mAe freNz

Wednesday, December 30, 2015

RINDU

Andai berpeluang untuk jeritkan perasaan tuh, dah lama aku terjerit untuk sampaikan betapa aku rindu.

Andai berpeluang untuk luahkan perasaan itu walaupun untuk sekali, aku sanggup bersusah payah untuk luahkan betapa aku rindu.

Namun, peluang itu takkan mampu lagi untuk aku gapai.

Hanya perasaan terkilan yang berbaki.

Betapa kehilangan itu sungguh membuatkan aku rindu.

Rindu untuk menatap.

Rindu untuk mendengar.

Rindu untuk meluahkan.

Rindu untuk sebuah senyuman.

Aku rindu segalanya.

Betapa aku rindu.

Sungguh aku rindu.

Saat tak terkawal rasa rindu, hati bersedekah Al-Fatihah.

Minda mengingatkan hati kalau ini adalah perancangan terbaik dari-NYA.

Bersangka baik. Terus kuat. Kau tidak seorang.

Allah.

Sampaikan salam rindu aku.

Pada nya...



*1961-2015
*alfatihah
*tenanglah disana

Friday, November 20, 2015

WOULD YOU STILL LOVE ME THE SAME?



If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?

Right about now
If I judge for life, man, would you stay by my side?
Or is you gonna say goodbye?
Can you tell me right now?
If I couldn't buy you the fancy things in life
Shawty, would it be alright
Come on show me that you down
Now tell me would you really ride for me
Baby tell me would you die for me
Would you spend your whole life with me
Would you be there to always hold me down
Tell me would you really cry for me
Baby don't lie to me
If I didn't have anything
I wanna know would you stick around

If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?

Let's get it down
All I wanna is somebody who really don't need much
A girl that I know I can trust
To be there when money low
If I did not have nothing else to give but love
Would that even be enough
Gal, me need to know
Now tell me would you really ride for me
Baby tell me would you die for me
Would you spend your whole life with me
Would you be there to always hold me down
Tell me would you really cry for me
Baby don't lie to me
If I didn't have anything
I wanna know would you stick around

If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?

Tell me tell me would you want me
Tell me tell me would you call me
If you knew I wasn't balling
Cause I need girl who's always by my side
Tell me tell me do you need me
Tell me tell me do you love me
Or is it just tryna play me
Cause I need a girl to hold me down for life

If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?

If I got locked away
And we lost it all today
Tell me honestly would you still love me the same?
If I showed you my flaws
If I couldn't be strong
Tell me honestly would you still love me the same?

*reality*

Monday, November 02, 2015

MOM ONCE SAID....

Aku bukan jenis yang semua benda nak cerita kat Puan Emak. Once aku rasa benda tuh perlu untuk aku cakap kat Puan Emak, then baru aku cakap. Tuh pon cakap secara gelak-gelak. Tak tahan kekok weh kalau cakap serius-serius dengan mak. Hahahah.

Tapi bila dah masuk mode serius tuh, boleh tahan jugak lah serius dia. Yelah. Dah tanya pendapat pasal hidup, gila la nak gelak-gelak jugak kan.

Macam apa yang aku tetiba sembang dengan Puan Emak hari tuh. Aku rasa memang dia terkejut as before nih, aku tak pernah-pernah cakap soal nih dengan dia.


Mak: Buat istikharah. Mintak petunjuk dengan Dia.

Aku: Kalau buat istikharah, tapi hati dah tersayang dulu macam mana mak? Valid ke istikharah tuh?


Sungguh aku tanya soalan tuh direct macam tuh. Bila ingat balik rasa nak lempang mulut sendiri. Polos sangat bertanya takdan nak mikir.


Mak: Takpe. Buat je istikharah tuh. Kalau betol memang dah jodoh dengan dia, Allah permudahkan jalan tuh. Tapi kalau memang bukan jodoh dengan dia, nanti Allah akan tunjukkan jugak, tak kira lah macam mana cara pon.


Lepas tuh, mak tanya soalan cepu-cemas kat aku....

Mak: Nanti, kalau tetiba ada yang lagi baik daripada tuh macam mana?

Aku: Yakin la dengan pilihan kita tuh dan doa mohon hati nih tetap pendirian. Ujian kan?


Aku jawab balik soalan Puan Emak dengan soalan. Sebab aku tahu, she know things better than me.

Kadang ibu yang lagi dulu makan garam tuh, tahu lebih hati anak nih. Saja nak buat anak berfikir lebih. Bukan niat menghalang atau menidakkan. Still lagi gagah berdiri di belakang dalam apa jua keputusan si anak nih. 

