Ramadhan dah nak berlalu pergi. Kejap jep masa berlalu kan. Lepas nih for sure haku akan lebih rindukan bulan Ramadhan nih. Entah boleh jumpa entah tidak lagi tahun depan nih. Wallahu'alam.
Owh ya. Dah lama haku tak menghupdate blog nih. Dah bersawang sangat. Mohon maaf. Akhir-akhir nih diri ini malas sikit nak meng0nline (kononlakaunina). :)
Eyh sudah cukup lah merepek-kerepek-nak-raye tuh Nina. Anyway, haku nak share sikit thought haku pasal satu iklan raye nih. Honestly, haku ngaku haku leleh dari awal sampai akhir video nih. Penuh penghayatan kau nih Nina. Well, haku rasa sape yang tak nangis tengok nih memang betol la kayu. Takde perasaan. Teeeeetttt! Jangan marah. Tuh pendapat haku la. Heeeee :D
Owkeyh. Cut the crap. Mari kita berbalik pada video nih. Bagi haku video nih, even pendek pon, memang banyak mesej yang nak disampaikan. Terpulang pada orang yang menonton la macam mana nak menakrif mesej-mesej tuh.
Dari sudut pandangan haku, ada la due, tige mesej yang haku duk paham. First, pasal kasih sayang. Korang sendiri pon haku rase for sure la nampak macam mana Ahmad & Fizi yang dua-dua pon bergelar istimewa tuh, sanggup susah payah nak balik kampung jumpa dengan mak dia kan. Tu pon mak dia dah takde. Even tak dapat jumpa orangnya, ziarah makam pon jadi la. Lepas rindu.
Tapi, haku tak paham la anak-anak zaman la nih. Ibubapa duk ada sihat walafiat kat kampung, punyala diorang duk rindu ngan anak-anak, telefon anak-anak tanya bila depa suma nak balik mai, tapi langsung takdak nampak batang hidung balik jenguk mak bapak. Takpa la. Yang sebok duk kerja tuh, cuba la carik masa balik jenguk depa. Kejap pon jadi la. Jangan duk tunggu raya ja nak balik kampung. Kesian kat mak bapak, depa dah tua. Kat anak-anak ja tempat mereka nak manja. Jangan duk tunggu sampai mereka takdak dah. Nanti kamu menyesal pon da takda guna.
Second yang haku nampak pasal masyarakat. Haku bukan nak mengata kaum sendiri tapi nih benda betul. Kadang tuh manusia nih, diorang nampak benda tuh berlaku depan mata pon, diorang boleh buat tak nampak jah. Berat tulang nak tolong. Nih bukan cakap kat orang lain. Haku sendirik pon sama jah. Serupa. Tulang macam ada batu duk terikat.
Kadang tuh pandangan masyarakat nih yang tak membantu. Jangan pandang sinis, jijik dan sewaktu dengannya pada orang yang kurang daripada kita. Kita manusia nih ada hati dan perasaan. Bukan android, yang macam batu jah. Sama jugak dengan mereka. Mereka jugak manusia, insan. Makhluk Allah. Seperti kita. Siapa mereka untuk menangisi diri mereka. Siapa kita untuk menilai mereka disebabkan kekurangan mereka. Kita tiada hak. Kita semua sama disisi Allah. Setaraf. So jangan judge orang sesuka hati kita. Tapi, bantulah mereka agar mereka merasakan setaraf dengan kita.
Selain tuh, jangan bangga dengan apa yang kita ada. Semua tuh pinjaman Allah SAHAJA. Jangan bangga. Jangan riak. Semua tuh boleh menyesatkan. Sebaliknya bersyukur lah. Nikmat Allah. Kalau Allah nak, bila-bila masa sahaja DIA boleh tarik balik nikmat-nikmat tuh semua. Semuanya adalah kebesaran dan kekuasaan Allah. Kita tak taw bila dan bagaimana caranya.
Then do remember, setiap rezeki yang kita dapat tuh, kongsilah sedikit dengan yang memerlukan. Lagipun dalam setiap apa yang kita dapat tuh, mungkin ada terselit sesuatu yang mungkin bukan hak kita. Itulah gunanya zakat. Berzakatlah. Bersedekahlah. Mungkin rezeki kita akan bertambah murah bila kita berkongsi nikmat yang kita dapat. Rezeki daripada Allah. Lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia nih. Pahalanya berganda-ganda lagi. Rebutlah peluang. Bukan selalu dapat. Apatah lagi kalau bersedekah pada anak-anak yatim. Lagilah bertambah pahalanya. InsyaALLAH. #senyum
"TANGAN YANG DIATAS ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG DIBAWAH"
Owkeyh. Cukup sudah haku membebel disini. Nanti muak pulak kamu-kamu nak membaca-melayan kerepek haku nih. Eyh?! Apakah??! Anyway, ini semua bukanlah kutukan-rungutan-sepakan-tendangan kepada siapa-siapa pon. Ini adalah lebih kepada nasihat untuk diri sendiri. Semoga diri ini lebih menjaga dalam menghadapi, menjalani, menghadiri kehidupan dihari mendatang. Yang mana yang baek tuh, ambilkan jadi tauladan. Yang buruk tuh jadikan sempadan. Pilihan terletak ditangan masing-masing. Bukan pada haku ataupon sesiapa saje. #bigsmile
Sekian sahaja untuk kali nih. Selamat beramal ibadah guys. Ramadhan sudah berada di penghujung nya. Moga kita semua mendapat rahmat dan barakah nya. Amin. Assalamualaikum. See you soon.
#bighugsforgirls
#bigsmilesforboys
0 kumenkumen orAng...:
Post a Comment