Assalamualaikum and salam sejahtera!
Owkeyh, sorry sebab dah lama entry nih duk tersimpan kat draft box haku dan sangat lama menunggu untuk dihupdate...and tetiba pulak haku hupdate, tajuk nye semacam jep kan? Owkeyh. Takpe-takpe. Actually entry haku kali nih haku nak share something yang haku rasa perlu untuk mengelakkan kesalahfahaman dalam kehidupan seharian. Acecececeh...amek kau Nina! Skima habes ayat tuh ha.
Fine. Haku try cakap sempoi jep. Macam nih. Actually, mende nih dah lama duk terngiang-ngiang kat kepala otak haku nih sebenanrnye. Dan dikesempatan yang tak berapa nak menyempat nih, haku nak lah jugak share something dengan korang semua. At least, ada something yang haku rasa perlu haku cakap kat sini yang mana berkaitan tajuk entry nih, haku ada pendapat haku sendiri. Haku tak paksa korang untuk terima beboolaaat apa yang haku nak tulis kat sini, tapi apa yang baik korang ambil dan aplikasi kan, yang buruk tuh korang jadikan sempadan owkeyh. And kalau korang rasa apa yang haku tulis nih melampau and korang perlu tegur, go ahead. No worries. Promise. No heart feeling, no hard feeling. #bigsmiles
Owkeyh. Come on babe! Let's get rock!! Fuyyo! Macam hape dah tuh...wakakaka...Owkeyh, sudah melalut-merapu-merepek-meraban. Mari mula bercerita.
Korang, ikhlas haku nak tanya korang nih. Pernah tak korang ditegur oleh someone yang mungkin korang rasa tak kenal yang mana pada pandangan korang agak ramah-tamah? Pernah tak? Pernah tak? Kalau pernah, cakap, jangan buat haku ternanti-nanti. Owkeyh. Cut the crap Nina. Macam lah kau nampak-tahu-aware-noted pon kalau orang tuh jawab kan?
Alkisahnya, haku bukan lah nak cakap haku anti ke hape dengan orang macam tuh. Idok ler. Malah haku rasa beruntung kau kalau tetibe haku tengah jalan, then tetibe ada orang datang tegur. Even haku tak berapa nak ingat pon sape yang tegur haku tuh tapi perasaan macam terharu pon hade taw sebab ada orang ingat kat kita. Well, haku pon kenkadang jenis yang suka tegur kalau haku kenal orang tuh. Kalau tak say hai pon, haku akan senyum jep. Ala korang, tak rugi pon bagi senyuman kat orang. Senyum kan sedekah. Bertambah akaun pahala korang taw. J
Sama jugak macam korang jumpa orang yang korang kenal then you said hai to them. Tak kira lah you guys tegur tuh sesama jantina atau yang berlawanan. Mana lah taw dengan hai you tuh, you dah boleh buat orang lain happy, who knows right?
Tapi....bagi haku, nak menegur-say-hai tuh pon, kena la ikut cara yang betul. Ada sesetengah lelaki yang anggap perempuan yang duk say hai-hai nih gedik taw. Haku sangat lah tidak setuju dengan pernyataan itu. Kami perempuan nih bukan nak menggedik pon. Macam yang haku cakap tadi la, haku suka tegur-tegur orang dan itu bukan bermaksud haku nak menggedik owkeyh. Sebab bagi haku, tak elok menyombong dengan orang. Paham bebetol tuh, menggedik dengan tak menyombong bukan perkara yang sama owkeyh.
Dan haku tak jugak cakap yang semua yang menegur tuh owkeyh. Korang kalau nak menegur kaum yang berlawanan tuh, jangan lah guna tone yang mendayu-dayu macam kucing yang mengiau-menggesel-memanja kat kaki tuan dia tuh. Itu memang melampau. Kalau haku pon, cecepat haku nak angkat kaki kalau jumpa orang macam tuh. Meremang bulu roma den! Euwwwwww!!
Nak bertegur sapa pon kena cara yang betol guys. Kalau girls, nak cakap hai dekat boys pon boleh, tapi perlu lah cara betol. Kalau haku, jumpa-sayhai1harakat-senyum-blah. Cukup. Tak perlu korang nak memanjang-manjang kan harakat. Lagi satu gerak-bahasa-badan-mata-muka pon kena jaga. Jangan nak meliuk-lintuk sangat kalaw nak bertegur sapa dengan boys tuh. Kalah lalang yang ditiup angin. Nanti tak memasal dapat title "Gedik". Perghhhh!!Memang menyucuk ke dasar jantung tuh. Girls kalau nak menggedik pon, biarlah dengan yang halal. Tak perlu nak merendah kan martabat pada tempat yang tak sepatutnya. Jaga batas perlakuan-pergaulan-perbuatan masing-masing. Haku bukan nak cakap kat orang nih, kat diri haku sendiri jugak sebab haku pon perempuan.
Dan yang haku duk cerita panjang berjela nih pon, bukan untuk girls sahaja. Boys jugak. Kenkadang boys nih tak suka perempuan duk menggedik tapi, dilayan jugak perangai tak semenggah perempuan tuh. Lepas tuh duk mengata belakang cakap perempuan tuh gedik lah, hape lah. Eyh, boys, kalau korang tak layan, takkan nya girls tuh nak menggedik lelebih, ye dok? So, konsepnya, sama-sama jaga diri masing-masing owkeyh. J
Kalau nak buat mimik muka camnih pom bole. |
So, haku rasa tuh sahaja point haku untuk entry kali nih. Fuhhh...akhirnya siap jugak. Berpeluh-berhempas-berpulas haku nak siapkan entry nih. Sebab haku nak maksud yang haku cuba nak sampaikan tuh, korang akan dapat. So that korang tahu hape yang patut korang tahu, jaga apa yang patut korang jaga. That's all. J
So, please girls, take note. Me love u. Kalaw korang yang dikata dan merasa, haku pon terasa sebab haku sama jantina dengan korang. Boys too. Jangan melabel orang sebarangan. Judge diri sendiri adalah lebih baik dari judge orang lain. Nanti tak memasal tambah akaun dosa.
Jadinya, haku nak stop dulu penulisan yang tak seberapa nih. Moga ada point yang sampai kat korang. Till then, haku mintak diri dulu. Kalau ada salah dan silap, susun sepuluh jari haku mohon maaf. Uhibbuka/i fillah. J
0 kumenkumen orAng...:
Post a Comment