Thanks Mak for always been there for me!

MINE IS NEXT


Semalam sempat menjengah DECTAR tuh sebab dah janji dengan  bestfriend nak pergi tengok die berjubah ungu (for FST). Fuhhhhh! Boleh tahan sesak lah kawasan DECTAR tuh. Semua dengan keluarga dan kenkawan memasing. Bangga berjubah ungu, muka berseri-seri. I knew that feeling. Rindu. Tak sabar! InshaAllah, next year will be mine.

Since I'm alone, si Qina offer pergi dengan dia sekali pepagi tuh. Ajak masuk dewan sekali dengan mak and abang dia sebab ada lagi satu tiket masuk dia dapat. Tapi aku dah janji dengan si Ija nak pergi sesama and tak bagitau budak Qina nih. Hari tuh Ija cakap kat Qina konon takleh nak datang sebab jauh. So, kira nak surprisedkan Qina lah si Ija nih datang. Hahah.

And we did it. Menjerit kemain si Qina tuh bila nampak si Ija ada kat sebelah. Yeay! Surprise menjadi. Hahahah. Tapi tak sempat lelama pon. Qina terkejar-kejar nak keluar.

Aku dengan Ija pon terus gerak balik lepas tuh. Duk pepusing cari members berenam tuh pon tak jumpa. Memasing sibuk dengan family memasing kot. Dan sungguhlah tersangat penuh orang kat depan tuh. Sesak nafas. Hahahah.

And sempatlah snap beberapa keping gambau dengan minah tuh. Buat kenangan, buat bekal semangat untuk habiskan semester nih. Well, aku pon nak sarung jubah tuh next convo! Lepas sarung jubah ungu tuh, nak sarung jubah ********* pulak. Hahahah.




Alhamdulillah.

She's finally a Master's holder.

One step closer to your dream, huh?

Keep walking and never stop dreaming.

Next aim, topi bulat with Mr. R, rite? Hahahah.

Good luck jah!

Friday, October 23, 2015

#BAJET2016 OR #BAJET2017

Allah.

Dua tiga hari nih hidup macam kelam-kabut sikit tapi tak lah sekelam jerebu yang menyesakkan dada tuh.

Dengan a lot of things that suddenly pop out yang menyebabkan otak laju berfikir dan hati beremosi lebih.

InshaAllah, if Allah wills, semua perancangan dan angan-angan tuh akan terlaksana jugak.

Sekarang mohon lebih fokus untuk habeskan dulu komitmen master and then you can start reviewing your plan.

Kasi kayuh pelan-pelan dulu. Sampai masa nanti jalan jugak. Amin.


Doa dan usaha seiringan.

Saturday, October 17, 2015

NEW 'ALL IZ WELL'


+ Jahhhh.

- Yep.

+ Jahhhhhhh.

- Yeppp.

+ Jahhhhhhhhh.

- Jemah….ko jangan sampai aku lempang ko kang.

+ Weh jahhhhhh! Ko tolong lempang sikit hati aku nih. Dah tersasar nih.

- Laaaa….ko dah kenape jemahhh? Nih kalau tak betol cenggini nih ade la yang tak kena tuhhh.

+ Hahahahah…aku nih…tinggi sangat kelangit. Nanti jatuh baru taw sakit.

+- ……………

Dan bermacam lah sesi soal jawab hati dan perasaan tuh.

Gosh. You dunno how much I thanked Allah for giving me best-girlfriend-ever like you. Yang aku boleh buat pape confession dengan selamba buta jep.

Cepat jep kau tangkap perubahan aku. Rasa hati aku.

And the best part is, kau tak marah aku. Kau cuba buat aku pikir balik and kau buat aku feel much more better. You know what I mean huh.

And thanks for supporting me in everything that I do and kenkadang aku nih over reacted sikit kan? Layan je lah kau kan.

And for that ‘nasihat’, inshaAllah. Doakan everything will be okay and aku tak tersasar daripada aim aku.


“Worth to Wait for…”



That’s my new ‘all iz well’.

Seeee....aku dah siap tampal dah pon. :P

Thursday, October 15, 2015

TAK SABAR

Tak lama dah nak habis kan master pon.

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk mid semester.

Tak sabar nak habeskan master. Tak sabar nak masuk makmal. Tak sabar nak siapkan mini tesis.

Lepas tuh dah boleh mula kerja. InshaAllah.

*next week dorang dah convo*

Saturday, October 10, 2015

SAKIT

Sakit, nak datang tuh tak kira masa.

