Assalamualaikum guys!
Hip hip hooray! Amboit...kemain lagi kau kan Nina!
Yeay! Haruslah. The most hectic week is over! Oviaq u know! Kehkehkeh. Iye. Dengan berakhirnye minggu tersebut, maka berakhirlah sudah ke'nervous'an sementara. Alhamdulillah. Presentation defend proposal berjalan dengan lancar. Even haku dihentam oleh para panels sampai haku tak tahu nak jawab hape, even semua jawapan haku hentam 'from previous study'. Oh man! I'm just too grateful. Thanks ALLAH. J
Now, I just need to touch up the last few things and then submit my full proposal. Owh. Can't wait for that. And I need to submit my last lab report too. Owh. Yang nih is killing me! #PengsanBangunBalikPengsanLagi
Ahem! Aheemm..! Aheeemmm...!
Kehkehkeh..sorry guys! Ini adalah simptom-simptom biasa apabila study week bermula. Iye. Time study week nih lah semua orang nak ada perangai luar alam pon, nak ada masalah luar alam pon, nak ada segala benda luar alam nye pon. Bhahahahah...korang jangan pikir luar alam pulak. Nih semua still lagi dalam batasan yang sepatot nye pon. Takde lagi yg terlampau luar alam ALLAH yang haku tengok setakat nih. Kalau setakat tak tido malam tuh dah biasa. Kalau tetengah malam duk mengilai sengsorang depan lappy tuh pon dah biasa. Kalau duk main pompang-pompang tetengah malam tuh pon dah biasa! J
Ye...mende tuh semua dah biasa haku tengok sepanjang 4 semester haku dengan mereka semua. Tapi semester nih, bertambah-tambah lah keluarbiasaan yang berlaku. Semester nih ada pulak classmate haku yang duk bela errkkk...gorrilla...mungkin...untuk releasekan tension nak kena cover semua subjek tuh. Kan Incik Paan? Ada jugak housemates haku yg duk main sep-sep-mi-mi, bi-di-bi-di-dip tetengah malam. Wallaweyh. Memang la korang nih. Kompom haku gelak tengok korang camtuh. Release tension weyh. Thanks korang. Unexpected things yet releasing my tension! J
Hah. Tuh cerita pasal perangai dorang. Memang tak habes lah kalau haku nak list segala kegilaan yang berlaku sepanjang study week nih. Banyak tak terkira uolls. Sampai iolls naik pening. O_o
Study week...study week...semua benda pon boleh jadi. Tapi...ye ke study week nih korang? Ke lebih kepada cuti week? Kehkehkeh ^_^
Yayayayayaya...tuh la point haku yang sebenarnya. Haku nak cerita hal yang berlaku sepanjang seminggu study week aka CUTI WEEK haku nih. Alaaa...korang pon lebih kurang jep kan? Sape yang tak amik peluang study week yang panjang nih untuk tak balik kampung jumpa family, memang haku salute la. Tak pon paling kurang korang akan jalan jugak kan? Keluar dari kawasan uni mungkin? Kan? Kan? Kan? J
Heeee...nih haku tak cakap orang lain lah. Sebab haku pon did take that 'study week' alasan tuk berjimba jumpa dengan cousins. Wakakakaka. Lagipon semua housemates haku balik kampung. Tak mungkin lah haku nak stay sensorang, kan? Haku pon dah janji dengan cousy nak jumpa+lepak+lepasrindu dengan dorang. So, terbanglah haku ke Kajang (terbanglah sangat nye pon).
Tapi guys. Before haku terbang ke Kajang tuh nye pon, haku and classmates ada lagi satu hal perlu disettlekan. So, tinggal la haku dengan Opah Qina jep malam tuh. Tapi sebelum tuh sempat jep keluar makan dan hantar Mira balik. Jadi, halnye esok tuh kami jadi wakil rombongan uolls. Ye...rombongan ke Nilai. Rombongan meminang mungkin? Wakakakaka...mungkin jugak rombongan kahwin? Who knows.... #gelakjahat
Owkeyh..berkonvoinye dua kereta. Sampai jep kat Nilai tuh, kami stop kat Petronas. Wakakaka...almaklumlah kami semua belom pernah sampai ke rumah si pengantin nih ha. So, bertunggu lah si pengantin perempuan tuh datang menjemput kami. Si pengantin lelaki nye pulak dah berpeluh sakan. Wakakakakak...maaf Inchik. Saya memain sahaja. J
So, sesampainye ke rumah pengantin perempuan, mak pengantin perempuan memainkan peranan nye untuk menaikkan adrenalin pengantin lelaki. Wakakakaka...serius lawak time nih. Haku gelak sakan kat belakang tuh tengok muka pengantin lelaki pucat plus tangan terketaq-ketaq. Tak tersangka langsung mak pengantin perempuan nih sporting habes. Caya lah makcik! J
Acecececeh...gaya macam betol jep pergi hantaq pengantin kan? Padahal nye pergi majlis kahwin abang bakal pengantin nye pon. Bhahahahahah...mintak maaf. Actually Saa si budak kecik punya abang yang kahwin and kitorang dijemput meraikan pengantin tuh. So, berkonvoilah kami ke Nilai dulu. Lepas dah kenyang isi perut dengan nasi beriani + kambing golek, plus hari mendung nak hujan, barulah kitorang gerak ke destinasi memasing. J
Yeay! Makan dulu! J |
Buybuybuy Migha! |
Sempat snap pic before berkonvoi! |
Rombongan hantaq pengantin?? J |
Muka semua ceria lepas makan. Pengantin pon da tak parkinson. |
Tak dpt bergambar dgn pengantin, bergambar dgn bakal pengantin pom bole |
