Thursday, March 14, 2013

IT'S MARCH GUYS!

Assalamu'alaikum.

Dan jugak selamat petang.

Hari nih hari Khamis di bulan Mac, haku nak switch on memory lane haku.

Haku suka kawan dengan semua orang. Tapi tak semua orang yang haku rapat. Alah. Korang pon sama macam haku jugak kan.

Dulu masa kat matrik, dua tahun haku kat sana macam-macam ragam orang haku jumpa. Tahun pertama tahun untuk berkenalan, masuk tahun kedua, masing-masing mula nampak ragam. Ala, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam. Haku suka peribahasa nih. Truly true.

Kawan-kawan haku masa kat matrik dulu, mostly sama jep kepala dengan haku. Perangai lebih kurang, otak pon lebih kurang gila-nye.

Pernah kami buat gila tapi gila kami takde lah melampau. Kami gila-gila sesama kami saje. Hubungan kami kuat. Kalau salah sorang ada masalah, mesti yang lain pon turut sama menolong.

Kami semua gila gambar. Kalau dulu pantang, mesti snap gambar. And biasanya, Dielah lah ketua. Suka sangat snap gambar sendiri. Heee...sori Dielah. Mek tuh pon memang suka celoteh. Tak boleh diam jep. Ahhh...orang rindu nak dengar suara Dielah, tengok Dielah duk cerita. Semangat! Heee... :D

Yie and Atie pulak, dia bestfriend Dielah. Sebab? Dulu masa kat matrik, Yie dan Atie satu bilik. Dan si Dielah selalu lepak tido bilik dorang. Lupa dengan bilik sendiri. Dan bila dorang lepak sekali tuh, bermacam benda yang dorang buat. Dah otak gila-gila, layankan aje. Tuh yang dorang rapat sangat tuh. Even sekarang nih pon, Atie dan Dielah satu uni. Memasing di UMS. Yie jep yang ke UM. Tuh pon, still lagi kami duk contact each other.

Dan...sebenarye...umo kami tak jauh beza. Well, ramai yang lahir bulan Mac. (point utama) Hahahahaha

Alkisahnya, bila tiap kali tiba bulan Mac, mesti semua duk sibuk tunggu tarikh. Lepas tuh sibuk tunggu time 12 malam sebab nak jadi orang first yang wish. Auwww...shooooo sweeeetttt korang! Heeee... :D

Now, already bulan Mac. Dah sampai pertengahan pon. Dan tuh buat haku terkenang memori masa kat matrik. Buat haku terindu korang-korang semua. Dielah, Yie, Atie, Kak Faz, Diba, Kak Azma, Kak Oni, Sya, Yun dan semua orang. Haku rindu korang lagi.

Dan...hari nih, Khamis, hari lahir kawan haku. Si Dielah yang banyak celoteh. Dan minggu lepas hari lahir Yie. Dan akan datang mereka-mereka yang lain jugak.

Selamat hari ketuaan korang! Jangan lupa korang dah tua. So act like one. Kehkehkeh.

Yeah! Kawan-kawan haku dah tua. Haku still lagi muda. #BigGrinned

Owkeyh kakak-kakak. Sila terima hakikat korang suda tua. Heeeee :D

Pada hakikatnya, kita semua lebih kurang jep. Mianhae kakak-kakak!












Haku sayang korang semua. Lillahita'ala. Till Jannah. InshaAllah.

~And untuk kenkawan yang jugak lahir bulan Mac nih, Selamat hari ketuaan! Moga diri anda sentiasa dilindungi, diberkati dan dibawah rahmat Ilahi selalu. Amin!

Wednesday, March 13, 2013

Tuesday, February 26, 2013

ALHAMDULILLAH.

Alhamdulillah. That's the best that I could say. Thanks Allah.

Never give up. Be positive. Ada hikmah disebalik semua yang berlaku. Jangan sedih. Allah knows the best.

Follow the flow. Usaha lagi untuk buat yang terbaik. Allah sebaik-baik Perancang. Do believe. Stand still. 



Monday, February 11, 2013

AKTIVITI KEJIRANAN

Haihaihai dan Assalamu'alaikum guys!

Awat la haku rasa skema semacam jep hari nih ni? Kehkehkeh. Poyo. Ini semua poyo! 