Sempat jugak merungut kalau tetiba tersakit tuh. Yelah. Tengah serabut kerja menimbun, deadline assignment yang berkejaran, tetiba terdemam lah, terselsema lah. Bikin kacau jadual waktu kerja. Mula lah berkejaran nak siapkan semua benda. Kan?

Sakit tuh kan penghapus dosa. Mungkin terlampau banyak dah bank dosa nih sampai Allah hantarkan peringatan.

'Dah-dah lah buat dosa tuh. Bawak-bawak berehat pulak.'

Kan?

Baiknya Allah tuh. Sampai bagi ingatan macam tuh. Sayangnya Allah pada kita nih. Tak sanggup nak tengok bank dosa kita makin meningkat.

Tapi, sedar tak kita semua tuh?

#ketukdadasendiricekimancemana

ALL WE ARE


I tasted, tasted love so sweet
And all of it was lost on me
Bought and sold like property
Sugar on my tongue

I kept falling over
I kept looking backward
I went broke believing
That the simple should be hard

All we are we are
All we are we are
And every day is a start of something beautiful

I wasted, wasted love for you
Trading out for something new
Well, it's hard to change the way you lose
If you think you've never won

'Cause all we are we are
All we are we are
And every day is a start of something beautiful

And in the end the words won't matter
'Cause in the end nothing stays the same
And in the end dreams just scatter and fall like rain

'Cause all we are we are
All we are we are
And every day is a start of something beautiful, something real

All we are we are
All we are we are
And every day is a start of something beautiful, beautiful




Friday, October 09, 2015

KAHWIN: DEGREE KE MASTER?

Semalam duk sembang dengan sorang member nih. Sembang dekat wassap. Lama tak tanya khabar, lama tak jumpa. Sekali duk sembang tuh, memacam lah yang keluar. Dari hal sihat ke sakit, kerja, belajar sampailah ke hal kahwin. Kencang.

Tetiba dia cakap... "Untunglah budak master, ramai yang duk kejar."

Terus aku macam 'Eh? Dah kenapa pulak macam tuh?'

Kaitan pulak kan buat master dengan ramai orang nak tuh kan? Takat nih geng-geng aku yang sambung buat master baru sorang dua yang kahwin. Maksud aku yang geng-geng sesame dari zaman matrik, degree hinggalah ke master. Termasuklah penulis nih ha. Belom masa lagi. Hahahah.

Aku balas balik kat dia..."takde makna lah. Kawan orang yang degree lagi ramai kot dah kahwin."

Yelah. Seingat aku, geng-geng aku yang duk invite majlis kahwin baru nih pon ramai jep budak degree. Takde lagi dapat invitation dari bebudak master nih.

Maaf. Aku takde maksud lain pon nih. Just nak highlight yang level belajar tuh takde kena-mengena langsung dengan kahwin ke tak kahwin lagi.

Kahwin awal ke lambat tuh rezeki memasing. Ada yang terus habes SPM pon dah kahwin. Ada yang sampai dah habes Phd pon belom kahwin. Tuh rezeki yang Allah dah tetapkan. Sampai masa nanti, kahwinlah jugak.

And bagi aku, level belajar tuh tak bagi maksud apa-apa pon. Ada orang cakap lelaki takut nak approach perempuan yang lagi tinggi tahap belajar daripada dorang.

Tapi, level belajar takleh lawan level kuasa suami terhadap isteri kan? So, kalau kau belajar tinggi mana pon, kau tetap takleh lawan kuasa suami kau. Cuma mungkin ilmu kau lebih sikit lah dari dia. Alah...rileks sudah. Ilmu boleh cari bebila jep pon. Cuma nak kena ada keinginan jep. Kalau tak, takkan lah ramai jep akak-akak, abang-abang, makcik-pakcik yang duk sambung belajar lagi nih. Kan?

So, point kat sini, kau belajar tinggi ke, rendah ke, bukan asbab untuk kau kahwin cepat atau lambat. Sabar jep kalau belom kahwin lagi tuh. Mungkin bakal zauj/ah belom install waze lagi kat hadphone dorang. Sebab tuh lah lambat sampai.

#tumpang gembira dengan berita proposal member yang memang dah lama menunggu

PERASAAN

Konon tadi sesiap pergi fakulti nak masuk makmal, nak buat balik kerja minggu lepas yang tak sempat siap masa kelas. Sekali tersangkut dekat bilik siswazah nih pulak sebab makmal tutup and petang baru bukak balik. Bila dah lepak kat bilik siswazah nih dah malas dah lah nak panjat tangga naik makmal tuh. Nantilah minggu depan sambung balik masa kelas. Mintak tolong ngan Abang Tono ajarkan. Hiks. Suka bertangguh kan?

