mAe freNz

Sunday, June 21, 2015

SULONG'S GROUP

Assalamualaikum salam sejahtera dan selamat pagi semua!
Alhamdulillah tahun nih sempat aku merasa lagi bersama dengan Ramadhan Kareem.


"Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan!"


Agak terindu sekarang nih untuk sesama berpuasa dengan family kat kampung tuh. Sabau sikit wehhh. Tak lama dah nak habis dan boleh sambung berpuasa kat kampung wehhh. I just can't wait. Lama tak tengok muka Puan Emak Enchik Ayah face-to-face nih. Feuhhh feuhhh feuhhh. (Blog pon lame tak jenguk kakakaka maafkan sayeee).

Jadinya sekarang nih nak bukak cerita pasal tajuk entry tuh. Actually tuh nama satu group wassap kitorang yang tergroup few months ago. Ceritanya nama group tuh bukan asalnya Sulong's. But after a while kitorang terperasan kalau kitorang semuanya anak sulung. Tuh yang admin gigih tukar nama group tuh,

Kami berlima (aku, Diba, KakFaz, Nadia, Ika) kenal since zaman matrik 2008/2009 lagi sebab sesama buat PDT. Tapi takdelah rapat sangat pon sebenarnya but as time goes by, kitorang jadi rapat. Aku memang dari dulu rapat dengan Dib, Kakfaz dan Kakfaz, Dib memang rapat dengan Ika, Nadia. So jadinya kitorang jadi rapat dari situ and kewujudan group tuh makin merapatkan lagi kitorang. We decided to be there for each other. And alhamdulillah, lepas satu-satu hal yang berlaku, daripada masalah hati, kehilangan tempat bergantung, 'we' still been there for us.

Macam biasalah bila memasing umur makin bertambah, status hidup pon mesti nak berubah and one of us dah selamat pegang status Puan dah pun. Alhamdulillah. Tahniah Puan Diba Syahirah. Tak pernah terlintas budak kecik yang paling manja tuh akan cepat sangat kahwin. Sobsobsobs. Iolss nak anak sedara ramai-ramai owkeyh. (tapi still lagi budak nih manja dengan kitorang syabas betei!!)

So as bestfriend kitorang men'decide'kan diri sendiri untuk menjadi 'bridesmaid' untuk hari bahagia memasing. Kira macam rotate la memasing. Macam hari tuh majlis Dib sepatutnya aku, Kakfaz, Kakya and Ika yang jadi bridesmaids. And they did that walaupun aku takde. *double triple forple sobsosbsobs (Ahhh aku masih terkilan tak dapat attend dan tunaikan janji dengan Dib hari tuh) Sorry Dib, I really am. Nanti orang make up balik untuk janji tuh owkeyh. InshaAllah.

Sekarang nih pon memasing tengah sibuk duk planning untuk majlis memasing dah. Alhamdulillah. Memasing dah sampai seru dah. Aku? Hahahah sokmo kena perli dengan budak kecik tuh. Suh cari calon cecepat lecturer ke hape. Adoyai makin kuat pekena orang budak-kecik-naik-pangkat-jadi-puan nih, Mentang-mentang ada orang dah boleh back up dah sekarang nih. Hahahah.

Sokay Dib. Aku bagi korang semua lepas dulu. Aku nak lepaskan master nih dulu baru pikir ye dop? Amik tiket last best sikit nanti semua orang datan majlis aku memasing bawak suami ngan anak(s) dah. Hahahahah. Kidding. Sabor dulu ada jodoh tak ke mana. Takde jodoh kat dunia nih, kat akhirat nanti inshaAllah. Kita doakan yang terbaik la untuk semua. Doa murah rezeki, dapat jodoh bebaik, dapat anak ramai, permudahkan segala urusan. Well, Allah Maha Mengetahui. Kan? 

Doakan sekali ukhwah fillah kita nih sentiasa berbunga bahagia. Amin.


Owkeyh sudah bercakap-menaip-melalut-merapu.
Aku belanja korang sikit gambau-gambau yang sangat menjeleskan aku nih.
I wish I was there. Muchos.






Then, till we meet again (doakan aku rajin mengupdate hahah)


Ps//baju bridesmaid I tuh I simpan pakai buat raya owkeyh. Hahahah.