Sunday, November 25, 2012

SHOW OUT PASTEL, LET'S BE SIMPLE! :)

Hello and Assalamualaikum!!

Fuhhhh....banyak bebetol halangan untuk haku hupdate entry baru nih. Padahal dah janji nak hupdate kan? Well. Haku mintak maaf uolls. Sincerely sorry guys. #matakedipmitakpenampar

Haku memang dah bajet dah nak hupdate cecepat pasal yang event haku tuh. Ala...yang hari tuh haku ada tunjuk teaser tuh...tapi, berbanyak lah pulak hal yang menjadi penghalang. And one of them haruslah kesuntukan masa! Padahal haku yang tak pandai nak manage masa yang hade. Lagi nak salah kan tak cukup masa. Melampau-terlampau!

Owkeyh, kalau uolls tak ingat yang mana satu teaser tuh, korang boleh check-it-out balik kat siniJ

Alkisahnya, last 17 November 2012 tuh, yakni hari Sabtu, iolls and the geng, hade family day and dinner persatuans uolls! Perghh...terbelit lidah den nak iolls uolls nih! Bhahahah...so, moh ler berbalik kepada penceritaan. Kejap. Haku cerita pasal dinner jep lah eyh. Yang family day tuh nanti lain kali kalau hade kelapangan lagi, akan haku ceritain owkeyh. J

Jadinye, dinner nih adalah gabungan dua persatuan degree yang ada kat UiTM haku nih. Biosmarteam and Planters' Guild. Semestinya lah kami sahaja budak degree disini. 

And nih adalah first time kami, yang part 5 nih handle event untuk dinner sepanjang 5 sem kami disini. Dan nih jugak merupakan julung kalinya both of the degrees bergabung-meletup untuk buat event. Fuhhh...cabaran dan dugaan nye kemain lagi haku cakap kau. Daripada segala segi lah yang mendatang. But, we managed to handle that and that and that. Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH. #bigsmiles

Dengan segala kekurangan kami yang tak pernah handle program macam nih, we managed to came out with the most simple theme for the night. I thought la. Since kami semua dah berhempas pulas pada siangnya duk join semua games yang sememang nye fun and we did enjoyed, kami takmolah heavy sangat untuk event malam tuh. So, here the theme!

SHOW OUT PASTEL, LET'S BE SIMPLE

Owkeyh, haku taw hade antara korang yang duk kerut-kening-dahi. Cakap simple, tapi...

Yup. Bunyi theme haku tuh macam complicated, tapi in between nye, menda tuh adalah simple. Faham? Eyh? Tak faham? Erkkk...? Camne haku nak cakap eyh? #garukepalalelaju

Hmm...terpulang lah korang nak tafsir theme tuh macam mane pon. Boleh tak? Bhahahahah

And yes, haku, as one of the crew yang macam dah bertungkus-lumus nak bagi menda nih jalan, haku macam berpuas hati jugaklah. At least, majlis tuh jalan even hade jep problem yang happened last minutes pon. And the guests was happily enjoyed their dinner. I'm happy! J

Since I don't want to melalut-merapu-merepek-meraban-membebel, I'll stop here.

And, let's the pics speak most! :P

The CREWS! J
J
Unexpected performance from the CREWS. Bhahahahah
The VVIPs.
Some of Us
Orang kuat multimedia!
>_<
VIPs
Happily watching the performances J
Di belakang pentas...
Dinding Badinding
Thousand years Ukulele's cover
Christina Perri - A Thousand Years (Ukulele Cover)
Glad You Came's cover
Glad You Came Azhari, Paan & Afif Cover

N.pengerusi, KPP Ladang, Coordinator Biologi, Pengerusi
Seniors and Juniors
King and le Queen
Eyh? Maen tarik tali lagi ke hape??!
Happy-go-lucky punye president! J
Bhahahaha...bolat macam balloon!

Owkeyh! Done hupdating. May you guys enjoy! Uhibbuka/i fillah. J

#PrayForGaza
#IslamWillWin
#BighugsForSisters

Friday, November 23, 2012

The 11th hour



I did reading Hlovate's Contengan Jalanan. Half. And I thought it's a must have novels. Hlovate won't let me down. Hlovate keep getting me up with the meaningful stories. From [Tunas], 5 Tahun 5 Bulan, Rooftop Rant, Aa + Bb, Versus and now the latest one, Contengan Jalanan.