Hari nih nak blogwalking dulu. Lama sangat tak masuk blog nih. Layan blog, pasang earphone then dengar lagu jenjiwang. Syahdu weh, Layan perasaan kejap.

Cakap pasal perasaan nih, sungguhlah taktaw nak kata apa.

Perasaan nih kita tak boleh nak bantah-bantah. Tak boleh nak paksa-paksa.

Kadang kita suka, kadang kita tak suka. Berubah-ubah. Unpredicted la wa cakap lu.

Tapi kadang tuh, benda yang kita tak jangka nih lah yang duk membuai-terbuai ke langit ketujuh-kelapan-kesembilan-kesepuluh. Tup-tup dah jatuh ke bawah sakit berdarah. Kikikiki. Dah jatuh tuh bangun sendiri la kan? Takdenye orang nak tolong bangunkan.

Tapi bukan lah benda yang buruk pon nak layan perasaan tuh. Layanlah selagi kau mampu. Bukan nak kena bayar pon.

Asal kau tak susahkan orang sekeliling kau sudah lah.

Ok marilah melayan perasaan.

Arghhh rindu rumah!




.....Wait for me to come home....

Sunday, September 06, 2015

UNFORGETTABLE INCIDENT

Alhamdulillah. Semester baru dah bermula and here I am, have-to-be-ready to face the new semester.

Actually baru selesai-yang-tak-berapa-nak-selesai kemas bebarang since checked in tengahari tadi. Well, yeah I knew I'm a bit slow. Sebab hati tak berapa nak happy nak start the new semester nih. Biasalah sindrom cuti-lama-bertapak-kat-rumah. So macam MALAS gila nak balik kolej nak start semester padahal projek belum start pape pon. Tak sedar diri betol aku nih. Mintak penampor kesedaran agaknye.

So aku dah sampai sini (Kajang) since last Wednesday and duduk rumah pak sedare to sort out a few things before balik kolej. Sesambil tuh sempat la nak lepak dua tiga hari dengan cousins tuh before memasing balik kolej memasing kan. Lama sangat dah tak lepak sesame sebenarnya. Yelah, we all got our own commitments now. Kadang aku free, dorang pulak tak free. Even duduk area dekat pon, susah nak jumpa. Kira aku menyelam sambil minum air la nih. Datang settle kerja sesambil lepak dengan lil cuzies. Well spent quality times.

Tapi aku nak cerita pasal unforgettable incident tuh sebenarnya. Incident yang memang aku rasa kalau boleh putar balik masa, aku nak tukar tiket bas tuh tak nak naik pon bas tuh hari tuh. Gitu. Huhuhuhuh. Bukan niat aku nak mengenang kembali peristiwa memalukan nih but it keeps berulang tayang dalam kepala nih jadi aku kena buat something la pasal tuh. At least an apology even if he didn't now I did say sorry.

Ceritanya aku naik bas (dua tingkat dan aku duk tingkat bawah) balik Kajang pagi tuh dan dah sampai terminal tuh, aku bangun la nak bagi laluan keluar kat orang sebelah aku since aku duduk kerusi yang double seat tuh. Memang kena bangun pon sebab ruang sempit takkan dia nak lompat pulak kan? So bergigih la aku bangun dengan mengangkat beg-beg tambahan aku tuh. Elok jep orang sebelah aku tuh keluar, aku pon cecepat la nak masuk duduk balik sebab ada Mr. I-dont-even-wanna-know-his-name-and-remember-his-face kat belakang aku yang lama tunggu sebab turut sama nak keluar. And ramai lagi yang lain.

Oh my Allah!

I don't know how tak lepas nak duduk tersangkut beg ke cemana but tetiba aku dah terjatuh kat Mr. I-dont-even-wanna-know-his-name-and-remember-his-face belakang aku tuh. And the worst thing is I don't even remember when tetiba mulut aku dah tersebut "Oh mak kau!" masa terjatuh tuh. Allah. Allah. Allah. Malu terjatuh tuh satu hal dah, malu termelatah tambah lagi satu hal.

