Thursday, March 19, 2015

BUKAN SEJENIS SIT-REP

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dah cukup sebulan ber'menumpang' kasih di UKM nih. Dan dah sebulan sedang mencuba sedaya upaya untuk meng'adapt'kan diri dengan siuasi baru nih. Ok, sebelum tuh, entry nih bukan entry pasal sit-rep (baca situation report). Don't worry. Just nak ice-breaking sebab lama tak tegur-sapa. Hahahahah.

Alkisahnya duk UKM nih aku berkenal-kenalan lah dengan coursemates yang ade nih. Alhamdulillah, setakat nih dorang semua memang supportive. Nak buat group, assignment, presentations, sangat membantu. Seriously, aku memula nih rasa sangat lost. Setahun baru tinggal study dah lost macam nih. Cemana lah kalau dah tinggal bertahun-tahun macam Kak Fid tuh? Mesti aku kena sental otak aku nih dengan berus besi tuh nak bagi bernafas sikit, baru boleh terima ilmu tuh dengan senang.

Tapi aku nih memang lah, jenis yang memang tak berapa lama sangat boleh fokus kat dalam kelas. Yang nih aku taktaw la cane nak buat. Sobsobsobs. Nak-nak dengan kuliah yang straight tiga jam, empat jam tuh. Kalau degree dulu sejam dua pon aku sempat ber'beauty-nap' kat dalam lecture tuh, nih bayangkan la sampai empat jam tuh aku buat apa. Tapi serius cakap, aku tak berani nak ber'nap'. Gila kau. Kelas dah lah ramai foreigner, classmates pon tak berapa nak kenal, kecuali si Epul tuh. Tuh pon Epul tak berapa nak kenal lagi kot. Hahahah.

Kadang tuh kau nampak aku macam fokus giler tengok doc duk terang kat depan, tapi kalau tanya belum tentu lagi aku boleh jawab. Sebab jasad aku dalam kelas, fikiran dah jalan ke mana. Hahahah. Lantak lah, asal tak tertido dalam lecture tuh. Tapi alhamdulillah, boleh lah catch up sesikit mana yang sempat tuh. Aku risau. Risau takut tak boleh bawak. Tapi aku nak jugak bawak. Epul selalu cakap kat aku....

"Jangan risau Kak Nina. Senang jep. Mesti boleh skor punya."

Alahai Epul. Sweet pulak kome nih. But I really appreciate that. Kenkadang that kind of words boleh cool down nervousness tuh. Since before aku masuk lagi dia dah gitau memacam. And tolong memacam. Notes, info pasal lecturer, SV. Thanks sesangat. And a lot of thanks jugak Qina. Kau pendengar rungutan setia aku jah. Sabor jep ngko bila aku salu ngadu takdek air yep. And pasal nota-nota import tuh jugak. Hahahah. InshaAllah. Doakan aku mampu.

So, that's all. Psss....orang UKM yang kenal tuh jumpa tetegur la. Den tak bape nak kenal orang sini.

*bigsmiles*

0 kumenkumen orAng...:

Post a Comment