Oh man. Cut the crap la Nina. Jangan nak melalut-merapu-meraban tak tentu pasal sangat. Just straight to the point. Owkeyhowkeyh. Jumjum inai! *eyh?

Jadinye, berkaitan dengan tajuk entry haku tuh, macam biasa lah, aktiviti kejiranan. Macam-macam lah boleh ada kan. Lain orang lain caranya. But, untuk family-family kitorang, kitorang suka buat makan-makan macam nih. Macam mana?

Owkeyh. Operasi bermula.
Amboit acik. Sempat aje tuh :D
Yup. Kitorang memang selalu buat aktiviti macam nih. Well, untuk mengeratkan silaturrahim kot. Yela. Since haku dan family pindah sini, dah berkali-kali lah aktiviti makan-makan nih kitorang buat. And the most important is 'gerak kerja' tuh. Hamboit. Skema habes haku guna perkataan gerak kerja. Tak lah. Maksud haku, proses penyediaan tuh. Kitorang memang gotong-royong nak siapkan semua benda tuh. Kalau tak caya, haku dah bagi bukti kat atas tuh. Korang cek sendiri. #Senyum

Bagi haku, kalau bebetol nak erat silaturrahim, better gotong-royong-kerjasama macm nih untuk makan-makan compare dengan tempah catering segala bagai. Sebab kalau catering, korang nanti pergi event, makan, lepas tuh dah sibuk nak balik. Tapi kalau rewang macam nih, korang kena join semua step la. Dari nak cari barang, masak, hidang, makan, sembang, kemas, then balik rumah masing-masing. Nih pendapat haku lah. No heart feeling. No hurt feeling. No hard feeling. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri pon takpe nih.

So, masuk ceritanya, kitorang decide nak bakar-bakar sate jep untuk menu gathering semalam. Well, nak buat gathering nih pon susah jugak. Kena cari the correct timing, tunggu semua orang ada baru best nak buat makan-makan. Since cuti Tahun Baru Cina nih semua balik, so it's decided. Jadilah apa yang berlaku semalam. And we did enjoyed. Alhamdulillah. #BigSmile

Even semalam cuaca tak begitu memuaskan, tapi kami puas hati. Yela. Siang tuh alhamdulillah, terang-redup-takde-tanda-nak-hujan. Alkisahnya lepas maghrib tuh hujan merenyai turun. Kitorang dah start cuak. Bara api untuk bakar sate dah hidup dari before maghrib lagi. Pinggan mangkuk pon dah susun. Berlari-lari anak lah kami-kami nih pergi angkut barang-barang tuh. Alhamdulillah, hujan kejap jep. Mak cakap orang tua-tua panggil tuh hujan-halau-pencuri. Kehkehkeh. Kami yang muda gelak sajeee.

And bermula lah majlis kami. Semua orang did enjoyed. Makan sampai kenyang. Fuhh...serius haku senang hati dengan suasana nih. Bila tengok semua orang berkumpul. Rasa rindu nak tinggalkan kampung. Wallaweyh haku nih. Belum tinggal lagi pon dah rindu. Poyo sungguh lah haku. Ishishish.

Dah lah merapu tuh Nina. Moh kite tengok piccys pulak. Tapi, haku tak amik banyak lah gambarnye pon. Nak tuntut dengan acik pon tak sempat lagi. Kehkehkehkeh...korang layan je lah yang ada nih yep. #SenyumSampaiTutupMata

Sebelum hujan rintik turun....
Hasil kerjasama petang tuh
Awat macik nih bole tersesat pulak nih?
Campfire? Rindu dulu-dulu
Hasil kebakaran?
Jiran-jiran-jiran-jiran-jiran
Unexpected guest I guess
Guys yang tolong bakarkan. So sweet and sweat. :D
Wallaweyh. Sedap kot nih. Nyumnyumnyum

Sampai licin pinggan wa habaq
Misi membungkus dibungkus
Gurauan adek-beradek
Amboit
Well. That's all yang boleh haku share kali nih. Mintak maaf lah kalau kualiti gambar tuh tak memuaskan. Kamera henpon cikai-cikai jep. So, till then, kita jumpa lagi. See you soon. Adios amigos.