Masa tuh aku dah tak dengar pape tak sempat cakap pape, aku bangun and then terus duduk kat kerusi terus pandang keluar tingkap tak tengok kiri kanan dah. And aku langsung-langsung tak cakap 'sorry', 'I'm sorry', or 'maaf' kat Mr. I-dont-even-wanna-know-his-name-and-remember-his-face tuh. The one and only thing yang aku ingat, member dia duk gelak-gelak masa lalu sebelah aku tuh. Allah. Allah. Allah. Malunya rasa nak menyorok bawah kerusi bas tuh. Tapi alhamdulillah, semua orang yang duduk tingkat bawah tuh turun kat situ and tinggal aku sorang duk relaks balik bagi cool rasa malu tuh.

Sungguh lah aku takkan lupa insiden nih selagi Allah tak bagi aku lupa and aku memang takmo jumpa lagi dah dengan Mr. I-dont-even-wanna-know-his-name-and-remember-his-face tuh. And aku memang langsung-langsung tak ingat muka dia cemana.

But Mr., I'm so sorry for that ketidaksengajaan and sorry jugak sebab tak say sorry dari awal. My bad. Termalu sangat sampai tak boleh cakap pape dah.

So, that's it.


~Thank god I don't even remember his face huh. Lepas nih boleh dah memory nih pon terlupa.

Friday, August 14, 2015

CUTI DAN JUGA KELUARGA

Assalamualaikum.

Dah lama sangat menyepi daripada melalut diblog nih. Bukan takde masa tapi taktahu nak melalut hape. Last harituh update before balik bercuti. Ye, bercuti. La nih dah nak habis cuti dah pon aku nih baru gigih nak menaip-melalut-menghupdate blog nih.

Maafkan aku for takde kata-cerita-yang-boleh-memuaskan-deria-mata korang. Hanya ada cerita bisu pasal hidup aku yang ordinary nih.

As aku cakap kat tajuk entry aku kali nih, aku memang tengah cuti. And kenkadang bila orang-orang ataupun sedara mara aku kat kampung nih ternampak aku mesti dorang tanya, "Eh, lama cuti? Bila pulak nak gi?" (nih bagi yang tahu aku belajar lagi and sebab dorang ingat budak master nih takde cuti panjang). Lepas aku cakap aku cuti semester, cuti sampai bulan 9, barulah dorang macam... " Owwhhhh...cuti semester. Best ar lama cuti dia." Haaaa cenggitu.

So, untuk master coursework nih, jadual belajar, exam, cuti dia sama jep dengan jadual budak degree tapi kau pulun untuk dapatkan master. Tak sama dengan orang yang buat master research. Haaa yang nih kau susah nak dapat cuti (member bagitau) sebab kau nak kena settlekan projek kau tuh. Dan aku tak rasa aku mampu nak hadap tapi belum cuba belum tahu kan. Kot-kot la nanti nak sambung lagi setingkat, nak kena hadap jugak semua tuh. Positif, positif.

Berbalik pada cuti, aku nak mintak maaf sesangat dengan semua sebab aku nih bila time cuti panjang and balik kampung, memang henpon aku tak tahu campak mana. Kadang henpon duk dalam bilik aku duk lepak kat luar. Kadang henpon duk lepak kat luar aku duk kat dapur. Aku cari bila time nak pakai jep. dah jumpa kadang henpon pulak mati takde bateri. So memang kadang tuh mesej ke kol ke, wasssap berasap ke aku tak perasan. Maaf sesangat.

Masa cuti aku nih memang sesangat la dimamfaatkan dengan aktiviti cuti. Tidur, lepak depan tibi, makan-lepak-bising dengan adik-adik, projek rumah, projek makan, projek dapur, semua jenis projek lah yang voluntary and involuntary yang aku duk buat. Well, tengah full house sekarang nih. Lepas nih susah dah nak berkumpul buat aktiviti since ada yang dah nak start kerja, ada yang kena balik uni memasing. Cuti semua dah tak sama. Kan? Kan? Kan?

Part yang paling aku suka time cecuti camnih part yang makan-lepak-bising tuh. Paling win. Sambil duk makan tuh sambil duk bawak keluar cerita sambil duk pekena memasing. Kadang tuh berlanjutan sampai kul 12 pagi, 1 pagi. Nasiblah rumah berjarak dari rumah jiran. Tuh pon dah berkali kena sound dengan Puan Emak Encik Ayah sebab duk bising. Lepas kena sound dek Encik Ayah barulah nak bersurai semua. Kekekeke.

Tapi part tuh la memori yang melekat dalam kepala aku, dalam hati aku. Tertanya jugak nanti bila semua orang dah makin membesar, makin menua, bertambah ahli keluarga, masih mampu ke nak makan-lepak-bising-bertepuk-tampar sesama kami macam nih?

