Monday, October 08, 2012

DUGAAN BERSAHABAT

Assalamualaikum guys! Selamat pagi! :)

Hari nih haku tulis entry nih secare tetibe jep. Haku nak tulis hape yang haku rasa. Fuyyo Nina! Cayelah kau! Perghhh!! Alaaaa...takyah nak poyo sangat lah Nina. Jangan nak temberang sangat. Owkeyh. Hari nih haku janji hape yang haku akan tulis nih lahir ikhlas dari hati yang suci. Chewwahhh gitu! Stop! Dahlah merepek-the-kerepek tuh Nina. Penat orang nak baca. Masuk jep point kau. #anggukkepalaakur

Alkisahnya, tajuk entry tuh pun dah boleh bagitaw korang semua kan apa yang haku nak cerite kejap lagi tuh. Kalau tak banyak, sikit pon mesti boleh kan? Please angguk kepala korang... *buatmatakedipkedipmintakpenampar

Dan tak mustahil jugak kalau ada yang tetibe cakap, "eyh, dugaan bersahabat pon ada ke? bukan biasa dugaan bercinta aje ke?" Hah...kelas kau Makjah. Haruslah ada. Siapa cakap orang bersahabat takde cubaan dan dugaan? Meh sini haku nak sekeh kepala dia lelaju. Lepas tuh nak mintak tips dengan dia so that haku dengan kawan-kawan haku pon takkan ada masalah lagi. Clear and smooth jep ceritanya!

Owkeyh...entry haku nih takde nak burukkan, aibkan, singgungkan sesiapa saja pon. Nih adalah untuk kegunaan sendiri, sebagai bekalan di hari mendatang. No hurt feeling, no hard feeling. :)

Meh haku nak tanya korang. Pernah tak korang terasa hati dengan kenkawan korang? Cepat angkat kaki. Angkat tangan haku tak nampak. Lalalala. Dah jangan nak mengarut. Hmm..kalau tak terasa banyak pon, sikit mesti ada jugak kan? Oh yeah, mesti ada sebab kita manusia biasa. Tak lari dari menda alah tuh semua. Tapi, yang jadi persoalan sekarang nih, TERASA HATI tuh boleh menyebabkan persahabatan yang selama nih kukuh, tak kira lah ada gempa bumi ke, tetap kukuh terjalin, dilanda ribut, tetap teguh berdiri, tetiba rebah tersungkur meyembah bumi. (Owkeyh sangat hiperbolasepak Nina).

Korang sedar tak pasal hal nih? Untunglah kalau ada antara korang yang sedar. At least korang belom terlambat untuk betulkan semua yang berlaku. Masih sempat korang nak jernihkan balik masalah yang melanda korang tuh. Tapi yang jadi masalah tuh, korang tak sedar. Tetibe jep korang dah rasa menda tuh bertimpa atas bahu korang. Tanpa korang tahu pon apa sebab yang pasti. Tak ke serabut perut tuh nak kena fikir sebab musabab dia? Adoilah manusia. Jangan buat hidup orang lain makin sulit disebabkan kamu.

Dan korang jugak mesti pernah terkena dengan situasi membisu secara tetiba kan? Masa tuh comfirm korang rasa lost. Sudahnya duk sengsorang kat sudut bilik nanges terhinggut-hinggut peluk bantal busuk sambil tanya kenapa dan mengapa. Alah..korang takyah nak kelentong. Pasti ada punya kan.

Bagi haku semua tuh asam garam kehidupan. Lain orang, lain ragam dia. Ada orang jenis yang tak kisah dan ada orang jenis yang terlampau kisah. Haku respek sikitlah kat orang yang tengah-tengah. Dia sederhana saje. Good job 'orang tengah'.! <---- merepek

Anyway, haku macam nak cakap sikit lah pasal hal nih. Memandangkan (menengokkan pom bole) semua orang macam pernah kena keadaan macam nih, haku nak kasi tau satu benda la. Dalam bersahabat nih, kita tak boleh la nak emo sangat. Maksud haku, emo yang boleh mendatangkan keburukan. Contohnya, korang rasa tak puas hati, then tetiba meradang nak marah tak tau kenapa. Tuh tak boleh lah. Yang sebetulnya, apa yang korang tak puas hati tuh, duduklah ajak berbincang macam mana nak settle. Bukan nak mengamuk-maradang-tarikmuka. Sangat tak matang tuh guys.

