Assalamualaikum guys! Salam sejahtera jugak!
Alkisahnya, hari
nih haku nak berita pasal cuti-cuti weekend haku hari tuh. Hari tuh? Owkeyh,
actually dah 3 minggu lepas dah nih ha. Kak Yah dan suami pon dah selamat
berada di Mekah kot. InsyaALLAH. Moga dorang sentiasa dibawah lindungan ALLAH.
Amin. Eyh, berbalik kepada entry nih yang dah sememang nya lama tertunda, biasa
lah. Lambat sikit haku nih nak menghupdate. Dah basi baru lah sibuk nak cerita
kan? Owkeyh. Sangat pemalas kamu nih Mekna!
So, alkisahnya, hari tuh, hari Sabtu before Kak Yah dan husband pergi haji, haku dah pakat lah
dengan my adeks nak pergi jumpa dengan Kak Yah dulu. Kalau ikutkan, Cikrah pon
nak join sekali, nak bagi gempak rumah Kak Yah kat Seremban tuh. Tapi dia ada
program pulak weekend tuh. So haku dua dengan Abang Din jelah yang pergi
Seremban tuh. Hah. Seremban haku cakap. Taklah jauh sangat pon dari Kuala
Pilah nih, tapi takdelah haku kerap sangat pon nak pergi sana. Segan jugak
sebenarnya. Heeee :D
Jadi, makanya,
haku setlah time cakap dengan Abang Din konon nak pergi petang sikit. Konon
macam nak lah merajin kan diri basuh baju sesiap dulu before keluar jenjalan
kan. Lagipon macam haku kol Kak Yah tak dapat. Risau jugak haku takut Kak Yah
tetibe balik kampung husband dia ke hape. Then adik haku cakap Salam ajak dia
lepak umah Kak Yah jugak. Dia pon plan nak pergi sana rupanya. Hai, meriah lah
kalau semua pakat kumpul.Terubat sikit rindu kat family kat kampung nuh ha.
Pastuh pagi Sabtu
tuh haku kol la Salam (adek KakYah merangkap sepupu haku jugak) tanya kot-kot
Kak Yah dah tukar number phone ke hape. Rupa-rupanya handphone dia taktaw ada
kat mana. Anak-anak sepupu haku punya kerja. Jadinya. Haku pon tak kisahlah.
Asal diorang ada umah. Puan Emak pon dah pesan kalau ada free, pergilah jumpa
dengan Kak Yah. Wakil ayah emak. Cewaaaahhh! Wakil gitu kau. Owkeyh, jangan start
mengarut-melalut. So, haku pon cakaplah dengan Kak Yah (thru fon Alam). Haku
cakap petang baru sampai. Tak kisah sangat lah petang pon. Kebetulan hari Isnin
tuh cuti. Sempena Hari Malaysia tuh. Kira macam ok lah nak stay umah Kak Yah
sampai Ahad. Lagipon matrik (abg din) tuh tak boleh nak masuk ikut suka hati
jep macam haku nih. Hahahah :P
Nak dijadikan cerita, hari Sabtu tuh, haku macam dah give up nak pergi umah Kak
Yah. Tapi sebab dah janji and Kak Yah Pon dah excited (nih perasaan haku jep)
haku gagahkan diri jugak. Since haku rasa macam owkeyh sikit, terus gerak.
Yelah, dan-dan jep haku kene 'Diarrhea'. Letih kot. Asal janji dengan Abang Din
kul 2, terus jadi kul 3. Tapi asal jadi sudah.
So, kitorang sampai kat KTM Seremban tuh dalam kul 4 petang. Memang dah janji dengan Kak Yah nak jumpa kat situ. Rumah dia pon macam tak jauh sangat lah dari sini. Ala, haku lupa pulak apa nama taman yang Kak Yah tuh duduk. Yang pasti, dekat lah (sebab tak sampai setengah jam pusing kereta). Since haku dah cakap dengan Kak Yah haku akan kol dia bila haku sampai, so haku cakap lah kat adik haku tuh " Din, haku lapar ar. Meh gi McD jap. Makan ringan-ringan sudah.". Yelah. Haku dari pagi lagi perut kosong kot. Tak boleh nak masuk pape kot.
Tapi, yang gempaknye, adik haku nih ajak haku masuk terus Seremban Parade (SP) tuh. Haku ingat nak beli yang ada kat stesen tuh jep. Dah lah haku tak taw hape yang ada kat dalam SP tuh. Mana pernah haku masuk pon before nih. Kalau keluar Seremban pon, lepak Terminal One, takpon JJ (Jaya Jusco). And then boleh pulak dengan megah nya adik haku tuh duk perli haku sebab tak pernah masuk sini. Owkeyh. Fine. Nevermind. Yang penting petang tuh, dia baik hati nak belanja haku. Wakakakka...haku pon hape lagi. Orang nak bagi rezeki, kita jangan lah tolakkkan? So, haku dengan rendah hatinya bagi pilihan kat dia. Haku redha jep makan menu yang dia beli tuh. *orangdahnakbelanjatakbolehlanakdemandsangatkot
Oh ya. Cikras soh beng jeles deh (Cikras jangan jealous ye). Balik kang mung paw abang din mula (Nanti balik mu paw abang din lagi). Kehkehkeh. Terdapat pengalihan bahasa disitu. Owh yeah. Adik haku tengah banyak duit la kot. Sebab tuh lah murah hati nak belanja kakak kesayangan dia nih. Owkeyh, cut the crap please. So, tugas haku hanyalah duduk menunggu sementara si Abang Din tuh pergi membeli makanan. Sempatlah jugak haku usha keadaan kat SP nih dulu. Tengah duk ralit usha tuh, sampai lah menu yang menggoyahkan pandangan. Terus senyap duduk makan haku cakap kau. Memang lapar tahap kelapan la tuh.
Lambat jugak pi beli makan. IlaparU. |
Tuh dia. Coke utk dia, Orange utk haku. Thanks adek! |
Mari makan sampai licin! :P |
Piccy blur atas permintaan si baju oren yg takmahu wajah dilihatkan. |
Memang licin habes kan...burrrpppp...alhamdulillah... |
See, punyalah lapar kot haku. Nugget tuh haku kebas sorang jep. Ala, bukan salah haku pun. Haku dah suruh abang din makan. Tapi dia takmo. Dipaksa haku makan sampai habes. Hukhukhuk. Diktator! Sampai sendat perot makan nuggets tuh taw. Then, tetengah duk makan tuh, dalam kul 4 lelebih almost 5, Salam kol. Kak Yah dah datang. Owh my. Terus gerak lelaju keluar pergi jumpa kak yah pulak. Hahahah. Macam lawak jep. Bukan main cari makan. Sampai tak sedar masa berlalu seyh. Punyalah rancak duk cerita sambil makan tuh. Yela, kami jumpa jarang-jarang jep. Banyak lah menda yang nak cite kut. Winkwinkwink.
Jadinya, haku memang lah nak sambung entry nih lagi. Banyak kot haku nak cite pasal weekend kat umah Kak Yah tuh. Tapi masa sekarang nih tak berapa mengizinkan. Haku dah start ngantok nih. Kan lain yang haku nak cerite, lain yang haku tulis. Naya beb!
So, till the next entry, tunggu penoh sabaq nah. :)
Peace, no war!! Till meet again. Uhibbuka/ki fillah. InsyaALLAH. Salam ukhuwah fillah. Adios amigos. :)
0 kumenkumen orAng...:
Post a Comment