Harapnya agar fizikal saja yang berubah but as in relationship, kami sekeluarga bertambah kuat. Well, blood is thicker than water.




*planning next picnic involving everyone*

Sunday, June 21, 2015

SULONG'S GROUP

Assalamualaikum salam sejahtera dan selamat pagi semua!
Alhamdulillah tahun nih sempat aku merasa lagi bersama dengan Ramadhan Kareem.


"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!"


Agak terindu sekarang nih untuk sesama berpuasa dengan family kat kampung tuh. Sabau sikit wehhh. Tak lama dah nak habis dan boleh sambung berpuasa kat kampung wehhh. I just can't wait. Lama tak tengok muka Puan Emak Enchik Ayah face-to-face nih. Feuhhh feuhhh feuhhh. (Blog pon lame tak jenguk kakakaka maafkan sayeee).

Jadinya sekarang nih nak bukak cerita pasal tajuk entry tuh. Actually tuh nama satu group wassap kitorang yang tergroup few months ago. Ceritanya nama group tuh bukan asalnya Sulong's. But after a while kitorang terperasan kalau kitorang semuanya anak sulung. Tuh yang admin gigih tukar nama group tuh,

Kami berlima (aku, Diba, KakFaz, Nadia, Ika) kenal since zaman matrik 2008/2009 lagi sebab sesama buat PDT. Tapi takdelah rapat sangat pon sebenarnya but as time goes by, kitorang jadi rapat. Aku memang dari dulu rapat dengan Dib, Kakfaz dan Kakfaz, Dib memang rapat dengan Ika, Nadia. So jadinya kitorang jadi rapat dari situ and kewujudan group tuh makin merapatkan lagi kitorang. We decided to be there for each other. And alhamdulillah, lepas satu-satu hal yang berlaku, daripada masalah hati, kehilangan tempat bergantung, 'we' still been there for us.

Macam biasalah bila memasing umur makin bertambah, status hidup pon mesti nak berubah and one of us dah selamat pegang status Puan dah pun. Alhamdulillah. Tahniah Puan Diba Syahirah. Tak pernah terlintas budak kecik yang paling manja tuh akan cepat sangat kahwin. Sobsobsobs. Iolss nak anak sedara ramai-ramai owkeyh. (tapi still lagi budak nih manja dengan kitorang syabas betei!!)

So as bestfriend kitorang men'decide'kan diri sendiri untuk menjadi 'bridesmaid' untuk hari bahagia memasing. Kira macam rotate la memasing. Macam hari tuh majlis Dib sepatutnya aku, Kakfaz, Kakya and Ika yang jadi bridesmaids. And they did that walaupun aku takde. *double triple forple sobsosbsobs (Ahhh aku masih terkilan tak dapat attend dan tunaikan janji dengan Dib hari tuh) Sorry Dib, I really am. Nanti orang make up balik untuk janji tuh owkeyh. InshaAllah.

Sekarang nih pon memasing tengah sibuk duk planning untuk majlis memasing dah. Alhamdulillah. Memasing dah sampai seru dah. Aku? Hahahah sokmo kena perli dengan budak kecik tuh. Suh cari calon cecepat lecturer ke hape. Adoyai makin kuat pekena orang budak-kecik-naik-pangkat-jadi-puan nih, Mentang-mentang ada orang dah boleh back up dah sekarang nih. Hahahah.

Sokay Dib. Aku bagi korang semua lepas dulu. Aku nak lepaskan master nih dulu baru pikir ye dop? Amik tiket last best sikit nanti semua orang datan majlis aku memasing bawak suami ngan anak(s) dah. Hahahahah. Kidding. Sabor dulu ada jodoh tak ke mana. Takde jodoh kat dunia nih, kat akhirat nanti inshaAllah. Kita doakan yang terbaik la untuk semua. Doa murah rezeki, dapat jodoh bebaik, dapat anak ramai, permudahkan segala urusan. Well, Allah Maha Mengetahui. Kan? 

Doakan sekali ukhwah fillah kita nih sentiasa berbunga bahagia. Amin.


Owkeyh sudah bercakap-menaip-melalut-merapu.
Aku belanja korang sikit gambau-gambau yang sangat menjeleskan aku nih.
I wish I was there. Muchos.






Then, till we meet again (doakan aku rajin mengupdate hahah)


Ps//baju bridesmaid I tuh I simpan pakai buat raya owkeyh. Hahahah.

Friday, March 27, 2015

TERSEPAK

Salam 'alaik guys.