And yes...petang tuh dalam pukul 4 haku sampai Kajang. Wallaweyh. Excited nak jumpa cousins semua tuh (padahal ada 2 jep pon kat sini). So, bila sampai umah dorang, dorang enggak ada seyh. Katanya kerumah mak saudara sebelah ibunya di KL. So, uncle haku suh sesiap. Katanya nanti lepas asar kita gerak pergi sana. Celebrate birthday Aiman (cousin). Oh mak ai...haku dah la datang tangan kosong. Memang tak la present ape semua tuh. -.-
So malam tuh bermakan kek lah kami semua. And cousin haku yang dua orang tuh, tang-tang tuh jugaklah nak ikut balik umah. Punyelah depa semua excited jumpa haku. (wakakakakaka...mianhae dil, man, kak na terperasaan jap) And esoknye sesubuh hari, adek haku pulak yg sampai. Lagi-lagi lah meriah kami semua nih. Dah la kepala lebih kurang sama saja isinya kami-kami ini. #PeaceYo J
Esok tuh, pepagi lagi uncle and auntie haku dah set up program-program kami for the few days. And both of them sedang bercuti sebenarnya. Agenda untuk umah baru rupanya. Owkeyh. Haku pon sama teruja. Sebab haku just terjatuh-terduduk cinta dengan bau umah baru. Errrkkk? Ape ke peliknye tuh Nina? Well. Nih haku. J
Jadinya, kami semua pon bergotong-royonglah bersihkan umah baru tuh. Kami basuh lantai (main air sebenarnya), bersih tingkap then pasang langsir. Wah...macam excited nak pindah weyh. Padahal lambat lagi pon dorang nak pindah sini. So, bila dah settle semua tuh, semua orang pon lapar gila weyh. Yela, kami-kami just having breakfast jep pagi tadi. Lunch tak amik and waktu pulak dah menjangkau Asar. Bhahahahaha...so, semua laju-laju siap nak pergi makan. Round punya round, kami singgah makan kat Restoran Cozy Corner. Terus semua makan dengan lahapnye. Memang lapar sangat lah weyh. Bhahahah. J
Lepas semua orang dah kenyang tuh, teruslah gerak pulang ke rumah. Yeay. Sudah pukul 9 lebih. Ingatkan terus balik rupanya my uncle singgah pulak kat Petronas. Wawawawa. Asalnya nak cari topup jep, alih-alih kami semua ber'supper' kat atas tuh. Bhahahahha. Padahal baru jep sudah makan nye pon. -.-
Untunglah J |
Serius muka budak hensem tuh pasang langsir! |
Pegang tangga tuh. Jangan kasi goyang. |
Le birthday boy! J |
Muka kelaparan lepas kemas umah. |
Owkeyh. Sempat jugak posing. |
Ello brother! Lapaq sangat ke tuh? J |
Eyheyh...sempat ajep tangan tuh. -.- |
Excited baru lepas makan, then makan lagi.
J
|
Roti tisu satu pakcik! Teh tarik dua! J |
Ha! Nampak tak tangan tuh! Excited! J |
And that last day jalan-jalan-cari-makan-angin tuh kitorang pergi Jalan Masjid India. Well. Haku pusing-pusing. Banyak sale. Tapi...satu pon haku tak beli! Perghh...bila dah balik baru terasa macam..." eyh? kenapa haku tak beli pape eyh? Rugi kot tengah sale. Lepas nih jangan harap la nak dapat murah macam tuh. "...and I did menyesal sikit uolls. Poor me. But, I got something yang buat haku tak menyesal. Haku dapat CINTA HIGH CLASS yang dah lama haku cari tuh. And, I'm happy! Yeay! J
One more thing, hari tuh mungkin haku langkah kanan kot. First kat Jalan Masjid India tuh haku terjumpa one of my senior tuh, Che Ten. Well. Sempat lah bersalaman kat tempat awam tuh. And my sis did thought that she's my lecturer. Kehkehkeh. Haku senyum jep la. Ha Che Ten, mungkin lepas nih boleh jadi one of them. #bigsenyum
Then kami ke The Mines pulak lepas tuh. Uncle haku nak cari hape ntah. And The Mines nih buat haku terpikir kat Cik Bambam la. Terus haku mesej dia cakap haku ada kat sini. Harap dapat jumpa lah even kejap jep pon and guess what?! Dia sedang borong barang kat Giant. Wallaweyh. Terus haku grab adek and cousins ikut haku pergi jumpa dia. Tinggal jep uncle and auntie tuh berdating. Wakakakaka...Oh man! Im just missing her! So sempat la jumpa dengan dia kejap. Kejap jep sebab kakak dia kejar masa. Ada hal lain. Even piccy pon tak sempat nak amik ngan dia. Nevermind, nanti haku amik piccy dengan Cik Bambam banyak-banyak. And on the way nak gerak balik tuh, terjumpa pulak dengan Dayah, my junior. Sempat lah say hai. Wakakakaka. Cam lawak jep. Masa nih la nak jumpa ngan orang nye pon ha. Sampai adek ngan cousins duk buat main. Kehkehkehkeh.
So, that's all lah pasal cuti week haku. Wallaweyh. Even tak boleh balik kampung jumpa makayah pon, haku happy dapat jumpa family kat sini. At least, boleh hilangkan rindu haku kat adek-adek kat kampung tuh. Wuwuuwuwuwuwu. Nak balik kampung jugak! Sobsosobsobs
Eyh...sudah-sudah lah kamu merepek-merapu-melalut-meraban Nina. Sila fokus siapkan semua kerja. Then hadap lah study week tuh. Exam is just around the corner kot. So, good luck guys, gud luck to me too! Pray for me, pray for u, pray for our success. May ALLAH bless us! May He ease our way. Till then, do miss me ya! Uhibbuka/i fillah. InshaALLAH. Amin. #Love