But, I did took hours, days, months to finish up this Contengan Jalanan (that's so not me because I managed to finish reading thems within 1 night). This is so not me! Bhahahah! And I still surviving to finish up the stories. Oh yeah! The story line was never bored. I was exciting but I want to extra understand the meaning of each sentences that the writer's wrote. I want to fully understand the story. Inside Out!

That's it! And I did googling this short movie. The story about 4 Ahmad. Allah. The meaning of these story is very very deep. And I want to fully understand that. 

~A man that decide to change on the 12th hours die on the 11th~

~Nothing in life is guaranteed but if you keep your faith, some thing is to be clearer than others~

So, keep in searching. ALLAH is the BEST. ISLAM is our way of life. So, salam Jumuah! Me uhibbuka/i fillah! :)

Wednesday, November 21, 2012

WE ARE ONE!




Kita semua dilanda hujan air pon dah merungut, bayangkan mereka yang ditimpa hujan peluru. Allah. Subhanallah. Mereka hamba-MU yang kuat. Kurniakan keamanan kepada mereka Ya Allah. Berikan mereka secebis kebahagiaan. Lindungi mereka dari keganasan Yahudi laknatullah. Kawan-kawan, keep pray for them. Pray for their freedom. Let's pray for GAZA! Allahuakbar!

Sunday, November 18, 2012

17 November 2012



Assalamualaikum guys! Salam sejahtera jugak! 

Hari nih just nak bagi teaser jep. The full story will coming out. Soon. Sooooonnn. Just wait and see owkeyh. So, check it out bila dah keluar nanti. Uhibbuka/i fillah. :)

~special credit to the director, cameraman, editor, and the crews.

Tuesday, November 06, 2012

SAY HAI AND YOU ARE GEDIKS??

Assalamualaikum and salam sejahtera!

Owkeyh, sorry sebab dah lama entry nih duk tersimpan kat draft box haku dan sangat lama menunggu untuk dihupdate...and tetiba pulak haku hupdate, tajuk nye semacam jep kan? Owkeyh. Takpe-takpe. Actually entry haku kali nih haku nak share something yang haku rasa perlu untuk mengelakkan kesalahfahaman dalam kehidupan seharian. Acecececeh...amek kau Nina! Skima habes ayat tuh ha.

Fine. Haku try cakap sempoi jep. Macam nih. Actually, mende nih dah lama duk terngiang-ngiang kat kepala otak haku nih sebenanrnye. Dan dikesempatan yang tak berapa nak menyempat nih, haku nak lah jugak share something dengan korang semua. At least, ada something yang haku rasa perlu haku cakap kat sini yang mana berkaitan tajuk entry nih, haku ada pendapat haku sendiri. Haku tak paksa korang untuk terima beboolaaat apa yang haku nak tulis kat sini, tapi apa yang baik korang ambil dan aplikasi kan, yang buruk tuh korang jadikan sempadan owkeyh. And kalau korang rasa apa yang haku tulis nih melampau and korang perlu tegur, go ahead. No worries. Promise. No heart feeling, no hard feeling. #bigsmiles

Owkeyh. Come on babe! Let's get rock!! Fuyyo! Macam hape dah tuh...wakakaka...Owkeyh, sudah melalut-merapu-merepek-meraban. Mari mula bercerita.

Korang, ikhlas haku nak tanya korang nih. Pernah tak korang ditegur oleh someone yang mungkin korang rasa tak kenal yang mana pada pandangan korang agak ramah-tamah? Pernah tak? Pernah tak? Kalau pernah, cakap, jangan buat haku ternanti-nanti. Owkeyh. Cut the crap Nina. Macam lah kau nampak-tahu-aware-noted pon kalau orang tuh jawab kan?

Alkisahnya, haku bukan lah nak cakap haku anti ke hape dengan orang macam tuh. Idok ler. Malah haku rasa beruntung kau kalau tetibe haku tengah jalan, then tetibe ada orang datang tegur. Even haku tak berapa nak ingat pon sape yang tegur haku tuh tapi perasaan macam terharu pon hade taw sebab ada orang ingat kat kita. Well, haku pon kenkadang jenis yang suka tegur kalau haku kenal orang tuh. Kalau tak say hai pon, haku akan senyum jep. Ala korang, tak rugi pon bagi senyuman kat orang. Senyum kan sedekah. Bertambah akaun pahala korang taw. J

Sama jugak macam korang jumpa orang yang korang kenal then you said hai to them. Tak kira lah you guys tegur tuh sesama jantina atau yang berlawanan. Mana lah taw dengan hai you tuh, you dah boleh buat orang lain happy, who knows right?