Lately nih makin ramai kenkawan satu batch yang nak kawen. Tak kira lah batch sekolah rendah, menengah, matrik, universiti, semua pakat beratur duk hantar invitation kat FB, tak pon hantar kad ke rumah, mesej kat wassap group ataupon personal. Alhamdulillah, dah sampai seru nak melangkah ke next phase of life. Hidup berdikari, berkeluarga, bersuami-beristeri, bermentua, beranak-anak. Alhamdulillah. Tahniah buat korang semua. Aku doakan korang semua dibanjiri rahmat, berkat, kasih sayang Allah dalam setiap masjid yang dibina. Amin.

Dan minta maaf jugak sebab tak mampu untuk attend semua majlis korang. Mana yang aku sempat jejak tuh alhamdulillah, sampai jugak. Boleh amik berkat, ye dop? Hahahah. Tapi mana yang aku tak sempat tuh aku minta maaf. Jangan pulak nanti korang balas tak datang majlis aku pulak bila dijemput. Hahahah. Gurau jep. Ada rezeki inshaAllah sampai kan. Raikan kenkawan.

Satu la. Satu jep. Bab nih satu ar aku kurang gemar kalau pergi majlis kenkawen nih. Hahahah. Nak nak kalau majlis tuh dalam kalangan keluarga. Pasukan mak-mak mesti sibuk duk tanya kita nih bila pulak. Kenkadang tuh aku layankan jep. Senyum, jawab tak sampai masa lagi. Mungkin dorang dah tak sabar nak makan nasik minyak eden la tuh. Tuh yang sibuk duk tanya. Padahal dah cakap kat dorang kalau nak makan nasik minyak tuh, time raya datang jep laaa. Kompom boleh makan nasik minyak. Hahahahah. Naseb la Puan Emak tuh cool lagi. Takdelah dipaksa nye anakanda tersayang nih kawen lagi. Alaaaa...dia tahu anak dia nih kurang matang lagi. Sebab tuh dia diam jep. Hahahah.

Tapi lately nih, Puan Emak tuh dah start bagi hint-hint pulak. Adoyai Emak. Couldn't you be cool as usual? Anakmu ini belum sampai seru lagi. Mungkin dah tak tahan telinga lah tuh kena tanya tuh yang cakap macam tuh. Aku mampu diam dan tersenyum jawab soklan emak tuh. Hahahahah. Nak kawen nih bukan macam nak pergi beli barang kat kedai mak.

Tuh kalau dengan emak. Dengan kenkawan pulak jawapan standard la aku bagi. Apedehal?? Hahahah...den belom tersepak lagi Mr. Right den. Nanti dah tersepak den kawen lah. Hahahah. Kelakar pulak asenye. Berangan ala-ala novel dan drama melayu sangat kan. Tuhlah. Banyak sangat baca novel. Sampai benda cenggitu pon nak jawab ala-ala novel. Hahahah. Alahai korang. Doakan jep lah yang baik-baik. InshaAllah satu hari nanti kad aku sampai kat tangan korang yep. Before tuh, doakan saje.



Psss/ Mak, kalau orang lain tanya den bole la pekakkan telinga lagi. Tapi bila mak dah start tanya tergugat jugak den nih mak. Alahai.


*inshaAllah ramai yang doakan den taon nih. Berkat doa korang tuh cepatlah sampai kad ye dop? :P

Thursday, March 19, 2015

BUKAN SEJENIS SIT-REP

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah cukup sebulan ber'menumpang' kasih di UKM nih. Dan dah sebulan sedang mencuba sedaya upaya untuk meng'adapt'kan diri dengan siuasi baru nih. Ok, sebelum tuh, entry nih bukan entry pasal sit-rep (baca situation report). Don't worry. Just nak ice-breaking sebab lama tak tegur-sapa. Hahahahah.

Alkisahnya duk UKM nih aku berkenal-kenalan lah dengan coursemates yang ade nih. Alhamdulillah, setakat nih dorang semua memang supportive. Nak buat group, assignment, presentations, sangat membantu. Seriously, aku memula nih rasa sangat lost. Setahun baru tinggal study dah lost macam nih. Cemana lah kalau dah tinggal bertahun-tahun macam Kak Fid tuh? Mesti aku kena sental otak aku nih dengan berus besi tuh nak bagi bernafas sikit, baru boleh terima ilmu tuh dengan senang.