Nih lah antara yang buat haku sayang-berat hati nak balik Pilah kot.

Sunday, February 10, 2013

#1 : MELAKA AGAIN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera guys!

Haihaihai! Agak lama nampaknya haku tak menghupdate blog nih. Wah...bukan haku suka-suki tapi masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. Chewaahhh gitu. Kehkehkeh. Takyah la nak skema sangat kot Nina. Sempoi sudaaaa! #BigGrin

Alkisahnya hari nih setelah berabad haku menangguh-lewat-hupdatekan blog nih, haku ada la sikit mood nak menghupdate. Huk aloh! Hiperbolasepak sangat tuh sampai berabad tuh. Padahal baru jep pon. Setahun pon idok la sampai lagi haku tak hupdate blog nih. Well. Nina memang la suka kaypohchi!

So, nak dijadikan cerita yang berkaitan dengan tajuk entry diatas tuh, kami, pelajar-pelajar tahun akhir nih (chewaah kau! tak sabaq la nak habes woit) mengadakan program yang dipanggil Program Pendedahan Latihan Industri. Well, program nih taklah segempak Latihan Industri ataupun praktikal tuh. Just bertempoh selama 2 minggu, kami-kami diberi peluang untuk menimba pengalaman ditempat-tempat yang menjadi pilihan hati dan sudi menerima kami.

So, pilihan hati kami berempat ialah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Melaka! Yup. Kami berempat, haku, Qina, Kat dan Wani. Oh man! Bermacam-macam pengalaman yang kitorang dapat kat Melaka nih. And haku tak serik untuk datang sini lagi. Well, haku kan nak jadi orang Melaka. #Booooo

Jadinya setelah urusan surat menyurat telah selesai + urusan exam pon selesai, kami semua laju-laju gerak pi Melaka. Yela, paper habes 21 Januari, kerja mula 22 Januari. Bhahahah...macam tak cukup nafas lah jugak nak mula kerja tuh. Tapi alhamdulillah, kami semua selamat sampai di Melaka. Walaupun pada mulanya kitorang macam tersalah masuk jalan jugak. Bhaahahahah

And oh ya! Disini haku nak ucapkan...

Berbanyak-banyak ucapan terima kasih buat Qina, Auntie comel, Uncle baik, Abang ensem (walaupun tak jumpa abang nih) sekeluarga diatas kesudian menerima dan melayan kami selama berada di Melaka. 

Uwaaa....serius best weyh duk sana. Tak tipu. Korang pusing la mana-mana pon, nanti korang akan jumpa jugak tempat yang korang cari tuh. InshaAllah. Maksudnya, korang takkan sesat la. Sebab banyak sangat jalan-jalan alternatif yang ada korang boleh guna. Kalau tak caya, korang tanya kawan-kawan korang yang duk sana takpun yang pernah pergi sana. #Smile

Since haku tak dapat nak hupdate pepanjang entri nih, haku janji next entry haku akan share dengan korang apa yang haku dapat sepanjang haku kat Melaka. For the time being, haku kena out dulu. Well, cuti seminggu nih pon, bermacam event yang ada woit. Kehkehkehkeh. InshaAllah nanti haku hupdate jugak pasal cuti sekejap haku nih.


'Event' in the making.... :D


Friday, January 18, 2013

Parodi Forum Suara Mahasiswa - Matluthfi BEST!

Assalamu'alaikum! Dan salam sejahtera guys! 

Wallaweyh. Dah lama jugak haku tak hupdate blog nih. Well. Haku duk struggle dengan final exam. Yeah. Kinda buat haku pening tak bertempat and seteresss jugak. Risau weyh. Risau. Soalan macam nak membunuh, tapi tak lah terbunuh pon. Aiyak Nina. Hiperbolasepak parameswara sangat haku nih. Well. Seriously, haku boleh survive lagi.

Eyh Nina. Stop that. Cut the craps. Let's go straight to the point. Listen! Listen! Listen! (sila sambung kira sambil sebut listen sampai korang nak muntah) #BigGrin

And that's my point. Pasal video listen tuh. Well, video tuh did membangkitkan kemarahan-ketidaksenangan-keharuan-kebanggaan sesetengah pihak. And for me, there's something yang boleh kita tengok-perhati-dengar-nilai-respon dengan video tuh. At least ada some part yang boleh buat kita lebih berhati-hati dalam perbuatan kita. 

