mAe freNz

Friday, August 14, 2015

CUTI DAN JUGA KELUARGA

Assalamualaikum.

Dah lama sangat menyepi daripada melalut diblog nih. Bukan takde masa tapi taktahu nak melalut hape. Last harituh update before balik bercuti. Ye, bercuti. La nih dah nak habis cuti dah pon aku nih baru gigih nak menaip-melalut-menghupdate blog nih.

Maafkan aku for takde kata-cerita-yang-boleh-memuaskan-deria-mata korang. Hanya ada cerita bisu pasal hidup aku yang ordinary nih.

As aku cakap kat tajuk entry aku kali nih, aku memang tengah cuti. And kenkadang bila orang-orang ataupun sedara mara aku kat kampung nih ternampak aku mesti dorang tanya, "Eh, lama cuti? Bila pulak nak gi?" (nih bagi yang tahu aku belajar lagi and sebab dorang ingat budak master nih takde cuti panjang). Lepas aku cakap aku cuti semester, cuti sampai bulan 9, barulah dorang macam... " Owwhhhh...cuti semester. Best ar lama cuti dia." Haaaa cenggitu.

So, untuk master coursework nih, jadual belajar, exam, cuti dia sama jep dengan jadual budak degree tapi kau pulun untuk dapatkan master. Tak sama dengan orang yang buat master research. Haaa yang nih kau susah nak dapat cuti (member bagitau) sebab kau nak kena settlekan projek kau tuh. Dan aku tak rasa aku mampu nak hadap tapi belum cuba belum tahu kan. Kot-kot la nanti nak sambung lagi setingkat, nak kena hadap jugak semua tuh. Positif, positif.

Berbalik pada cuti, aku nak mintak maaf sesangat dengan semua sebab aku nih bila time cuti panjang and balik kampung, memang henpon aku tak tahu campak mana. Kadang henpon duk dalam bilik aku duk lepak kat luar. Kadang henpon duk lepak kat luar aku duk kat dapur. Aku cari bila time nak pakai jep. dah jumpa kadang henpon pulak mati takde bateri. So memang kadang tuh mesej ke kol ke, wasssap berasap ke aku tak perasan. Maaf sesangat.

Masa cuti aku nih memang sesangat la dimamfaatkan dengan aktiviti cuti. Tidur, lepak depan tibi, makan-lepak-bising dengan adik-adik, projek rumah, projek makan, projek dapur, semua jenis projek lah yang voluntary and involuntary yang aku duk buat. Well, tengah full house sekarang nih. Lepas nih susah dah nak berkumpul buat aktiviti since ada yang dah nak start kerja, ada yang kena balik uni memasing. Cuti semua dah tak sama. Kan? Kan? Kan?

Part yang paling aku suka time cecuti camnih part yang makan-lepak-bising tuh. Paling win. Sambil duk makan tuh sambil duk bawak keluar cerita sambil duk pekena memasing. Kadang tuh berlanjutan sampai kul 12 pagi, 1 pagi. Nasiblah rumah berjarak dari rumah jiran. Tuh pon dah berkali kena sound dengan Puan Emak Encik Ayah sebab duk bising. Lepas kena sound dek Encik Ayah barulah nak bersurai semua. Kekekeke.

Tapi part tuh la memori yang melekat dalam kepala aku, dalam hati aku. Tertanya jugak nanti bila semua orang dah makin membesar, makin menua, bertambah ahli keluarga, masih mampu ke nak makan-lepak-bising-bertepuk-tampar sesama kami macam nih?

Harapnya agar fizikal saja yang berubah but as in relationship, kami sekeluarga bertambah kuat. Well, blood is thicker than water.




*planning next picnic involving everyone*