mAe freNz

Wednesday, December 30, 2015

RINDU

Andai berpeluang untuk jeritkan perasaan tuh, dah lama aku terjerit untuk sampaikan betapa aku rindu.

Andai berpeluang untuk luahkan perasaan itu walaupun untuk sekali, aku sanggup bersusah payah untuk luahkan betapa aku rindu.

Namun, peluang itu takkan mampu lagi untuk aku gapai.

Hanya perasaan terkilan yang berbaki.

Betapa kehilangan itu sungguh membuatkan aku rindu.

Rindu untuk menatap.

Rindu untuk mendengar.

Rindu untuk meluahkan.

Rindu untuk sebuah senyuman.

Aku rindu segalanya.

Betapa aku rindu.

Sungguh aku rindu.

Saat tak terkawal rasa rindu, hati bersedekah Al-Fatihah.

Minda mengingatkan hati kalau ini adalah perancangan terbaik dari-NYA.

Bersangka baik. Terus kuat. Kau tidak seorang.

Allah.

Sampaikan salam rindu aku.

Pada nya...



*1961-2015
*alfatihah
*tenanglah disana