Everybody do look-listen-judge in everything you do. And HE did that all the time. Well HE knows better. So, do behave! #Smile

And based on that video, bermacam parodi yang haku tengok kat Youtube. Seriously, macam-macam ada. And one of them, matluthfi punya. Owkeyh. Haku cakap tak tipu. Haku suka parodi yang dia buat nih. Kalaw korang bebetol paham, mungkin banyak makna yang korang bole dapat dari parodi nih. Nih based on apa yang haku paham la. So, let's try to take a look and understand.




*awak tahu tak ikan ape yg paling banyak masalah?*
*errkkk...ikan jerung?*
*salah...tuh skema lame*
*habes tuh?*
*ikan bawal*
*bawal mane?*
*bawani....heeee*

Bhahahahah... #bigjoke

~Well, shake hand doesn't mean you did showed them respect.
~Show them some respect, then they will respect you.

No heart feeling, no hurt feeling, no hard feeling, just my opinion. 

Uhibbuka/i fillah. 

Saturday, January 12, 2013

Adik

Assalamualaikum. Dan selamat subuh semua! 

Semalam I did called home. Owh...how I miss been there and be with them. Really missed them. Damn much! Rasa macam nak terbang balik rumah sekarang jep kalaw dapat. But I knew. That's impossible.

Yeah. I'm here, finishing my finals, and soon, soon, I'll be there. Promise. Even for a while. #Rindu

Few days ago, haku did kol rumah, cakap dengan mak. Mak cerita macam-macam. Dari hal Ida pergi PLKN, Aliff dah masuk sekolah menengah sampailah ke hal Anis. My adik bongsu! Mom did told me that she started her 'KAFA' class this year. So, she did stayed kat sekolah dari pepagi sampai la ke petang. And guess what?? Owh. Yang nih memang tak boleh blah. Adik haku sorang nih lah. She's so demand! #Gelak

Mak cakap pagi-pagi before pergi sekolah, mesti dia akan tinggal satu note kat mak. Oh man! Haku dah excited ingat nota hape dia tinggal. Bangga lah jugak kalaw dia tinggal wish 'Love U mom' ke hape kan. Tapi, she did tinggal list bebarang yang mak kena bawak masa tengahari pergi jumpa dia. Wallaweyh. Siap ada words 'Jangan Lupa' lagi tuh. Bhahahah...serius haku gelak masa cakap dengan mak tuh. #GelengGelengKepala

Memang lah adik bongsu haku tuh. Dulu kami semua takde pon macam tuh. Iman pon dah 2 tahun kelas KAFA takde pon demand suh mak pergi hantar makanan tengahari hape semua tuh. Jatuh kat adik haku yang bongsu nih, macam-macam kerenah nye lah hai. Sampai mak haku pon gelak jep tengok perangai dia. Apa, semua anak bongsu gayanya seperti itu kah?? #Senyum

Bukan lah hape. Tapi seriously, kerenah adik menghiburkan kami sekeluarga. Yup. I missed her. Rindu nak gaduh dengan dia. Rindu nak buat dia nanges-nanges-manja. Seriously haku rindu. #LapAirMata

And yes. Dia selalu buat mak gelak-marah-geram dengan dia. Since kami semua kakak-kakak-abang-abang dah besar and duduk jauh dari mak ayah, dia pengubat kerinduan. Dia mengisi kesunyian. Haku taw mak sunyi duk sengsorang kat rumah pepagi. Tapi, she did made mak busy with her kerenah mengada-ngada dia tuh. And kurangkan kesunyian mak. Kalau haku kol mak waktu tengahri, mesti mak tengah sesiap nak pergi sekolah, jumpa Anis. And Iman pon turut sekali. #Senyum

And semalam, when I called, haku cakap dengan Anis. Allah. Adik haku dah besar. Kalau dulu, mesti nak gaduh jep kerjanya cakap dengan Anis. Gaduh-gaduh manja. But semalam, no more gaduh. She's pretty cool. Cakap macam orang tua.


