Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys!!
Tudia ayat pembuka bicara. Chewwwwahhh! Haaaa...takyah nak melebih sesangat Mekna oiii. Heee :D
Dengan ini, haku mengumumkan secara rasminya, haku, MEKNA aka MINA aka NINA anak kepada INCHIK AYAH & PUAN EMAK, sedang mengharungi tahun terakhir yang mana bakal menggoyahkan ke'tenang'an, ke'malas'an, ke'selamba'an dan berbanyak ke-ke-an lagi la yang selama ini hidup bermukim dalam diri haku. Hal ini adalah kerana effect daripada tindakan haku yang sebelom-sebelom ini dan jugak 'FYP' yang sudah bermula. Oh man! It's a final year's challenges! #MohonDitebalkanSabarDanTabah
Mungkin semua sifat-sifat yang berkaitan dengan KERAJINAN telah selamat bersemadi di lokasi paling dalam disebabkan oleh cuti yang lama bebaru ini. Maka dengan itu, setelah seminggu berada di PILAH nih pon, haku masih boleh berelaks-santai-mantai lagi even kenkawan haku ada yang dah mulakan FYP dorang. (owkeyh tipu sangat lah kalau haku langsung tak buat hape lagi kan, tapi mencari journal yg amat panjang tuh untuk dibuat rujukan pon dah rasa macam mencabar mata untuk membaca dan mencari pointnye)
Mesti korang tertanya-tanya jugak kan apa kejadahnya lah FYP tuh kan? Bagi yang dah taw tuh, gud job! *eyh tetibe pulak nak gud-gud
FYP tuh actually singkatan bagi FINAL YEAR PROJECT. Bukan FOR YOUR PLEASURE. Kami panggil FYP jep sebab nak bagi singkat sikit. Jimat air liur dari nak kena sebut pepanjang. Heeee. Sila maafkan haku. So, nak kaitkan dengan tajuk entry haku kat atas nuh ha, actually, haku rasa fobia sikit lah nak hadap final year nih. Yelah, before nih, selalu sangat dengar seniors macam merungut-menangis-meracau-merapu-meraung disebabkan ada masalah dengan FYP. Owkeyh, semua tuh buat haku rasa macam nak skip jep FYP. Tapi seharusnya lah TIDAK BOLEH. Wajib kot FYP nih kalau nak graduate.
Ini maksudnya......
NO FYP = NO GRADUATE
NO GRADUATE = BELAJAR TAK SUDAH
BELAJAR TAK SUDAH = TAK BOLEH KERJA
TAK BOLEH KERJA = TAKDE DUIT
TAKDE DUIT = TAK BOLEH KAHWIN
Owkeyh. Yang last tuh sangat lah salah. Hanya propa semata kerana penulis masih tiada niat menuju ke arah itu. Memang propa semata. Sila percaya!!!! (banyak dah tanda seru, kalau korang tak percaya jugak tak bole buat hape dah)
So, korang nampak tak betapa menakutkan nye FYP tuh? Sangat kan?? Kan haku da cakap. Hmmm. Tapi, disebabkan haku nak grad on time (ameen), haruslah FYP itu ku terjah dengan rela hati, sepenoh perasaan dan penghayatan. Disamping jugak menghadapi kelas-kelas yang terasa menyesakkan dada pada semester nih, haku hanya mampu berdoa, berharap semua akan berlalu dengan lancarnya tanpa ada masalah jiwa (korang nampak tak betapa hebatnya final year nih).
Dan, kepada classmate merangkap adek-adek kesayangan hamba yang belom lagi menjejak kaki ke PILAH nih, sila-silalah kembali untuk merasa betapa 'cetek' nya tekanan yang bakal dihadap. Semoga kita semua bertabah dan diberikan kekuatan-ketabahan-kesabaran yang tinggi untuk turut sama merasai pengalaman ber-FYP nih ha. Moga ALLAH sentiasa merahmati, melindungi, memberkati perjalanan kita semua di atas muka bumi-NYA ini. Ameen. J
Oleh itu, marilah kita menyudahkan kalam pada lewat malam merangkap pagi ini. Haku memohon ampun sekiranya terlebih-terkurang dalam penyampaian kali ini. Sungguhlah haku hanya insan yang lemah yang mudah untuk melakukan kesilapan tanpa diberikan tunjuk ajar kalian. Till then, haku mengundur diri dahulu. Salam ukhuwah fillah. J
#Selamat Berjuang Kenkawan. May ALLAH ease our way to JANNAH. Ameen J
0 kumenkumen orAng...:
Post a Comment