mAe freNz

Wednesday, August 29, 2012

CERITA RINDU KENKAWAN :)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh and salam sejahtera buat semua readers! Salam Syawal semua! Owkeyh tak kisah lah haku dah lambat sangat pon nak wish Selamat Hari Raya kat semua yg penting haku wish kan? J

Hari nih haku nak cerita something yg tetibe jep terlintas kat kepala haku nih tadi. Iye... iye... haku tau haku dah lama menyepi and tetibe jep buat keluar cerita hari nih. Mianhae! Haku tak sempat nak menghupdate cerita-cerita yg menarik and at the end, cerita tuh terkubur dalam memori haku jep. Hoho. :P

Alkisah nye sekarang nih kan bebudak sekolah dah kembali bersekolah, tak kira lah yg sekolah rendah ke menengah, semua dah start sekolah balik. Dan seperti biasa lah lepas-lepas raya nih, banyaklah sekolah-sekolah yg mengadakan jamuan hari raya. Termasuklah adik-adik haku yg tersayang tuh. Dan tentulah adik haku yg paling bongsu (baru darjah 1) tuh yg paling excited nak sambut raya kat sekolah. Hakhakhak. Excited nye kemain lagi kau. Berbekas kuih raye yg dia duk packing. Lepas tuh sibuk nak label nama dia kat bekas-bekas tuh semua. Siapa yg tolong label? Haruslah bukan haku sebab haku duk tolong tengok jep. Hakhakhak, tolong menyebok pon ada jugak kot. Kakak (adik form 1) yg tolong dia. J

So, tetengah duk tengok diorang duk packing and label tuh, tetibe jep haku teringat perbualan haku, Qina and Yana dulu. Tersenyum sengsorang haku ha. Alah biasalah, kitorang kan biasa stay up memalam. Lelepak kat bilik haku duk buat assignment and kekadang duk stay up masa study week. Kekadang ada Wani dan lelain duk join sekali. Kekonon nye nak study la. Satu malam stay up, lepas subuh siap baru pakat tidor. Ala, korang pon mesti ada jugak yg buat macam nih kan? Biasala, hidup student nih memang mencabar. Aishhh Nina! Kau dah start melalut nih.

Berbalik ke pangkal jalan, duk tetengah stay up tuh, biasanya kitorang sembang la jugak (nak hilangkan mengantuk). Kenkadang tuh menyimpang jugak sembangnya. Sampai 5, 10 tahun akan datang pon ada. Hakhakhak. Yelah. Tetengah sembang boleh pulak terkeluar cerita pasal anak-anak kat sekolah. Punyalah jauh kami nih duk pikir. Sampaikan pikir macam mana nak kenal anak kami-kami nih time sekolah nanti. Kahkahkah.

Korang boleh bayangkan tak? Bermacam ragamnya kami nih ha. Qina cakap nanti kalau anak haku, dorang senang jep nak kenal. Ala,budak yg selalu bawak bekal kek coklat pergi sekolah tuh mesti anak haku. Kalau anak Qina pulak, mesti yang tiap-tiap hari bawak bekal ayam goreng pergi sekolah, sebab Qina suka makan ayam. Kalau Yana pulak,mesti budak yg suka duk maen jeling-jeling mata kat orang sebab tuh favourite Yana. Hakhakhak. Punya lah hebat dorang nih duk pikir. Haku apalagi, bantai gelak la. Terus hilang ngantuk dengar dorang duk merepek.

Macam-macam kan kami nih. Macam lah nanti kami-kami nih duk satu tempat jep sampaikan anak-anak duk bersekolah kat sekolah yang sama jep. Entah-entah sorang kat utara, sorang kat selatan, sorang kat barat. Entah macam mana lah nak jumpa tuh. Tapi kuasa ALLAH tak siapa yg tahu. Entah-entah kami semua nih hidup berjiran. Wallahu’alam. J

Kekadang tuh kami duk merepek jep melebih daripada study. Mulut yg laju duk bercakap, kepala yg jauh duk terpikir, tapi kerjanya tak jalan pon sebenarnya. Yelah, dah melalut lebih. Mana lah kerja nak jalan kan. Hakhakhak. Tapi tulah yg buat kami nih bahagia. Duk mengerat hubungan sesame kami. Sampaikan duk sesaja pon boleh teringat. Kenkadang tuh boleh jep kami nih duk bergurau bertempuk bertampar kat tetengah orang. Sebab dah terbiasa duk buat macam tuh kat umah. Hakhakhak.

Owkeyh. Haku da nak stop menconteng nih. Nak pergi sambung buat mende lain. Entry nih pon sebab haku tetibe jep teringat kat dorang. ALLAH. Haku rindu kat korang rupanya. Tak lama dah nak mula semester baru. Minggu depan dah balik ke uni dah semua. Kenangan baru bakal tercipta lagi dan lagi. Sekejap jep cuti 2 bulan nih (senbenarnya tak sampai 2 bulan pon). Dah nak habis pon ha. Owkeyh guys, See Yew Soon (c u soon)! Salam pengakhiran. J

Saturday, August 11, 2012

TERSENTUH MENYENTUH!

Assalamualaikum. Dan selamat sejahtera. :)

Ramadhan dah nak berlalu pergi. Kejap jep masa berlalu kan. Lepas nih for sure haku akan lebih rindukan bulan Ramadhan nih. Entah boleh jumpa entah tidak lagi tahun depan nih. Wallahu'alam.

