Friday, November 26, 2010

ims0mnia kah ak....???

Apa itu insomnia?




Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur. (ni la yg blaku kt haku 2,3 ari nih...huhuhu...knpe ngn haku eyk??)




Tahap insomnia


* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.


* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.


* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.




Jenis insomnia


* Insomnia primer
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan. (haku chat je nih...)


* Insomnia sekunder
Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.


A. Psikiatri
* Masalah kemurungan, skizofrenia (haku kt cni kah...???)


B. Bukan psikiatri
* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala
* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)
* Epilepsi
* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati
* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam
* Penyakit Parkinson
* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku
* Rest leg syndrome
* Pedih hulu hati
* High altitude insomnia
* Angin ahmar
* Penyakit Alzheimer
* Ketumbuhan otak
* Migrain


Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:


* Insomnia akut
Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:


a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah (hmmm...ni k0t cbbnye...)


b. Sakit yang ringan


c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,


d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.




* Insomnia kronik
Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.




TIP


* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal
* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari
* Elakkan tidur pada waktu tengah hari
* Melakukan senaman dengan kerap
* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam
* Jangan merokok (haku xmr0k0k...!!!)
* Belajar menangani tekanan
* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur. (blik haku mmg slesa...=) )




hmmmm....haku ltih la asyk xleh td0w...xm0 dh...puas haku duk psing2 kt atys ktil...tp mte still xm0 llap...ish...mlm nih haku nk tt0w awl dh...xm0 pk2 lg...nk td0w...!!!! =)

0 kumenkumen orAng...:

Post a Comment