Sunday, February 10, 2013

#1 : MELAKA AGAIN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys!

Haihaihai! Agak lama nampaknya haku tak menghupdate blog nih. Wah...bukan haku suka-suki tapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Chewaahhh gitu. Kehkehkeh. Takyah la nak skema sangat kot Nina. Sempoi sudaaaa! #BigGrin

Alkisahnya hari nih setelah berabad haku menangguh-lewat-hupdatekan blog nih, haku ada la sikit mood nak menghupdate. Huk aloh! Hiperbolasepak sangat tuh sampai berabad tuh. Padahal baru jep pon. Setahun pon idok la sampai lagi haku tak hupdate blog nih. Well. Nina memang la suka kaypohchi!

So, nak dijadikan cerita yang berkaitan dengan tajuk entry diatas tuh, kami, pelajar-pelajar tahun akhir nih (chewaah kau! tak sabaq la nak habes woit) mengadakan program yang dipanggil Program Pendedahan Latihan Industri. Well, program nih taklah segempak Latihan Industri ataupun praktikal tuh. Just bertempoh selama 2 minggu, kami-kami diberi peluang untuk menimba pengalaman ditempat-tempat yang menjadi pilihan hati dan sudi menerima kami.

So, pilihan hati kami berempat ialah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka! Yup. Kami berempat, haku, Qina, Kat dan Wani. Oh man! Bermacam-macam pengalaman yang kitorang dapat kat Melaka nih. And haku tak serik untuk datang sini lagi. Well, haku kan nak jadi orang Melaka. #Booooo

Jadinya setelah urusan surat menyurat telah selesai + urusan exam pon selesai, kami semua laju-laju gerak pi Melaka. Yela, paper habes 21 Januari, kerja mula 22 Januari. Bhahahah...macam tak cukup nafas lah jugak nak mula kerja tuh. Tapi alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Melaka. Walaupun pada mulanya kitorang macam tersalah masuk jalan jugak. Bhaahahahah

And oh ya! Disini haku nak ucapkan...

Berbanyak-banyak ucapan terima kasih buat Qina, Auntie comel, Uncle baik, Abang ensem (walaupun tak jumpa abang nih) sekeluarga diatas kesudian menerima dan melayan kami selama berada di Melaka. 

Uwaaa....serius best weyh duk sana. Tak tipu. Korang pusing la mana-mana pon, nanti korang akan jumpa jugak tempat yang korang cari tuh. InshaAllah. Maksudnya, korang takkan sesat la. Sebab banyak sangat jalan-jalan alternatif yang ada korang boleh guna. Kalau tak caya, korang tanya kawan-kawan korang yang duk sana takpun yang pernah pergi sana. #Smile

Since haku tak dapat nak hupdate pepanjang entri nih, haku janji next entry haku akan share dengan korang apa yang haku dapat sepanjang haku kat Melaka. For the time being, haku kena out dulu. Well, cuti seminggu nih pon, bermacam event yang ada woit. Kehkehkehkeh. InshaAllah nanti haku hupdate jugak pasal cuti sekejap haku nih.


'Event' in the making.... :D


0 kumenkumen orAng...:

Post a Comment