Salam 'alaik guys.
Lately nih makin ramai kenkawan satu batch yang nak kawen. Tak kira lah batch sekolah rendah, menengah, matrik, universiti, semua pakat beratur duk hantar invitation kat FB, tak pon hantar kad ke rumah, mesej kat wassap group ataupon personal. Alhamdulillah, dah sampai seru nak melangkah ke next phase of life. Hidup berdikari, berkeluarga, bersuami-beristeri, bermentua, beranak-anak. Alhamdulillah. Tahniah buat korang semua. Aku doakan korang semua dibanjiri rahmat, berkat, kasih sayang Allah dalam setiap masjid yang dibina. Amin.
Dan minta maaf jugak sebab tak mampu untuk attend semua majlis korang. Mana yang aku sempat jejak tuh alhamdulillah, sampai jugak. Boleh amik berkat, ye dop? Hahahah. Tapi mana yang aku tak sempat tuh aku minta maaf. Jangan pulak nanti korang balas tak datang majlis aku pulak bila dijemput. Hahahah. Gurau jep. Ada rezeki inshaAllah sampai kan. Raikan kenkawan.
Satu la. Satu jep. Bab nih satu ar aku kurang gemar kalau pergi majlis kenkawen nih. Hahahah. Nak nak kalau majlis tuh dalam kalangan keluarga. Pasukan mak-mak mesti sibuk duk tanya kita nih bila pulak. Kenkadang tuh aku layankan jep. Senyum, jawab tak sampai masa lagi. Mungkin dorang dah tak sabar nak makan nasik minyak eden la tuh. Tuh yang sibuk duk tanya. Padahal dah cakap kat dorang kalau nak makan nasik minyak tuh, time raya datang jep laaa. Kompom boleh makan nasik minyak. Hahahahah. Naseb la Puan Emak tuh cool lagi. Takdelah dipaksa nye anakanda tersayang nih kawen lagi. Alaaaa...dia tahu anak dia nih kurang matang lagi. Sebab tuh dia diam jep. Hahahah.
Tapi lately nih, Puan Emak tuh dah start bagi hint-hint pulak. Adoyai Emak. Couldn't you be cool as usual? Anakmu ini belum sampai seru lagi. Mungkin dah tak tahan telinga lah tuh kena tanya tuh yang cakap macam tuh. Aku mampu diam dan tersenyum jawab soklan emak tuh. Hahahahah. Nak kawen nih bukan macam nak pergi beli barang kat kedai mak.
Tuh kalau dengan emak. Dengan kenkawan pulak jawapan standard la aku bagi. Apedehal?? Hahahah...den belom tersepak lagi Mr. Right den. Nanti dah tersepak den kawen lah. Hahahah. Kelakar pulak asenye. Berangan ala-ala novel dan drama melayu sangat kan. Tuhlah. Banyak sangat baca novel. Sampai benda cenggitu pon nak jawab ala-ala novel. Hahahah. Alahai korang. Doakan jep lah yang baik-baik. InshaAllah satu hari nanti kad aku sampai kat tangan korang yep. Before tuh, doakan saje.
Psss/ Mak, kalau orang lain tanya den bole la pekakkan telinga lagi. Tapi bila mak dah start tanya tergugat jugak den nih mak. Alahai.
*inshaAllah ramai yang doakan den taon nih. Berkat doa korang tuh cepatlah sampai kad ye dop? :P
0 kumenkumen orAng...:
Post a Comment