Friday, December 19, 2014

DEBAR

DEBAR

Yeahhhh! Sangat berdebar kot. Sape cakap tak berdebar tuh tipu laaaa. Kalau tak banyak pon, sikit mesti ada. Mesti. Same thing for me. Cecuba buat tak ingat untuk alihkan perasaan tuh. So that, tak akan rasa perasaan tuh. Tapi tipu. Even sedetik pon, mesti akan rasa berdebar tuh.


Well, bila kita terlalu berharap, makin kuat debaran yang datang.


Few days left, hope for a better future.

Sunday, November 16, 2014

HUJAN DAN PERUT

Assalamualaikum! Dan salam tengahari-perut-lapar!

Korang mesti pelik dengan aku kan? Selama nih duk menyepi la nih rajin pulak duk mencecet kat sini. Alah, aku bukan ape la. Sekarang nih waktu rehat, dan aku tengah panas dengan line tenet kat office nih. Mencabar jiwa betul. Kejap ade, kejap takde. Kerja den tergendala woit. Kahkahkah.

Kira nih macam menyelam sambil teguk air la. Try test line tenet nih ha. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kiranya nih kalau korang mampu baca nih maksudnya line tenet aku nih tengah ok la. Kalau korang tak baca tuh kira takdolah line aih. Gitu.

Well, Terengganu dah mula musim tengkujuh dah. Since Rabu baru nih, hujan pagi-petang-siang-malam kot. Eyh bukan nak merungut bersungut sesungut ke hape. Alhamdulillah, hujan rahmat tuh. Tapi tuh lah. Aku nih kalau memusim macam nih gak, lemah sikit la. Musim sejuk woit. Tendency untuk berhibernate tuh tinggi. Pantang ada masa cuti berlingkar lah jawabnya. Hahahah. Nak keluar rumah untuk sesaje buang masa time-time macam nih memang tidaklah. Den memilih RUMAH sebagai tempat membuang masa. Kahkahkah.

Tapi, apakan daya, kerja perlu diteruskan. Perghhh...! Mencabar minda jugak lah bekerja pada waktu-waktu kritikal macam nih. Di dalam bilik yang bersuhu 16 *C (+ -), dengan ditemani hujan diluar, memang perghhhh! laaa. Laaaaagi satu yang mencabar hujan-hujan macam nih adalah panggilan perut. Ha, kau jah. Cepat naw perut nih nak berlagu kalau time sejuk-beku-kaku macam nih.

Mula ar nak terbayang Maggi Goreng Masam Manis, Sup Cendawan Rasa Umami, Kek Lapis Beladau Kolam, Nasi Ayam Balik Kaup, Air Masam Masin Labuci. Perggghhhh....leleh ayaq liuq weyh!

La nih dah pukul 1.15 petang, dan di luar sana masih hujan. Perkara biasa lah kalau terbayang semua tuh kot. Perut den dah menjerit memanggil makanan. Perghhhh! Memang tak la nak keluor time-time hujan lebat nih. Tak memasal membasah woit. Delivery service pon takde kat sini woit. Jadinya, bemula lah aktiviti memujuk perut untuk bersabar sehingga petang karang untuk diisi di rumah. *harap orang sebelah tak dengor jeritan perut*

Alaaaa...korang yang baca nih takyah pandang aku lain macam la. Korang pon sama kan lapor time-time macam nih. Mengaku jep lah. Takyah nak lebih kurang sangat.

*jeling-jeling ikut tingkap tengok hujan dah reda ke belom*

Wednesday, November 12, 2014

RANDOM 'MAYBE' BUT 'HOPING'

Wednesday. Rabu.

Erghhh. Esok dah Khamis. Lusa Jumaat. Cuti.

Cepatnya masa bergerak. Dah nak habis 2014. Dah nak mula 2015. As tahun berubah, umur makin meningkat. So, where am I?

Yeah, masih lagi tengah mencari tapak untuk menstabilkan diri. Masih lagi berusaha melangkah untuk memajukan diri. Mencari hala tuju hidup yang masih samar-samar. Well, nobody knows what will happen after this, right?

Tapi, harapan masih ada. Keep walking, don't stop.

Mungkin esok akan jadi lebih baik daripada hari ini. Mungkin segala yang berlaku suatu ketika dahulu membuka ruang dan peluang untuk memulakan hari baru. Segalanya mungkin.

Just, don't lose hope. Pray.





#HOPEFORABETTERFUTURE

Friday, November 07, 2014

GRADUATION - PRE GRAD

Salam guys. Jumpa lagi. Rindu nak menulis-menaip-merapu panjang lebar but I've no idea what to talk about yet. 

So, guys iolss belanje you guys dengan gambar-gambar preconvo iolss jela eyh. Korang tengok-renung-nilai-cari la sendiri eyh. :P



































Well, pictures speak louder than words kan? (buat perumpamaan sendiri)

*Thanks a lot guys sudi jumpa kite sume and create those wonderful memories together. Nanges terharu*

Friday, October 24, 2014

GRADUATION PART 1

Holla!!!

Assalamualaikum.

After almost year menyepi, nah iolss belanje korang antara my most precious moments.

Enjoy!













Ok. Nih jep yang sempat iolss upload dulu. nanti next time iolss sambung lagi owkeyh. Ciawwww!

Tuesday, October 21, 2014

STOP


Same thing...same thing.

Life. Won't stop.
Until the last breath.
Chin up. Keep strong.
Have faith. Walk on.

Don't stop.
Dream on.




Nina Mokhtar
20 October 2014

Thursday, January 02, 2014

EXAM

Exam.

Bersyukur since ade 3 paper jep sem nih. But still nebes melampau hingga taktaw nak buat apa hingga taktaw nak study apa. Ha. Memang aku nih camnih. Padahalnye paper first and last tuh killer paper kot.
Allah. Memang semester nih nebes melampau sebab haku memang tak sabar nak abeskan semua nih. Tak sabar nak abes final nak kemas barang nak balik kampung. Kalau boleh tanak jejak Pilahdelphia nih lagi dah as a degree student. Ngeeee. Doakan please.

Since bulan lapan hari tuh den tahan jiwa raga nih tak balik. Memang upside down la jiwa raga. Naseb Puan Emak paham and supportive amat. Yela. Dah bilamana kol jep Puan Emak Encik Hati nih rapuh sangat. Tangkap leleh jep sampai terkantoi dengan Puan Emak. Encik Ayah lagi la. Dengar sore jep pon aku dah leleh. Sebab tuh tak pernah nak cakap lelame dengan Encik Ayah. Kol pon cakap straight to the point. Lepas tuh bebuat gelak even cakap menda serius melampau. Hahahah. Drama sungguh haku nih.

Takpe. Takpe. Sikit jep lagi nih. Bulan depan inshaAllah bangun pepagi boleh nampak muka Puan Emak, Encik Ayah.

Sekarang nih tolong la. Tolong la fokus dengan exam yang bertiga beradik tuh. Lepas tuh boleh kekemas barang dan Terengganu, here I come!

Well...mesti kekucing kat rumah tuh dah bebesar semuanya. Rindu Cik Putih Juling. Rindu Baby. Rindu Comel. Rindu semua. Wait for me ya'.

O Allah. I seek for Your help. I seek for Your guidance. I seek for Your miracle. Let me get through all these things smoothly and wonderfully. Amin.


*doakan lepas semua paper sem nih please.


COUNT

Count.
Count.
Count.

Counting.
...

1
2
3
4
5
6
7
8
9
...

And will keep counting.
Till the end.

Just keep counting.