mAe freNz

Monday, November 02, 2015

MOM ONCE SAID....

Aku bukan jenis yang semua benda nak cerita kat Puan Emak. Once aku rasa benda tuh perlu untuk aku cakap kat Puan Emak, then baru aku cakap. Tuh pon cakap secara gelak-gelak. Tak tahan kekok weh kalau cakap serius-serius dengan mak. Hahahah.

Tapi bila dah masuk mode serius tuh, boleh tahan jugak lah serius dia. Yelah. Dah tanya pendapat pasal hidup, gila la nak gelak-gelak jugak kan.

Macam apa yang aku tetiba sembang dengan Puan Emak hari tuh. Aku rasa memang dia terkejut as before nih, aku tak pernah-pernah cakap soal nih dengan dia.


Mak: Buat istikharah. Mintak petunjuk dengan Dia.

Aku: Kalau buat istikharah, tapi hati dah tersayang dulu macam mana mak? Valid ke istikharah tuh?


Sungguh aku tanya soalan tuh direct macam tuh. Bila ingat balik rasa nak lempang mulut sendiri. Polos sangat bertanya takdan nak mikir.


Mak: Takpe. Buat je istikharah tuh. Kalau betol memang dah jodoh dengan dia, Allah permudahkan jalan tuh. Tapi kalau memang bukan jodoh dengan dia, nanti Allah akan tunjukkan jugak, tak kira lah macam mana cara pon.


Lepas tuh, mak tanya soalan cepu-cemas kat aku....

Mak: Nanti, kalau tetiba ada yang lagi baik daripada tuh macam mana?

Aku: Yakin la dengan pilihan kita tuh dan doa mohon hati nih tetap pendirian. Ujian kan?


Aku jawab balik soalan Puan Emak dengan soalan. Sebab aku tahu, she know things better than me.

Kadang ibu yang lagi dulu makan garam tuh, tahu lebih hati anak nih. Saja nak buat anak berfikir lebih. Bukan niat menghalang atau menidakkan. Still lagi gagah berdiri di belakang dalam apa jua keputusan si anak nih. 

Thanks Mak for always been there for me!

0 kumenkumen orAng...:

Post a Comment