Hai and Assalamualaikum.
Mata haku still jugak tak maw lelap. Nih dah malam kedua di Pilah nih. Mungkin haku masih belom dapat nak sesuaikan diri kat tempat nih. Even memang dah lama pon menginap disini. And kalau dah macam nih, memang kerja haku duk mengOn9 jela. Dari satu belog ke belog haku terjah. Owkeyh. Cut the crap. That’s not what you’re gonna talk about.
Actually, tetengah haku duk on9, jejenguk twitter tuh, tetibe ternampak satu status nih. Adik Aisyah Shakirah punye. She said, ‘Salam 11/9’. Hmm... haku cam terkaku kejap. 11 September? Haku tengok balik calendar kat skrin lappy nih. Yup. It’s 11th September. Allah. Terus terbayang cerita-cerita yang pernah berlaku dahulu. Kapal terbang. Bangunan-bangunan tinggi. Bagaimana bermulanya saat-saat penderitaan saudara-saudara kita. Angkara 11 September.
And it’s been 11 years already. Allah. Cepat nye masa nih tinggalkan kita. Ada apa dengan 11th September? Oh kamu tidak ketahuan? Seriously? (*gelengkepalabeberapakali) Owkeyh. Mungkin ada diantara kita yang tidak tahu dengan apa yang berlaku pada tarikh 11th September 2001. Tarikh yang mana mula menjadikan umat Islam seluruh dunia dikecam hebat. Haku takmo cerita apa yang berlaku pada tarikh tuh. Kalau korang nak tau cerita, korang boleh google. Tengok gambar ataupun video yang diupload. Haku percaya banyak yang korang boleh taw. Tapi, make sure korang jelas dengan hape yang berlaku. Owkeyh sila google sekarang. *demandkaumekna
Dan disebabkan peristiwa tuh jugak, ada certain produser yang mengolah peristiwa tuh kedalam bentuk wayang gambar, tapi dari sudut pandangan masing-masing. And seperti mana yang haku da mention kat atas tadi, apa yang berlaku tuh dipertanggungjawabkan kepada umat Islam. And secara tidak langsung umat Islam dicemuh. Itu adalah tidak adil. Sama sekali. Sepatutnya semua yang berlaku perlu disiasat dengan teliti. Bukan hanya tau mencemuh dan menghukum.
Dan disebabkan perkara itu, negara-negara Islam, sesetengah nya diserang. Umat Islam dibunuh dengan kejam. Ya ALLAH. Saudara-saudara kita. Tanpa belas kasihan mereka diancam. Mereka dikecam ditanah sendiri. Rentetan peristiwa tersebut. Ramai yang terkorban. Banyak nyawa yang melayang. ALLAH. Sungguh. Hingga ke hari ni, pertumpahan darah masih berlaku di sana. Mereka tidak aman. Hidup dalam ketakutan.
Ya! Kita semua hidup aman sedangkan mereka berjuang demi untuk melihat hari esok. Mereka bangun mempertahankan agama kita, Islam. Mereka bangkit pertahankan maruah agama. Dan kita, hanya mampu memandang. Hanya mampu untuk mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita dari kejauhan. Betapa kita tidak mampu. Dan, andai kata suatu masa nanti kita juga menerima nasib yang sama. Adakah kita semua mampu untuk menjadi seperti mereka? Tetap berdiri memperjuangkan agama kita yang suci ni? Adakah kita semua mampu?
Mereka. Si anak kecil. Orang tua yang dipenghujung usia. Wanita yang lemah. Lelaki yang bersemangat waja. Mereka bangun berjuang. Rela syahid di jalan ALLAH. ALLAH. Besar ujian mereka. Kenapa kita yang diberi kemudahan tidak pernah mensyukuri nikmat yang kita ada? Mereka tidak pernah meminta semua tu. Mereka juga seperti kita. Mereka, kita semua hamba ALLAH. Kita semua adalah sama. ALLAH. Mereka tidak terdaya untuk melawan.
Dan, ramai yang telah syahid. Dan haku yakin janji ALLAH itu pasti. ALLAH itu MAHA ADIL. Setiap yang berlaku, pasti ada balasannya. Kematian mereka tidak sia-sia. Mereka syahid mempertahankan agama ALLAH. Dan kita yang masih hidup, jangan sombong dengan nikmat yang dipinjamkan. Semua ni hanya sementara. Bila-bila masa kematian pasti menjemput kita. Dan kita akan kembali menghadap-NYA. Itu pasti.
Seperti mana haku, seringkali terleka dengan rencah dunia. Seringkali terlena dalam nikmat yang sementara. Ya ALLAH. Betapa haku lemah.
0 kumenkumen orAng...:
Post a Comment