Haku: Adik, sape suh mak anta makanan tengahari? (sambil gelak-gelak)

Anis: Heeee (gelak saje)

Haku: Eyh. Suka pulak. Adik lah tuh. Adik, belajar apa kelas KAFA?

Anis: Ada kelas quran, jawi.....(blablabla)....nak cakap dengan mak? 


Yeah. Kalau dulu, pantang diusik macam tuh, mesti bising mulut dia. Mesti ada saje alasan dia nak bagi kat haku. Cakap pon, mesti melarat-larat. Takdenye nak offer nak bagi phone kat mak kalau dapat cakap. But, itu dulu, not now. Not now. How I miss that time. How I miss her. How I miss them.

Thursday, January 03, 2013

ETERNITY LOVE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera guys!

This post supposed to be yesterday's post.

Wonderful-responsible-coolio big brother!

Imma lil sista!
#Love yang takkan dapat diputuskan selain LOVE dari ALLAH dan MakAyah.

Saturday, December 29, 2012

STUDY WEEK or CUTI WEEK? O_o

Assalamualaikum guys!

Hip hip hooray! Amboit...kemain lagi kau kan Nina! 

Yeay! Haruslah. The most hectic week is over! Oviaq u know! Kehkehkeh. Iye. Dengan berakhirnye minggu tersebut, maka berakhirlah sudah ke'nervous'an sementara. Alhamdulillah. Presentation defend proposal berjalan dengan lancar. Even haku dihentam oleh para panels sampai haku tak tahu nak jawab hape, even semua jawapan haku hentam 'from previous study'. Oh man! I'm just too grateful. Thanks ALLAH. J

Now, I just need to touch up the last few things and then submit my full proposal. Owh. Can't wait for that. And I need to submit my last lab report too. Owh. Yang nih is killing me! #PengsanBangunBalikPengsanLagi

Ahem! Aheemm..! Aheeemmm...!

Kehkehkeh..sorry guys! Ini adalah simptom-simptom biasa apabila study week bermula. Iye. Time study week nih lah semua orang nak ada perangai luar alam pon, nak ada masalah luar alam pon, nak ada segala benda luar alam nye pon. Bhahahahah...korang jangan pikir luar alam pulak. Nih semua still lagi dalam batasan yang sepatot nye pon. Takde lagi yg terlampau luar alam ALLAH yang haku tengok setakat nih. Kalau setakat tak tido malam tuh dah biasa. Kalau tetengah malam duk mengilai sengsorang depan lappy tuh pon dah biasa. Kalau duk main pompang-pompang tetengah malam tuh pon dah biasa! J

Ye...mende tuh semua dah biasa haku tengok sepanjang 4 semester haku dengan mereka semua. Tapi semester nih, bertambah-tambah lah keluarbiasaan yang berlaku. Semester nih ada pulak classmate haku yang duk bela errkkk...gorrilla...mungkin...untuk releasekan tension nak kena cover semua subjek tuh. Kan Incik Paan? Ada jugak housemates haku yg duk main sep-sep-mi-mi, bi-di-bi-di-dip tetengah malam. Wallaweyh. Memang la korang nih. Kompom haku gelak tengok korang camtuh. Release tension weyh. Thanks korang. Unexpected things yet releasing my tension! J

Hah. Tuh cerita pasal perangai dorang. Memang tak habes lah kalau haku nak list segala kegilaan yang berlaku sepanjang study week nih. Banyak tak terkira uolls. Sampai iolls naik pening. O_o

Study week...study week...semua benda pon boleh jadi. Tapi...ye ke study week nih korang? Ke lebih kepada cuti week? Kehkehkeh ^_^

Yayayayayaya...tuh la point haku yang sebenarnya. Haku nak cerita hal yang berlaku sepanjang seminggu study week aka CUTI WEEK haku nih. Alaaa...korang pon lebih kurang jep kan? Sape yang tak amik peluang study week yang panjang nih untuk tak balik kampung jumpa family, memang haku salute la. Tak pon paling kurang korang akan jalan jugak kan? Keluar dari kawasan uni mungkin? Kan? Kan? Kan? J

Heeee...nih haku tak cakap orang lain lah. Sebab haku pon did take that 'study week' alasan tuk berjimba jumpa dengan cousins. Wakakakaka. Lagipon semua housemates haku balik kampung. Tak mungkin lah haku nak stay sensorang, kan? Haku pon dah janji dengan cousy nak jumpa+lepak+lepasrindu dengan dorang. So, terbanglah haku ke Kajang (terbanglah sangat nye pon).

