Thursday, May 24, 2012

WHY I'M FALLING FOR YAKULT.

Hai and Assalamualaikum...!

Owkeyh, actually hari nih saya nak share satu pengalaman baru. Pengalaman apa? Yeah! It's all about the cultured milk drink, Yakult! (owkeyh, excited nak cerita sebab baru terdedah dengan susu kultur nih).


Maybe sesetengah orang macam..."Alah, yakult je pun. Dah lama dah minuman tu ada kat pasaran Malaysia nih..." Yap. Betul tuh. Yakult mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2004. Almost setiap kali tonton televisyen boleh nampak iklan pasal produk Yakult nih. Dah siap boleh hafal dah pun tagline Yakult nih ha.


"...SAYA MINUM DUA..."


Kalau dilihat pada tempoh pemasaran Yakult nih, memang diakui la, memang dah lama. Tapi saya macam tak berminat sangat sebab sangkakan Yakult nih sama saja dengan produk susu kultur yang lain yang ada kat pasaran Malaysia nih, macam Nutrigen, Vitagen, Aestrogen. Jadi kalau ternampak produk nih dekat pasaran pun buat tak tau aje.


Tapi beberapa hari yang lepas, saya didedahkan dengan kandungan sebenar susu kultur ini. Yakult tidak sama seperti produk susu kultur lain. Minuman susu kultur Yakult yang berasal dari Jepun ini mengandungi sejenis bacteria baik, Lactobacillus casei Shirota strain yang boleh membantu sistem penghadaman badan kita. Susu kultur Yakult diformulakan dengan formula istimewa yang hanya diketahui oleh pengasas minuman Yakult iaitu, Dr. Minoru Shirota. Dr. Minoru Shirota telah berjaya mengenalpasti sejenis bacteria yang diberi nama Lactobacillus casei Shirota strain. Ianya adalah sejenis bakteria baik yang diisolasikan daripada keju. Dr. Minoru Shirota telah mengadakan pelbagai proses penyaringan untuk mendapatkan baka bakteria yang terbaik dan boleh bertahan dengan pelbagai keadaan.


Untuk pasaran di Malaysia, terdapat dua jenis minuman susu kultur yang boleh didapati iaitu Yakult Ace dan juga Yakult Ace Light. Minuman susu kultur ini tidak mengandungi sebarang perisa dan juga pewarna dan kepada sesiapa yang sememangnya menjalankan gaya hidup yang sihat, Yakult Ace Light lebih menjadi pilihan hati. Selain itu, minuman susu kultur ini juga sesuai untuk semua peringkat umur. Pengambilan susu kultur ini boleh dimulakan seawal bayi berusia 3 bulan, namun kadar pengambilan per sajian perlulah dikurangkan dan dicampur dengan sedikit air.

Yakult Ace


Yakult Ace Light


Saya yang pada asalnya tidak pernah berminat untuk mencuba minuman ini, mula mengorak langkah kerana tertarik dengan kebaikan yang ditawarkan nya. Salah satu kebaikan Yakult adalah dalam mengatasi masalah sembelit. Baru-baru ini juga saya telah mengalami masalah diarrhea disebabkan kesilapan pengambilan makanan. Dan Yakult telah menjadi pilihan saya. Alhamdulillah, keadaan perut saya telah beransur baik. Bukan itu sahaja, para doktor juga telah menyarankan pengambilan minuman ini sebagai salah satu usaha untuk mencegah masalah penghadaman. Hal ini menguatkan lagi sebab musabab saya untuk mula mengambil Yakult sebagai minuman harian. Lebih baik untuk mencegah daripada merawat kawan-kawan. ^__^

Seperti yang saya nyatakan di atas, minuman Yakult ini mengandungi bakteria baik yang membantu proses penghadaman dalam tubuh kita. Terdapat lebih kurang 30 juta bakteria shirota hidup di dalam setiap botol Yakult, namun hanya lebih kurang 80% yang mampu sampai ke usus kita. Hal ini berlaku adalah kerana asid-asid yang terdapat di sepanjang laluan seperti di hempedu dan juga di perut, telah membunuh sejumlah bakteria ini. Kalau dibandingkan antara Yakult dengan minuman susu kultur yang lain, harus lah Yakult yang menjadi pilihan kerana saya yakin dengan kandungan yang ada di dalam susu kultur Yakult.

Tapi, tidak semestinya semua perlu mengambil Yakult dalam jumlah yang banyak dan kerap. Badan manusia mempunyai had limit tertentu dalam menerima kemasukan bakteria baik dan bakteria yang berlebihan hanya akan dibuang bersama sisa buangan badan. Itu adalah antara sebab utama pakar daripada Yakult menyarankan pengambilan Yakult hanyalah sebanyak dua botol sahaja sehari.

Selain itu, Yakult merupakan salah satu minuman probiotik dan ia mengandungi kadar probiotik tertinggi berbanding produk probiotik lain yang terdapat dipasaran. Pengambilan probiotik juga adalah untuk meningkatkan lagi kadar keseimbangan mikrob di dalam usus kita. Dan semestinya lah usus saya akan menjadi bertambah sihat lagi selepas ini. Saya sayang usus saya dan saya harus lah mengambil langkah yang sewajar nya untuk memelihara keadaan usus saya. (senyum paling lebar ^____^)

# And, waktu paling sesuai untuk pengambilan Yakult adalah selepas makan. Ini adalah kerana pada waktu tersebut asid yang berada di sepanjang laluan pencernaan makanan telah berkurang kerana digunakan untuk mencerna makanan. Jadi, lebih banyak bakteria baik yang boleh survived.

Owkeyh...I'm done with cerita kenapa saya boleh terjatuh suka dengan produk minuman susu kultur Yakult nih. Harap-harap semua orang pon turut la sama-sama mencuba minuman susu kultur nih. Sama-sama lah kita mempunyai usus yang sihat. Adios amigos. ^__^

shopping stok Yakult. weeeeee!
Yakult memang terbaik!! :)



7 comments:

  1. walawei..klu mnang share2 naaa..haha

    ReplyDelete
  2. Info yang begitu membantu. Terima kasih. Depan mata saya sekarang ni memang ada yakult.. ..tapi tetiba terfikir pula nak cari kat internet bila waktu terbaik untuk diambil. Kalau mcm tu saya mkn dululah.

    ReplyDelete
  3. Baru beli tadi, ingatkan sama je macam vitagen, tak pernah kott beli yakult. Haha.

    ReplyDelete
  4. Baru beli tadi, ingatkan sama je macam vitagen, tak pernah kott beli yakult. Haha.

    ReplyDelete
  5. Baru beli tadi, ingatkan sama je macam vitagen, tak pernah kott beli yakult. Haha.

    ReplyDelete
  6. saya sebenarnya ada sembelit mungkin salah satu faktor x jaga pemakanan and x exercise selalu. lepas minum yakult je terus dapat buang air besar����

    ReplyDelete