampaknya haku tak menghupdate blog nih. Wah...bukan haku suka-suki tapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Chewaahhh gitu. Kehkehkeh. Takyah la nak skema sangat kot Nina. Sempoi sudaaaa! #BigGrin

Alkisahnya hari nih setelah berabad haku menangguh-lewat-hupdatekan blog nih, haku ada la sikit mood nak menghupdate. Huk aloh! Hiperbolasepak sangat tuh sampai berabad tuh. Padahal baru jep pon. Setahun pon idok la sampai lagi haku tak hupdate blog nih. Well. Nina memang la suka kaypohchi!

So, nak dijadikan cerita yang berkaitan dengan tajuk entry diatas tuh, kami, pelajar-pelajar tahun akhir nih (chewaah kau! tak sabaq la nak habes woit) mengadakan program yang dipanggil Program Pendedahan Latihan Industri. Well, program nih taklah segempak Latihan Industri ataupun praktikal tuh. Just bertempoh selama 2 minggu, kami-kami diberi peluang untuk menimba pengalaman ditempat-tempat yang menjadi pilihan hati dan sudi menerima kami.

So, pilihan hati kami berempat ialah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka! Yup. Kami berempat, haku, Qina, Kat dan Wani. Oh man! Bermacam-macam pengalaman yang kitorang dapat kat Melaka nih. And haku tak serik untuk datang sini lagi. Well, haku kan nak jadi orang Melaka. #Booooo

Jadinya setelah urusan surat menyurat telah selesai + urusan exam pon selesai, kami semua laju-laju gerak pi Melaka. Yela, paper habes 21 Januari, kerja mula 22 Januari. Bhahahah...macam tak cukup nafas lah jugak nak mula kerja tuh. Tapi alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Melaka. Walaupun pada mulanya kitorang macam tersalah masuk jalan jugak. Bhaahahahah

And oh ya! Disini haku nak ucapkan...

Berbanyak-banyak ucapan terima kasih buat Qina, Auntie comel, Uncle baik, Abang ensem (walaupun tak jumpa abang nih) sekeluarga diatas kesudian menerima dan melayan kami selama berada di Melaka. 

Uwaaa....serius best weyh duk sana. Tak tipu. Korang pusing la mana-mana pon, nanti korang akan jumpa jugak tempat yang korang cari tuh. InshaAllah. Maksudnya, korang takkan sesat la. Sebab banyak sangat jalan-jalan alternatif yang ada korang boleh guna. Kalau tak caya, korang tanya kawan-kawan korang yang duk sana takpun yang pernah pergi sana. #Smile

Since haku tak dapat nak hupdate pepanjang entri nih, haku janji next entry haku akan share dengan korang apa yang haku dapat sepanjang haku kat Melaka. For the time being, haku kena out dulu. Well, cuti seminggu nih pon, bermacam event yang ada woit. Kehkehkehkeh. InshaAllah nanti haku hupdate jugak pasal cuti sekejap haku nih.


'Event' in the making.... :D