Macam biasa lah, dalam bersahabat nih, kenalah ada give and take. Maksudnya kena lah toleransi. Tolak ansur. Biasalah bersahabat. Kadang-kadang tuh sampai makan sepinggan, tido sebantal, mandi sebaldi...eyh? Tuh takde dalam list. Sahabat dah macam adik-beradik. Kadang-kadang dengan adik-beradik pon tak rapat macam tuh. Jadi, kalau ada masalah sikit-sikit tuh, cubalah bawak bertenang dulu, bukan terus bertendang. Kalau bukan sahabat kita yang sabar, kita lah yang sabar. Tak rugi pon beralah. Kalau selama nih boleh bertahan, kenapa tetiba nak melenting? So, sabar. Selesaikan masalah secara betul. Jangan ikut hati sangat. :)

Lagi satu, janganlah selalu rasa diri kita nih betul. Apa yang sahabat kita tegur, cuba nilai balik kat diri kita. Yang menegur tuh sebab sayangkan kita. Bukan nak rosakkan kita (kalau ada, mintak jauhlah). Kalau teguran tuh baik, ambil dan aplikasi kan. Bukan terus korang meradang kat dia. Kalau camtuh, lepas nih kalau korang buat salah pon, mesti dia buat tak peduli jep. Masa tuh, baru korang rasa lost. Weyh, mana ada senang nak cari sahabat yang sanggup tegur kita untuk kebaikan kita sekarang nih? Ye dok? :P

Haku taw mesti korang pelik sebab entry haku hari nih emo semacam jep kan. Sebab haku memang tak suka dengan situasi macam nih. Tolong lah bertolak ansur dalam bersahabat. Jangan pentingkan diri sendiri. Fikirkan jugak hati orang lain, bukan hati sendiri saje. Benda nih untuk kebaikan bersama. And if ada terasa hati sesikit tuh, tolonglah jangan besarkan. Sebab tu semua hasutan syaitan. Syaitan tak suka kepada kebaikan. Syaitan akan terus menghasut hambaNYA yang berkasih-sayang keranaNYA untuk membenci satu sama lain. Tolong lah sedar semua tuh.




Owkeyh nak sambung buat report semula. Banyak yang nak kena edit. Lalalalla. Uhibbuka/i fillah. :)

Friday, October 05, 2012

PART 1 : RONGGENG WITH ABANG DIN

Assalamualaikum guys! Salam sejahtera jugak!

Alkisahnya, hari nih haku nak berita pasal cuti-cuti weekend haku hari tuh. Hari tuh? Owkeyh, actually dah 3 minggu lepas dah nih ha. Kak Yah dan suami pon dah selamat berada di Mekah kot. InsyaALLAH. Moga dorang sentiasa dibawah lindungan ALLAH. Amin. Eyh, berbalik kepada entry nih yang dah sememang nya lama tertunda, biasa lah. Lambat sikit haku nih nak menghupdate. Dah basi baru lah sibuk nak cerita kan? Owkeyh. Sangat pemalas kamu nih Mekna!

So, alkisahnya, hari tuh, hari Sabtu before Kak Yah dan husband pergi haji, haku dah pakat lah dengan my adeks nak pergi jumpa dengan Kak Yah dulu. Kalau ikutkan, Cikrah pon nak join sekali, nak bagi gempak rumah Kak Yah kat Seremban tuh. Tapi dia ada program pulak weekend tuh. So haku dua dengan Abang Din jelah yang pergi Seremban tuh.  Hah. Seremban haku cakap. Taklah jauh sangat pon dari Kuala Pilah nih, tapi takdelah haku kerap sangat pon nak pergi sana. Segan jugak sebenarnya. Heeee :D

Jadi, makanya, haku setlah time cakap dengan Abang Din konon nak pergi petang sikit. Konon macam nak lah merajin kan diri basuh baju sesiap dulu before keluar jenjalan kan. Lagipon macam haku kol Kak Yah tak dapat. Risau jugak haku takut Kak Yah tetibe balik kampung husband dia ke hape. Then adik haku cakap Salam ajak dia lepak umah Kak Yah jugak. Dia pon plan nak pergi sana rupanya. Hai, meriah lah kalau semua pakat kumpul.Terubat sikit rindu kat family kat kampung nuh ha.

Pastuh pagi Sabtu tuh haku kol la Salam (adek KakYah merangkap sepupu haku jugak) tanya kot-kot Kak Yah dah tukar number phone ke hape. Rupa-rupanya handphone dia taktaw ada kat mana. Anak-anak sepupu haku punya kerja. Jadinya. Haku pon tak kisahlah. Asal diorang ada umah. Puan Emak pon dah pesan kalau ada free, pergilah jumpa dengan Kak Yah. Wakil ayah emak. Cewaaaahhh! Wakil gitu kau. Owkeyh, jangan start mengarut-melalut. So, haku pon cakaplah dengan Kak Yah (thru fon Alam). Haku cakap petang baru sampai. Tak kisah sangat lah petang pon. Kebetulan hari Isnin tuh cuti. Sempena Hari Malaysia tuh. Kira macam ok lah nak stay umah Kak Yah sampai Ahad. Lagipon matrik (abg din) tuh tak boleh nak masuk ikut suka hati jep macam haku nih. Hahahah :P



Nak dijadikan cerita, hari Sabtu tuh, haku macam dah give up nak pergi umah Kak Yah. Tapi sebab dah janji and Kak Yah Pon dah excited (nih perasaan haku jep) haku gagahkan diri jugak. Since haku rasa macam owkeyh sikit, terus gerak. Yelah, dan-dan jep haku kene 'Diarrhea'. Letih kot. Asal janji dengan Abang Din kul 2, terus jadi kul 3. Tapi asal jadi sudah.