Tapi guys. Before haku terbang ke Kajang tuh nye pon, haku and classmates ada lagi satu hal perlu disettlekan. So, tinggal la haku dengan Opah Qina jep malam tuh. Tapi sebelum tuh sempat jep keluar makan dan hantar Mira balik. Jadi, halnye esok tuh kami jadi wakil rombongan uolls. Ye...rombongan ke Nilai. Rombongan meminang mungkin? Wakakakaka...mungkin jugak rombongan kahwin? Who knows.... #gelakjahat

Owkeyh..berkonvoinye dua kereta. Sampai jep kat Nilai tuh, kami stop kat Petronas. Wakakaka...almaklumlah kami semua belom pernah sampai ke rumah si pengantin nih ha. So, bertunggu lah si pengantin perempuan tuh datang menjemput kami. Si pengantin lelaki nye pulak dah berpeluh sakan. Wakakakakak...maaf Inchik. Saya memain sahaja. J

So, sesampainye ke rumah pengantin perempuan, mak pengantin perempuan memainkan peranan nye untuk menaikkan adrenalin pengantin lelaki. Wakakakaka...serius lawak time nih. Haku gelak sakan kat belakang tuh tengok muka pengantin lelaki pucat plus tangan terketaq-ketaq. Tak tersangka langsung mak pengantin perempuan nih sporting habes. Caya lah makcik! J

Acecececeh...gaya macam betol jep pergi hantaq pengantin kan? Padahal nye pergi majlis kahwin abang bakal pengantin nye pon. Bhahahahahah...mintak maaf. Actually Saa si budak kecik punya abang yang kahwin and kitorang dijemput meraikan pengantin tuh. So, berkonvoilah kami ke Nilai dulu. Lepas dah kenyang isi perut dengan nasi beriani + kambing golek, plus hari mendung nak hujan, barulah kitorang gerak ke destinasi memasing. J


Yeay! Makan dulu! J
Buybuybuy Migha!
Sempat snap pic before berkonvoi!
Rombongan hantaq pengantin?? J
Muka semua ceria lepas makan. Pengantin pon da tak parkinson. 
Tak dpt bergambar dgn pengantin, bergambar dgn bakal pengantin pom bole 

And yes...petang tuh dalam pukul 4 haku sampai Kajang. Wallaweyh. Excited nak jumpa cousins semua tuh (padahal ada 2 jep pon kat sini). So, bila sampai umah dorang, dorang enggak ada seyh. Katanya kerumah mak saudara sebelah ibunya di KL. So, uncle haku suh sesiap. Katanya nanti lepas asar kita gerak pergi sana. Celebrate birthday Aiman (cousin). Oh mak ai...haku dah la datang tangan kosong. Memang tak la present ape semua tuh. -.-

So malam tuh bermakan kek lah kami semua. And cousin haku yang dua orang tuh, tang-tang tuh jugaklah nak ikut balik umah. Punyelah depa semua excited jumpa haku. (wakakakakaka...mianhae dil, man, kak na terperasaan jap) And esoknye sesubuh hari, adek haku pulak yg sampai. Lagi-lagi lah meriah kami semua nih. Dah la kepala lebih kurang sama saja isinya kami-kami ini. #PeaceYo J

Esok tuh, pepagi lagi uncle and auntie haku dah set up program-program kami for the few days. And both of them sedang bercuti sebenarnya. Agenda untuk umah baru rupanya. Owkeyh. Haku pon sama teruja. Sebab haku just terjatuh-terduduk cinta dengan bau umah baru. Errrkkk? Ape ke peliknye tuh Nina? Well. Nih haku. J

