Saturday, October 12, 2013

KHAS UNTUK ADIK-ADIK, KAKAK-KAKAK, ABANG-ABANG YANG SWEET

Situasi....

~Ekstra kelas hari Sabtu...

Si A: Pss...tengok nih...pakwe kita antar mesej. Sweetkan dia? (sambil hulur henpon kat kawan sebelah. Cikgu kat depan diabaikan)

Si B: Heeee...sweetnya pakwe awak nih. Pakwe kita tak macam tuh pon. Dia antar macam nih je. (sambil keluarkan henpon)

Si A: Alaaaa....sweet sangat pakwe awak tuh. Nak suruh pakwe kita buat macam tuh jugakla.... 

Dan perbualan diteruskan, pelajaran diabaikan....

*end....

Well, haku rasa situasi nih dah terlampau terbiasa sangat di kalangan kita hari nih. Budak sekolah, bukan saja yang sekolah menengah, bahkan sekolah rendah pon dah memandai duk bercintan-cintun segala bagai tuh. Kenkadang melebihi orang yang dah kawen lagaknya.

Pakwe: Mama, mama buat apa tuh? Mama dah makan?

Makwe: Papa! Rindu papa. Mama dah makan. Papa dah makan belom..?

---muntah hijau---


Allah. Tepuk dahi laju-laju. Rosak sungguh anak-anak sekarang nih. Cetek sangat pemikiran. Mudah sangat terpengaruh dengan perkara negatif. Orang yang dah kawen pon rasanye takdelah mengada sampai macam tuh kot. Kalau ada pon takpe. Sebab mereka sah-sah lah dah halal ikatannya. Nak memanja gegedik pon dah lepas.

Dik non oit! Apa sangat yang kau dapat duk bencinta kekecik sangat nih? Kau tuh sekolah pon tak lepas lagi. Income memang lah takde. Tanggungan mak ayah lagi kot. Alahai adik sayang oit.

"Al-Quran dah baca sampai tamat belom?"

"Maksud bacaan surah Al-Fatihah tahu ke tak?"

"Sembahyang 5 waktu cukup ke tak?"

"Rukun Islam, Rukun Iman hafal ke tak?"

"Bilangan Nabi, Rasul, Malaikat, ingat ke tak?"

.......

"Ilmu adik-adik dah cukup banyak ke nak move on ke next stage of your precious life tuh? Nikah kahwen nih bukan perkara main-main kot."


Yelah, bercinta tuh bukan sebab suka seseorang tuh sebab nak buat dia teman sehidup semati ke? Bukan ke?


IF NOT, THEN YOU SHOULD STOP ALL THAT CRAPs!

Ini serius adik-adik. Bercinta di waktu sekolah tuh sangatlah merugikan adik-adik. Takde point pon. Pasangan tuh belom tentu lagi akan jadi HAK MILIK KEKAL memasing. BELOM TENTU lagi dik non oit.

So, jangan lah bazir masa, tenaga, emosi, perasaan, kehidupan. KREDIT, untuk sesuatu yang belom pasti tuh. Nanti kamu-kamu akan menyesal.

Hambik ha. Semua huruf besar gitu kredit tuh. Yela. Kamu-kamu yang masih bersekolah tuh, sanggup ikat perut, tak makan sebab duit belanja tuh nak simpan buat topup. Nanti malam-malam nak bermesej, telefon, bergayut dengan pakwe makwe kan? Allah. Lap peluh.

Adik...kalau nak topup pon belom mampu, tak payah lah ada hati nak bercinta segala bagai tuh. Berlagak macam orang dewasa-dewasa. Yang dah bekerja, ada duit pendapatan sendiri. Adik-adik oit. Awak tuh mak ayah yang bagi duit belanja lagi. Tak rasa kesian ke kat mak ayah penat-penat cari duit tapi kamu-kamu habiskan duit tuh dengan perkara sesia macam tuh. Tak kesian ke?

Fikir-fikir dan set up balik minda, hati dan jiwa kamu adik-adik!

Lagi satu...

Tak payahlah sesibuk sangat nak usha-usha calon-calon pilihan hati. Nak suami macam ustaz la, nak isteri macam ustazah la. Nak macam model la, artis la. Macam-macam.

Allah dah tentukan jodoh memasing tuh lama dah. Bila dah sampai saat dan masanya, akan sampai jugak seru tuh.

Tak perlu nak memilih yang bebaik. Bukan tak boleh nak memilih. Memilih tuh penting. Nak buat teman sehidup semati kot. Tapi...ada yang lagi penting dari tuh. Sebab apa yang penting, diri kita sendiri dulu. Kalau, diri kita nih, sembahyang pon tunggang-langgang lagi, jangan lah duk berharap nak dapat suami soleh/isteri solehah sangat. Layak ke kita nih bergandingan dengan orang soleh kalau diri kita pon tak sesoleh mereka. Bukan haku nak cakap apa, tapi, biar apa yang kita mintak tuh, sepadan dengan diri kita dik non oit.

Lagipon Allah S.W.T dah berjanji.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (An Nuur: 26) 

Jadi, apa yang penting diri kita sendiri. Untuk dapatkan yang terbaik, jadilah yang lebih baik. Biar sama-sama menjadi yang soleh dan solehah, biar sama-sama bergandingan seiringan dalam melalui jalan kehidupan.

credit: rusydee artz

Kan ke itu lebih manis(sila baca sweet) adik-adik sayang oit...??

*nota peringatan untuk diri sendiri jugak

1 comment:

  1. well said kak yonggg.. bebudak zaman ni mmg terLEBIH ADVANCE sgt..grrr

    ReplyDelete