mAe freNz

Tuesday, February 24, 2015

UPGRADE

Bismillah.

First entry untuk tahun 2015. Alhamdulillah. Debaran akhir tahun 2014 dah berakhir as now I'm officially a studet of UKM. Alhamdulillah.

Sebenarnya tak pernah terlintas pon nak sambung buat Master nih. Kalau dulu masa tengah buat degree selalu sangat cakap, 'taknak dah sambung, tak larat dah nak belajar', tak pon cakap, 'cukup la dulu belajar, nak kerja nak bayar duit pinjam nih'. Dulu.

And yes I did that. Lepas degree dulu aku tak sambung belajar. Plus masa tuh kira macam cukup lah dah dapat degree, walaupun keputusan degree tuh tak memberansangkan. Cukuplah. Aku nak kerja dulu. Kerja oh kerja. Dan aku kerja. Kerja yang boleh lah nak buat tampung diri sendiri dan isi masa lapang tunggu kerja yang sesuai dengan bidang yang amik masa degree dulu.

Dalam pada duk kerja tuh, my friends sambung study, buat master. And selama setahun (anggaran) kerja tuh, terjentik dalam hati nih aku pon nak sambung jugak. Jeles oit tetiba tengok sume orang sambung. Tapi still tak berani. Takde confidence nak sambung. Takut tak mampu. Lama jugaklah bertangguh. Tapi tetiba pikir, kalau dah ada peluang, terus jep la. Peluang tak datang banyak kali. Kalau tak rembat masa nih, bila lagi kan? Lagi pon belum tentu lagi mintak nih, for sure dapat.


So, dari situ start la risik-risik dengan member yang tengah sambung tuh. I got some of their suggestions and opinions. Lepas tuh beranikan diri cakap dengan Inchik Ayah. Yelah. Support, redha parents tuh penting kot. Puan Emak pulak tak kisah.

Alhamdulillah, Inchik Ayah izinkan. Siap pesan-pesan suruh fikir, dan buat bebetol. Yelah, untuk apa nak sambung kan kalau bukan untuk upgrade tahap diri?

Dan aku memang nak upgrade tahap diri aku. Yes, I did this in upgrading my life. Nak challenge diri sendiri untuk lebih maju ke hadapan. Chewwahhh gitu. Dan ada jugak certain reasons yang memang aku dan diri aku sendiri saje yang tahu.

So, bermulalah proses memohon. I chose UKM. And memang aku ada sebab-sebab sendiri yang buat aku pilih uni nih. Biarlah aku sorang jep yang tahu. #senyum

And now, here I am. Being part of UKM, in upgrading my life. Tak pernah terpikir untuk sambung tapi sekarang I got the peluang. So,inshaAllah, I'll do my best. Mohon doakan! :)