So, kitorang sampai kat KTM Seremban tuh dalam kul 4 petang. Memang dah janji dengan Kak Yah nak jumpa kat situ. Rumah dia pon macam tak jauh sangat lah dari sini. Ala, haku lupa pulak apa nama taman yang Kak Yah tuh duduk. Yang pasti, dekat lah (sebab tak sampai setengah jam pusing kereta). Since haku dah cakap dengan Kak Yah haku akan kol dia bila haku sampai, so haku cakap lah kat adik haku tuh " Din, haku lapar ar. Meh gi McD jap. Makan ringan-ringan sudah.". Yelah. Haku dari pagi lagi perut kosong kot. Tak boleh nak masuk pape kot.


Tapi, yang gempaknye, adik haku nih ajak haku masuk terus Seremban Parade (SP) tuh. Haku ingat nak beli yang ada kat stesen tuh jep. Dah lah haku tak taw hape yang ada kat dalam SP tuh. Mana pernah haku masuk pon before nih. Kalau keluar Seremban pon, lepak Terminal One, takpon JJ (Jaya Jusco). And then boleh pulak dengan megah nya adik haku tuh duk perli haku sebab tak pernah masuk sini. Owkeyh. Fine. Nevermind. Yang penting petang tuh, dia baik hati nak belanja haku. Wakakakka...haku pon hape lagi. Orang nak bagi rezeki, kita jangan lah tolakkkan? So, haku dengan rendah hatinya bagi pilihan kat dia. Haku redha jep makan menu yang dia beli tuh. *orangdahnakbelanjatakbolehlanakdemandsangatkot


Oh ya. Cikras soh beng jeles deh (Cikras jangan jealous ye). Balik kang mung paw abang din mula (Nanti balik mu paw abang din lagi). Kehkehkeh. Terdapat pengalihan bahasa disitu. Owh yeah. Adik haku tengah banyak duit la kot. Sebab tuh lah murah hati nak belanja kakak kesayangan dia nih. Owkeyh, cut the crap please. So, tugas haku hanyalah duduk menunggu sementara si Abang Din tuh pergi membeli makanan. Sempatlah jugak haku usha keadaan kat SP nih dulu. Tengah duk ralit usha tuh, sampai lah menu yang menggoyahkan pandangan. Terus senyap duduk makan haku cakap kau. Memang lapar tahap kelapan la tuh.

Owkeyh, mari jeling gambar yang disnap pakai kamera cikai haku nih. :P


Lambat jugak pi beli makan. IlaparU.


Tuh dia. Coke utk dia, Orange utk haku. Thanks adek!


Mari makan sampai licin! :P


Piccy blur atas permintaan si baju oren yg takmahu wajah dilihatkan.


Memang licin habes kan...burrrpppp...alhamdulillah...
See, punyalah lapar kot haku. Nugget tuh haku kebas sorang jep. Ala, bukan salah haku pun. Haku dah suruh abang din makan. Tapi dia takmo. Dipaksa haku makan sampai habes. Hukhukhuk. Diktator! Sampai sendat perot makan nuggets tuh taw. Then, tetengah duk makan tuh, dalam kul 4 lelebih almost 5, Salam kol. Kak Yah dah datang. Owh my. Terus gerak lelaju keluar pergi jumpa kak yah pulak. Hahahah. Macam lawak jep. Bukan main cari makan. Sampai tak sedar masa berlalu seyh. Punyalah rancak duk cerita sambil makan tuh. Yela, kami jumpa jarang-jarang jep. Banyak lah menda yang nak cite kut. Winkwinkwink.


Jadinya, haku memang lah nak sambung entry nih lagi. Banyak kot haku nak cite pasal weekend kat umah Kak Yah tuh. Tapi masa sekarang nih tak berapa mengizinkan. Haku dah start ngantok nih. Kan lain yang haku nak cerite, lain yang haku tulis. Naya beb!



So, till the next entry, tunggu penoh sabaq nah. :)
Peace, no war!! Till meet again. Uhibbuka/ki fillah. InsyaALLAH. Salam ukhuwah fillah. Adios amigos. :)