Tapi....bagi haku, nak menegur-say-hai tuh pon, kena la ikut cara yang betul. Ada sesetengah lelaki yang anggap perempuan yang duk say hai-hai nih gedik taw. Haku sangat lah tidak setuju dengan pernyataan itu. Kami perempuan nih bukan nak menggedik pon. Macam yang haku cakap tadi la, haku suka tegur-tegur orang dan itu bukan bermaksud haku nak menggedik owkeyh. Sebab bagi haku, tak elok menyombong dengan orang. Paham bebetol tuh, menggedik dengan tak menyombong bukan perkara yang sama owkeyh.

Dan haku tak jugak cakap yang semua yang menegur tuh owkeyh. Korang kalau nak menegur kaum yang berlawanan tuh, jangan lah guna tone yang mendayu-dayu macam kucing yang mengiau-menggesel-memanja kat kaki tuan dia tuh. Itu memang melampau. Kalau haku pon, cecepat haku nak angkat kaki kalau jumpa orang macam tuh. Meremang bulu roma den! Euwwwwww!!

Nak bertegur sapa pon kena cara yang betol guys. Kalau girls, nak cakap hai dekat boys pon boleh, tapi perlu lah cara betol. Kalau haku, jumpa-sayhai1harakat-senyum-blah. Cukup. Tak perlu korang nak memanjang-manjang kan harakat. Lagi satu gerak-bahasa-badan-mata-muka pon kena jaga. Jangan nak meliuk-lintuk sangat kalaw nak bertegur sapa dengan boys tuh. Kalah lalang yang ditiup angin. Nanti tak memasal dapat title "Gedik". Perghhhh!!Memang menyucuk ke dasar jantung tuh. Girls kalau nak menggedik pon, biarlah dengan yang halal. Tak perlu nak merendah kan martabat pada tempat yang tak sepatutnya. Jaga batas perlakuan-pergaulan-perbuatan masing-masing. Haku bukan nak cakap kat orang nih, kat diri haku sendiri jugak sebab haku pon perempuan.

Dan yang haku duk cerita panjang berjela nih pon, bukan untuk girls sahaja. Boys jugak. Kenkadang boys nih tak suka perempuan duk menggedik tapi, dilayan jugak perangai tak semenggah perempuan tuh. Lepas tuh duk mengata belakang cakap perempuan tuh gedik lah, hape lah. Eyh, boys, kalau korang tak layan, takkan nya girls tuh nak menggedik lelebih, ye dok? So, konsepnya, sama-sama jaga diri masing-masing owkeyh. J

Kalau nak buat mimik muka camnih pom bole.


So, haku rasa tuh sahaja point haku untuk entry kali nih. Fuhhh...akhirnya siap jugak. Berpeluh-berhempas-berpulas haku nak siapkan entry nih. Sebab haku nak maksud yang haku cuba nak sampaikan tuh, korang akan dapat. So that korang tahu hape yang patut korang tahu, jaga apa yang patut korang jaga. That's all. J

So, please girls, take note. Me love u. Kalaw korang yang dikata dan merasa, haku pon terasa sebab haku sama jantina dengan korang. Boys too. Jangan melabel orang sebarangan. Judge diri sendiri adalah lebih baik dari judge orang lain. Nanti tak memasal tambah akaun dosa.

Jadinya, haku nak stop dulu penulisan yang tak seberapa nih. Moga ada point yang sampai kat korang. Till then, haku mintak diri dulu. Kalau ada salah dan silap, susun sepuluh jari haku mohon maaf. Uhibbuka/i fillah. J


Thursday, November 01, 2012

KETERTIBAAN

Owkeyh. Tajuk tak bole blah. Alaaa...tak kisah. Ini cerita haku. Tapi sebelum tuh....

Assalamualaikum. Salam Hari Khamis kalian. Buat yang sedang bertungkus-lumus exam tuh, semoga berjaya diucapkan! :)

Alkisahnya, hari nih, terjadi something yang berkaitan dengan tajuk yang diatas tuh. Sangat memang berkait. Allah. Rasa macam kena hempap. Pap! Pap! Pap! Serius tak tipu. Jadinya, jantung hati limpa semua bekerja lebih hari nih. Sebab ini adalah sesuatu yang menyebabkan adrenalin haku meningkat tetiba. Dan membuatkan haku slow sedikit.