Tapi aku nih memang lah, jenis yang memang tak berapa lama sangat boleh fokus kat dalam kelas. Yang nih aku taktaw la cane nak buat. Sobsobsobs. Nak-nak dengan kuliah yang straight tiga jam, empat jam tuh. Kalau degree dulu sejam dua pon aku sempat ber'beauty-nap' kat dalam lecture tuh, nih bayangkan la sampai empat jam tuh aku buat apa. Tapi serius cakap, aku tak berani nak ber'nap'. Gila kau. Kelas dah lah ramai foreigner, classmates pon tak berapa nak kenal, kecuali si Epul tuh. Tuh pon Epul tak berapa nak kenal lagi kot. Hahahah.

Kadang tuh kau nampak aku macam fokus giler tengok doc duk terang kat depan, tapi kalau tanya belum tentu lagi aku boleh jawab. Sebab jasad aku dalam kelas, fikiran dah jalan ke mana. Hahahah. Lantak lah, asal tak tertido dalam lecture tuh. Tapi alhamdulillah, boleh lah catch up sesikit mana yang sempat tuh. Aku risau. Risau takut tak boleh bawak. Tapi aku nak jugak bawak. Epul selalu cakap kat aku....

"Jangan risau Kak Nina. Senang jep. Mesti boleh skor punya."

Alahai Epul. Sweet pulak kome nih. But I really appreciate that. Kenkadang that kind of words boleh cool down nervousness tuh. Since before aku masuk lagi dia dah gitau memacam. And tolong memacam. Notes, info pasal lecturer, SV. Thanks sesangat. And a lot of thanks jugak Qina. Kau pendengar rungutan setia aku jah. Sabor jep ngko bila aku salu ngadu takdek air yep. And pasal nota-nota import tuh jugak. Hahahah. InshaAllah. Doakan aku mampu.

So, that's all. Psss....orang UKM yang kenal tuh jumpa tetegur la. Den tak bape nak kenal orang sini.

*bigsmiles*

Tuesday, February 24, 2015

UPGRADE

Bismillah.

First entry untuk tahun 2015. Alhamdulillah. Debaran akhir tahun 2014 dah berakhir as now I'm officially a studet of UKM. Alhamdulillah.

Sebenarnya tak pernah terlintas pon nak sambung buat Master nih. Kalau dulu masa tengah buat degree selalu sangat cakap, 'taknak dah sambung, tak larat dah nak belajar', tak pon cakap, 'cukup la dulu belajar, nak kerja nak bayar duit pinjam nih'. Dulu.

And yes I did that. Lepas degree dulu aku tak sambung belajar. Plus masa tuh kira macam cukup lah dah dapat degree, walaupun keputusan degree tuh tak memberansangkan. Cukuplah. Aku nak kerja dulu. Kerja oh kerja. Dan aku kerja. Kerja yang boleh lah nak buat tampung diri sendiri dan isi masa lapang tunggu kerja yang sesuai dengan bidang yang amik masa degree dulu.

Dalam pada duk kerja tuh, my friends sambung study, buat master. And selama setahun (anggaran) kerja tuh, terjentik dalam hati nih aku pon nak sambung jugak. Jeles oit tetiba tengok sume orang sambung. Tapi still tak berani. Takde confidence nak sambung. Takut tak mampu. Lama jugaklah bertangguh. Tapi tetiba pikir, kalau dah ada peluang, terus jep la. Peluang tak datang banyak kali. Kalau tak rembat masa nih, bila lagi kan? Lagi pon belum tentu lagi mintak nih, for sure dapat.


So, dari situ start la risik-risik dengan member yang tengah sambung tuh. I got some of their suggestions and opinions. Lepas tuh beranikan diri cakap dengan Inchik Ayah. Yelah. Support, redha parents tuh penting kot. Puan Emak pulak tak kisah.

Alhamdulillah, Inchik Ayah izinkan. Siap pesan-pesan suruh fikir, dan buat bebetol. Yelah, untuk apa nak sambung kan kalau bukan untuk upgrade tahap diri?

Dan aku memang nak upgrade tahap diri aku. Yes, I did this in upgrading my life. Nak challenge diri sendiri untuk lebih maju ke hadapan. Chewwahhh gitu. Dan ada jugak certain reasons yang memang aku dan diri aku sendiri saje yang tahu.

So, bermulalah proses memohon. I chose UKM. And memang aku ada sebab-sebab sendiri yang buat aku pilih uni nih. Biarlah aku sorang jep yang tahu. #senyum

And now, here I am. Being part of UKM, in upgrading my life. Tak pernah terpikir untuk sambung tapi sekarang I got the peluang. So,inshaAllah, I'll do my best. Mohon doakan! :)