Owh ya. Dah lama haku tak menghupdate blog nih. Dah bersawang sangat. Mohon maaf. Akhir-akhir nih diri ini malas sikit nak meng0nline (kononlakaunina). :)

Eyh sudah cukup lah merepek-kerepek-nak-raye tuh Nina. Anyway, haku nak share sikit thought haku pasal satu iklan raye nih. Honestly, haku ngaku haku leleh dari awal sampai akhir video nih. Penuh penghayatan kau nih Nina. Well, haku rasa sape yang tak nangis tengok nih memang betol la kayu. Takde perasaan. Teeeeetttt! Jangan marah. Tuh pendapat haku la. Heeeee :D

Owkeyh. Cut the crap. Mari kita berbalik pada video nih. Bagi haku video nih, even pendek pon, memang banyak mesej yang nak disampaikan. Terpulang pada orang yang menonton la macam mana nak menakrif mesej-mesej tuh.

Dari sudut pandangan haku, ada la due, tige mesej yang haku duk paham. First, pasal kasih sayang. Korang sendiri pon haku rase for sure la nampak macam mana Ahmad & Fizi yang dua-dua pon bergelar istimewa tuh, sanggup susah payah nak balik kampung jumpa dengan mak dia kan. Tu pon mak dia dah takde. Even tak dapat jumpa orangnya, ziarah makam pon jadi la. Lepas rindu.

Tapi, haku tak paham la anak-anak zaman la nih. Ibubapa duk ada sihat walafiat kat kampung, punyala diorang duk rindu ngan anak-anak, telefon anak-anak tanya bila depa suma nak balik mai, tapi langsung takdak nampak batang hidung balik jenguk mak bapak. Takpa la. Yang sebok duk kerja tuh, cuba la carik masa balik jenguk depa. Kejap pon jadi la. Jangan duk tunggu raya ja nak balik kampung. Kesian kat mak bapak, depa dah tua. Kat anak-anak ja tempat mereka nak manja. Jangan duk tunggu sampai mereka takdak dah. Nanti kamu menyesal pon da takda guna.

Second yang haku nampak pasal masyarakat. Haku bukan nak mengata kaum sendiri tapi nih benda betul. Kadang tuh manusia nih, diorang nampak benda tuh berlaku depan mata pon, diorang boleh buat tak nampak jah. Berat tulang nak tolong. Nih bukan cakap kat orang lain. Haku sendirik pon sama jah. Serupa. Tulang macam ada batu duk terikat.

Kadang tuh pandangan masyarakat nih yang tak membantu. Jangan pandang sinis, jijik dan sewaktu dengannya pada orang yang kurang daripada kita. Kita manusia nih ada hati dan perasaan. Bukan android, yang macam batu jah. Sama jugak dengan mereka. Mereka jugak manusia, insan. Makhluk Allah. Seperti kita. Siapa mereka untuk menangisi diri mereka. Siapa kita untuk menilai mereka disebabkan kekurangan mereka. Kita tiada hak. Kita semua sama disisi Allah. Setaraf. So jangan judge orang sesuka hati kita. Tapi, bantulah mereka agar mereka merasakan setaraf dengan kita.

Selain tuh, jangan bangga dengan apa yang kita ada. Semua tuh pinjaman Allah SAHAJA. Jangan bangga. Jangan riak. Semua tuh boleh menyesatkan. Sebaliknya bersyukur lah. Nikmat Allah. Kalau Allah nak, bila-bila masa sahaja DIA boleh tarik balik nikmat-nikmat tuh semua. Semuanya adalah kebesaran dan kekuasaan Allah. Kita tak taw bila dan bagaimana caranya.

Then do remember, setiap rezeki yang kita dapat tuh, kongsilah sedikit dengan yang memerlukan. Lagipun dalam setiap apa yang kita dapat tuh, mungkin ada terselit sesuatu yang mungkin bukan hak kita. Itulah gunanya zakat. Berzakatlah. Bersedekahlah. Mungkin rezeki kita akan bertambah murah bila kita berkongsi nikmat yang kita dapat. Rezeki daripada Allah. Lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia nih. Pahalanya berganda-ganda lagi. Rebutlah peluang. Bukan selalu dapat. Apatah lagi kalau bersedekah pada anak-anak yatim. Lagilah bertambah pahalanya. InsyaALLAH. #senyum


"TANGAN YANG DIATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DIBAWAH"







Owkeyh. Cukup sudah haku membebel disini. Nanti muak pulak kamu-kamu nak membaca-melayan kerepek haku nih. Eyh?! Apakah??! Anyway, ini semua bukanlah kutukan-rungutan-sepakan-tendangan kepada siapa-siapa pon. Ini adalah lebih kepada nasihat untuk diri sendiri. Semoga diri ini lebih menjaga dalam menghadapi, menjalani, menghadiri kehidupan dihari mendatang. Yang mana yang baek tuh, ambilkan jadi tauladan. Yang buruk tuh jadikan sempadan. Pilihan terletak ditangan masing-masing. Bukan pada haku ataupon sesiapa saje. #bigsmile

Sekian sahaja untuk kali nih. Selamat beramal ibadah guys. Ramadhan sudah berada di penghujung nya. Moga kita semua mendapat rahmat dan barakah nya. Amin. Assalamualaikum. See you soon.

#bighugsforgirls
#bigsmilesforboys