Friday, July 12, 2013

LILLAHITA'ALA


It's 12th July 2013. Already.

And it's been 4 years already. Haku pasti tidak sedikit pon terusik memori itu. Cumanya...seringkali berulang tayang di layar ingatan.

Haku, Kamu, Dia dan mereka...

Yah...haku rindu kamu. Haku rindu dia. Masih, sedang dan akan. Sentiasa. Walau setelah 4 tahun berlalu.

Rindu itu takkan mungkin berakhir. Even kamu berada di depan mata.

Kamu...yang keanak-anakan...seringkali mengundang kemarahan. Ala...marah-marah sayang. Kerana kedegilan kamu. Namun belum pernah sehingga berdendam. Takkan. Kerna haku sayang kamu Lillahita'ala.

Allah. Indah sungguh dunia pinjaman dengan kehadiranmu. Haruslah. Haku takkan mungkin berdiam bilamana kamu melakukan kesilapan. Kerna haku sayang kamu.

Dan kita...terus melangkah dalam pertemuan sementara itu, mengukir kenangan terindah, untuk terus menjadi pengganti diri dalam waktu perpisahan.

Dan kamu...kenakalan, kegirangan, kelincahan kamu mewarnai hidup kami. Haku, kakak dan mereka.

Ingatkah kamu...saat kenakalanmu mengundang padah?

Ya...saat itu...pastinya berbakul bebelan yang kuhadiahkan padamu. Kerna kenakalanmu. Bukan marah. Namun terkilan kerana kesakitan yang kamu hadapi tidak dapat kukongsi. Terkilan.

Tapi kamu...masih lagi berjenaka kala dipipi mengalir airmata kesakitan.

Kamu...haku rindu kamu.

Rindu memori ketika masih bersama. Bergumbira.

Dan tika ini...kita makin meningkat dewasa. 23 mungkin? Tapi bagiku itu semua hanya angka. Kamu masih lagi tetap 'budak kecik' ku. Yang seringkali membuatkan kerisauan melanda hatiku.

Dan untuk yang ke-dua-puluh-tiga-kalinya, mahu mu pelukan dari ku. Ya Tuhan. Kalau kamu disampingku sudah pasti haku berikan. Kuhulurkan bahuku untuk kamu bilamana diperlukan. Kuhulurkan tanganku menggapai genggamanmu. Pasti. Itu pasti.

Namun...jarak itu mencemburui kasih sayang kita. Tapi takkan ku kalah dengan jarak itu. Kerna doaku akan sentiasa mengalir untukmu disana. Mengiringi langkahmu.

Kamu...selamat ulangtahun kelahiran.

Semoga kamu senantiasa di dalam rahmah, barakah, mawaddah dan sakinah Allah sahabat. Senantiasa. InshaAllah.




Kamu...haku sayang kamu sentiasa. Diamku bukan bermaksud melupakan. Diamku sentiasa memerhatikan. Hiduplah dengan aman, berbahagia. Jangan menangisi derita. Kerna kehadiranmu cukup berharga buat haku.

Ya Allah. Jangan kau ambil dia dariku.

I'm sorry for not been there when you need me.

Haku yang sayang kamu. *lapairmata

0 kumenkumen orAng...:

Post a Comment