Thursday, November 01, 2012

KETERTIBAAN

Owkeyh. Tajuk tak bole blah. Alaaa...tak kisah. Ini cerita haku. Tapi sebelum tuh....

Assalamualaikum. Salam Hari Khamis kalian. Buat yang sedang bertungkus-lumus exam tuh, semoga berjaya diucapkan! :)

Alkisahnya, hari nih, terjadi something yang berkaitan dengan tajuk yang diatas tuh. Sangat memang berkait. Allah. Rasa macam kena hempap. Pap! Pap! Pap! Serius tak tipu. Jadinya, jantung hati limpa semua bekerja lebih hari nih. Sebab ini adalah sesuatu yang menyebabkan adrenalin haku meningkat tetiba. Dan membuatkan haku slow sedikit.

Yelah. Orang yang haku sayang. Sihat walafiat dimalam hari serta dipagi hari, tetiba jatuh sakit. Allah. Haku taw Engkau memberikan ujian yang mampu untuk haku tanggung. Cumanya Engkau mahu haku lebih mengingatiMu. Mungkin saja sebelum nih haku terlalu leka dan lalai dalam menjalani hidup haku. sampai sedikit saja masa yang diperuntukkan padaMu. Ampuni haku Ya Allah.

Ayah, pagi nye masih bertenaga menghantar adek-adek haku ke sekolah. Kemudian menghantar adek dan kenkawan ke pejabat untuk menyelesaikan urusan assignment mereka. Tetiba balik mengadu sakit dada. Sungguh haku kaget. Kebetulan adek-adek belum balik dari sekolah. Haku dan mak. Masing-masing pujuk ayah ke klinik. Bukan kerana haku tak sanggup untuk menjaga ayah. Tapi haku yakin mereka tahu jalan terbaik untuk mengurangkan kesakitan ayah. Sungguh. Haku sebak tengok keadaan ayah. Mengadu sakit dada, tapi haku hanya mampu melihat tanpa mampu berkongsi kesakitan itu. Aku kesal. Terkilan.

Akhirnya, mak bertegas untuk ke klinik. Ayah terpaksa, mungkin juga kesakitan melampau menyebabkan ayah bersetuju. Ayah baring disebelah mak. Haku terkelu tengok keadaan ayah. Haku yakin kesakitan ayah melampau. Sebab setahu haku, ayah takkan biar mak memandu sekiranya dia ada, dan masih mampu.

Mereka bergegas ke klinik berhampiran, sambil ditemani adek bongsu. Haku dirumah menunggu adek-adek yang lain. Sampai ke klinik berhampiran, terpaksa ke klinik yang sedikit jauh. Doktor tiada. Sampai disana, doktor memberi sekeping surat untuk dirujuk ke hospital besar. Allah. Adek menelefon haku dirumah, menyatakan dalam perjalanan ke hospital. Mak. Selama ini sering mengelak untuk ke hospital. Fobia. Tapi dia yang memandu laju menuju ke hospital. Kuat. Disebabkan ayah yang kesakitan.

Berada di ruang kecemasan, adekku yang kedua bergegas ke sana setelah selesai tugasan berkumpulan. Pak saudaraku mengikuti. Penguat semangat. Haku dirumah terpinga menanti berita. Akhirnya, berita sampai ke telinga. Ayah dimasukkan ke CCU (Cardiology Care Unit). Jantung! Memang itu yang berada difikiran. Allah. Adekku mendaftar ayah ke wad CCU. Mak pula menunggu diluar. Ya. Mak haku perlukan masa. Sampai kepetang, baru mak balik meninggalkan adek menunggu ayah. Ayah sedar. Boleh bercakap. Cuma doktor melarang ayah untuk bercakap.

Mak sampai dirumah. Diikuti adek bersama pak saudara. Pesan ayah, tak perlu ditunggu dia malam nih. Yap. Tapi haku pergi jugak. Ingin menjenguk. Walau sekejap. Tapi hampa. Doktor baru memberi suntikan buat ayah. Ubat tido. Ayah terlampau kesakitan sehingga doktor terpaksa membius. Allah. Sebak bertandang lagi. Haku belom mampu untuk bersua muka dengan ayah. Takpe. Paling kurang haku tahu keadaan ayah. Ayah tido dan doktor tak mahu menganggu ayah. Haku jugak.

Ayah. Berdegil untuk kami semua tidak menemani. Kerana tidak mahu kami terancam. Bahaya katanya di ruangan menunggu, sedang kami tidak boleh bersama di dalam. Sungguh haku sebak. Di dalam sakit masih mahu menjaga kami. Ayah. Kami mahukan kesembuhanmu. Kami tidak menyukai ketertibaan ini. Kami tak kuat untuk ini ayah. Tapi kami tahu. Ini ujian Allah untuk kita. Untuk menguji tahap kasih sayang kita. Yakin dengan ketentuan Allah. Bertabah ayah. Kuatlah. 

Adikku yang diperantauan. Maaf andai khabar ini terpaksa disembunyikan. Ini yang terbaik buatmu. Andai tiba masa pengakhiran kertasmu, pasti engkau akan mengetahui khabar ini. Hanya mahu kamu berjuang untuk menghabiskan sisa kertasmu. Semoga kamu bertenang dalam menghadapi sisa perjuangan. Pasti, khabar itu pasti.

Ayah, kami doakan kesembuhanmu.
~Ketidakstabilan emosi. Bahasa pon tak bole blah. Baku sangat.

0 kumenkumen orAng...:

Post a Comment