Yelah. Orang yang haku sayang. Sihat walafiat dimalam hari serta dipagi hari, tetiba jatuh sakit. Allah. Haku taw Engkau memberikan ujian yang mampu untuk haku tanggung. Cumanya Engkau mahu haku lebih mengingatiMu. Mungkin saja sebelum nih haku terlalu leka dan lalai dalam menjalani hidup haku. sampai sedikit saja masa yang diperuntukkan padaMu. Ampuni haku Ya Allah.

Ayah, pagi nye masih bertenaga menghantar adek-adek haku ke sekolah. Kemudian menghantar adek dan kenkawan ke pejabat untuk menyelesaikan urusan assignment mereka. Tetiba balik mengadu sakit dada. Sungguh haku kaget. Kebetulan adek-adek belum balik dari sekolah. Haku dan mak. Masing-masing pujuk ayah ke klinik. Bukan kerana haku tak sanggup untuk menjaga ayah. Tapi haku yakin mereka tahu jalan terbaik untuk mengurangkan kesakitan ayah. Sungguh. Haku sebak tengok keadaan ayah. Mengadu sakit dada, tapi haku hanya mampu melihat tanpa mampu berkongsi kesakitan itu. Aku kesal. Terkilan.

Akhirnya, mak bertegas untuk ke klinik. Ayah terpaksa, mungkin juga kesakitan melampau menyebabkan ayah bersetuju. Ayah baring disebelah mak. Haku terkelu tengok keadaan ayah. Haku yakin kesakitan ayah melampau. Sebab setahu haku, ayah takkan biar mak memandu sekiranya dia ada, dan masih mampu.

Mereka bergegas ke klinik berhampiran, sambil ditemani adek bongsu. Haku dirumah menunggu adek-adek yang lain. Sampai ke klinik berhampiran, terpaksa ke klinik yang sedikit jauh. Doktor tiada. Sampai disana, doktor memberi sekeping surat untuk dirujuk ke hospital besar. Allah. Adek menelefon haku dirumah, menyatakan dalam perjalanan ke hospital. Mak. Selama ini sering mengelak untuk ke hospital. Fobia. Tapi dia yang memandu laju menuju ke hospital. Kuat. Disebabkan ayah yang kesakitan.

Berada di ruang kecemasan, adekku yang kedua bergegas ke sana setelah selesai tugasan berkumpulan. Pak saudaraku mengikuti. Penguat semangat. Haku dirumah terpinga menanti berita. Akhirnya, berita sampai ke telinga. Ayah dimasukkan ke CCU (Cardiology Care Unit). Jantung! Memang itu yang berada difikiran. Allah. Adekku mendaftar ayah ke wad CCU. Mak pula menunggu diluar. Ya. Mak haku perlukan masa. Sampai kepetang, baru mak balik meninggalkan adek menunggu ayah. Ayah sedar. Boleh bercakap. Cuma doktor melarang ayah untuk bercakap.

Mak sampai dirumah. Diikuti adek bersama pak saudara. Pesan ayah, tak perlu ditunggu dia malam nih. Yap. Tapi haku pergi jugak. Ingin menjenguk. Walau sekejap. Tapi hampa. Doktor baru memberi suntikan buat ayah. Ubat tido. Ayah terlampau kesakitan sehingga doktor terpaksa membius. Allah. Sebak bertandang lagi. Haku belom mampu untuk bersua muka dengan ayah. Takpe. Paling kurang haku tahu keadaan ayah. Ayah tido dan doktor tak mahu menganggu ayah. Haku jugak.

Ayah. Berdegil untuk kami semua tidak menemani. Kerana tidak mahu kami terancam. Bahaya katanya di ruangan menunggu, sedang kami tidak boleh bersama di dalam. Sungguh haku sebak. Di dalam sakit masih mahu menjaga kami. Ayah. Kami mahukan kesembuhanmu. Kami tidak menyukai ketertibaan ini. Kami tak kuat untuk ini ayah. Tapi kami tahu. Ini ujian Allah untuk kita. Untuk menguji tahap kasih sayang kita. Yakin dengan ketentuan Allah. Bertabah ayah. Kuatlah. 

Adikku yang diperantauan. Maaf andai khabar ini terpaksa disembunyikan. Ini yang terbaik buatmu. Andai tiba masa pengakhiran kertasmu, pasti engkau akan mengetahui khabar ini. Hanya mahu kamu berjuang untuk menghabiskan sisa kertasmu. Semoga kamu bertenang dalam menghadapi sisa perjuangan. Pasti, khabar itu pasti.

Ayah, kami doakan kesembuhanmu.
~Ketidakstabilan emosi. Bahasa pon tak bole blah. Baku sangat.