Jadinya, kami semua pon bergotong-royonglah bersihkan umah baru tuh. Kami basuh lantai (main air sebenarnya), bersih tingkap then pasang langsir. Wah...macam excited nak pindah weyh. Padahal lambat lagi pon dorang nak pindah sini. So, bila dah settle semua tuh, semua orang pon lapar gila weyh. Yela, kami-kami just having breakfast jep pagi tadi. Lunch tak amik and waktu pulak dah menjangkau Asar. Bhahahahaha...so, semua laju-laju siap nak pergi makan. Round punya round, kami singgah makan kat Restoran Cozy Corner. Terus semua makan dengan lahapnye. Memang lapar sangat lah weyh. Bhahahah. J

Lepas semua orang dah kenyang tuh, teruslah gerak pulang ke rumah. Yeay. Sudah pukul 9 lebih. Ingatkan terus balik rupanya my uncle singgah pulak kat Petronas. Wawawawa. Asalnya nak cari topup jep, alih-alih kami semua ber'supper' kat atas tuh. Bhahahahha. Padahal baru jep sudah makan nye pon. -.-

Untunglah J
Serius muka budak hensem tuh pasang langsir!
Pegang tangga tuh. Jangan kasi goyang.
Le birthday boy! J
Muka kelaparan lepas kemas umah.
Owkeyh. Sempat jugak posing.
Ello brother! Lapaq sangat ke tuh? J
Eyheyh...sempat ajep tangan tuh. -.-
Excited baru lepas makan, then makan lagi. 
J
Roti tisu satu pakcik! Teh tarik dua! J
Ha! Nampak tak tangan tuh! Excited! J 
And that last day jalan-jalan-cari-makan-angin tuh kitorang pergi Jalan Masjid India. Well. Haku pusing-pusing. Banyak sale. Tapi...satu pon haku tak beli! Perghh...bila dah balik baru terasa macam..." eyh? kenapa haku tak beli pape eyh? Rugi kot tengah sale. Lepas nih jangan harap la nak dapat murah macam tuh. "...and I did menyesal sikit uolls. Poor me. But, I got something yang buat haku tak menyesal. Haku dapat CINTA HIGH CLASS yang dah lama haku cari tuh. And, I'm happy! Yeay! J

One more thing, hari tuh mungkin haku langkah kanan kot. First kat Jalan Masjid India tuh haku terjumpa one of my senior tuh, Che Ten. Well. Sempat lah bersalaman kat tempat awam tuh. And my sis did thought that she's my lecturer. Kehkehkeh. Haku senyum jep la. Ha Che Ten, mungkin lepas nih boleh jadi one of them. #bigsenyum

Then kami ke The Mines pulak lepas tuh. Uncle haku nak cari hape ntah. And The Mines nih buat haku terpikir kat Cik Bambam la. Terus haku mesej dia cakap haku ada kat sini. Harap dapat jumpa lah even kejap jep pon and guess what?! Dia sedang borong barang kat Giant. Wallaweyh. Terus haku grab adek and cousins ikut haku pergi jumpa dia. Tinggal jep uncle and auntie tuh berdating. Wakakakaka...Oh man! Im just missing her! So sempat la jumpa dengan dia kejap. Kejap jep sebab kakak dia kejar masa. Ada hal lain. Even piccy pon tak sempat nak amik ngan dia. Nevermind, nanti haku amik piccy dengan Cik Bambam banyak-banyak. And on the way nak gerak balik tuh, terjumpa pulak dengan Dayah, my junior. Sempat lah say hai. Wakakakaka. Cam lawak jep. Masa nih la nak jumpa ngan orang nye pon ha. Sampai adek ngan cousins duk buat main. Kehkehkehkeh.

So, that's all lah pasal cuti week haku. Wallaweyh. Even tak boleh balik kampung jumpa makayah pon, haku happy dapat jumpa family kat sini. At least, boleh hilangkan rindu haku kat adek-adek kat kampung tuh. Wuwuuwuwuwuwu. Nak balik kampung jugak! Sobsosobsobs

Eyh...sudah-sudah lah kamu merepek-merapu-melalut-meraban Nina. Sila fokus siapkan semua kerja. Then hadap lah study week tuh. Exam is just around the corner kot. So, good luck guys, gud luck to me too! Pray for me, pray for u, pray for our success. May ALLAH bless us! May He ease our way. Till then, do miss me ya! Uhibbuka/i fillah. InshaALLAH. Amin. #Love